LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 14 Jun 2011

emo.....

entah kenapa malas rasa nak mengup date blog kecintaan aku ni.. macam-macam perasaan dalam jiwa aku bercampur-baur... mmmmm.... arini aku akan dapat semula kunci rumah aku sebab penyewa da nak keluar so rumah tu akan kosong.. niat hati tak mau sewa lagi dah.. aku rindu rumah tu.. ingat nak masuk barang sesekali aku nak lepak dengan anak-anak kat sana hujung minggu.. banyak kenangan aku dalam rumah tu.. terlalu banyak..

mak.... keadaanya makin 'teruk' sebab?????.... mak asyik nangis je.. so hati aku pun turut menangis.. aku tanya mak diam.. pastu nangis lagi.. malam tadi suruh makan ubat mak tak nak.. terus masuk tido.. asyik menung je.. aku tau aku bukan la anak yang baik untuk memberi sepenuh perhatian pada mak namun aku da cuba sehabis daya aku untuk menceriakan hidup mak.. tapi mak masih macam tu.. aku tak tahu apa yang tersirat di hati kecilnya.. ada 1 aritu mak sebut nama along.. pastu mak terus menangis.. mak suruh aku cari abang aku yang sulung sebab dia da lama tak jenguk mak.. mungkin mak rindu dengan along ke.. aku pun tak pasti.. tentang duit untuk berubat mak jangan la risau.. insyaallah rezeki ALLAH tu luas... maaf kan ateh mak.. jangan la dera diri mak hanya kerna anak-anak..

entah la.. sekarang ni jiwa aku memang serabut.. terlalu serabut. dengan keje ofis yang berlambak.. nasib minggu ni takde terapi untuk mak.. dapat la aku siapkan keje kat ofis ni.. memang tak terlintas di fikiran aku keadaan aku akan jadi begini selepas hidup sorang.. aku ingat aku bahagia dan aman.. tapi ni la ketentuanNya.. Ujian tak akan putus untuk hambaNya yang Dia sayang.. aku harap aku kuat untuk hari ini, esok dan selamanya.. aku tak sempurna namun berusahan untuk menjadi sempurna.. insyaallah.. miss him!!!... :((



Isnin, 13 Jun 2011

hari ini titik noktahnya..

alhamdulillah tu yang mampu aku ucapkan... selama hampir 3 tahun aku menunggu, hari la harinya.. aku bebas dari ikat yang sebenarnya telah lama terputus... semoga langkah selepas ini direstui dan diRahmati ALLAH S.W.T... amin.. Biarlah sejarah itu menjadi 'rahsia hidupku'...


Aku terima kalau ini la suratanNya...

Rasa sunyi je hujung minggu tanpa Papa Man... biasa hujung minggu macam-macam aktiviti aku, Papa Man dan anak-anak akan lakukan.. aku akan lalui semua ni tak tahu la sampai bila.. sedih la... tapi ni la suratanNya.. aku terima je la.. rinddduuu kamu!!!!!....

semalam aku bawa mak berubat kat Pusat Perubatan Darul Syifa' , alhamdulillah mak ok kata Ustaz tu.. cuma kene cari daun tetulang dan bertungku pada anggota badan yang lemah.. insyaallah aku akan usahakan untuk mak.. anak-anak happy sebab ari sabtu shopping dengan abah mereka.. beli baju dan kelengkapan sekolah.. aku ikot je.. malas nak banyak bunyi..

aku harap ada ketenangan di sebalik suratanNya ini.. amin..





Jumaat, 10 Jun 2011

Syukur ku sedar


kasi tenang sikit jiwa ni.. hihihihi


aku yang salah... :(


 


bukan mudah untuk kita memaafkan seseorang lebih-lebih lagi kalau perbuatannya itu boleh menyebabkan hati terluka dan mungkin menyebabkan suatu perhubungan itu retak... dan itu la akibat dari perbuatan aku.. maaf abg... ct tak sengaja.. ct takde maksud apa-apa.. dan ct tak sengaja melukakan hati abg.. mungkin juga ct terlalu mengikut kata hati.. Ya ALLAH.. apa yang telah aku buat ni.. aku yang salah :((... maafkan ct kerna menyamakan abg dengan kisah dulu.. ct tau abang ikhlas terima ct dan anak-anak seadanya.. ct alpa dalam rencah dunia yang penuh tipu daya ini.. ct terikut-ikut dengan kata hati tanpa berpandukan akal yang dikurniakan ALLAH S.W.T.. ct leka dan lalai.. namun, bukan la dosa terbesar ct lakukan hanya ia perbuatan menyinggung hati dan perasaan abg..

terima kasih kerna sudi memaafkan ct.. terima kasih kerna sudi meluahkan apa yang terbuku dihati abg.. baru ct tau apa yang abg marahkan selama ini.. baru ct tau siapa ct dihati abg.. air mata yang mengalir di pipimu sudah cukup untuk menjelaskan 'rentak tari' hatimu itu... maaf ct yang salah kerna selalu sangsi dengan hati dan tindakan abang.. aku yang salah!!!!!!!!....

aku yang bodoh dalam menilai sebuah 'cinta'... aku yang buta setelah aku dicelikkan.. aku yang sombong dalam kebahagiaan yang abang hulurkan.. aku riak atas nikmatNya... Ya ALLAH.. ampunkan segala dosa-dosaku ini., aku hambaMu yang tak pandai bersyukur.. aku rasa nak menjerit je saat ni..

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.


Khas untuk En Hasliman Bin Hasan :-

Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahasia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh...


Rabu, 8 Jun 2011

SIAPKAN!!!!!!!

BOS DA MEMEKAK...
KERJA SIAPKAN...
AKU DA LAPAR...
KERJA BUKAN SEMAKIN SIAP MAKIN BERTIMBUN-TIMBUN ADALAH..
JIWA DA TENAT..
AKU RASA...
RASA...
RASA...
KEPALA NAK PECAH!!!!!!!
:(((((

Isnin, 6 Jun 2011

kek lapis lagi....

projek ari ahad adalah megeluarkan mood untuk memasak untuk semua orang di rumah.. pagi buat kek oreo pastu bila aku bangun dari tido petang tu aku tengok da tinggal suku je.. hahahaaa.... da kene 'serbu' rupanya.. malam tu nak buat sebab teringat kat cik sue kita tu.. so teringat la nak buat corak lain so jadi la mood 'tembikai'... lalalallaaaa... nyum nyum nyum.... layannnnn....

TQ kak shamam

 Bahan yang sama cume tukar warna dan corak saje.. 
mood 'tembikai'...

pic terbaru my laling

ni da pukul 6.30 aku masih di ofis.. badan da letih.. keje kene sambung kat umah.. nasib baik takde laki kalau tak.. anda sendiri tau jawapannya.. hahahahahaaaaa... penat tak terkata.. yang pasti 'kerja' adalah untuk kedua cahayaku yang diatas tu.. comel kan... hihihihii cam mama kak long n adik.. muaaahhhhh...


perpisahan 'sementara'....

ni la hikmah ye.. perpisahan 'sementara' terjadi jua antara aku dan Papa man... oh sedih!!..
redha dan sabar hanya itu yang aku sematkan dihati..
pergi lah sayang...
aku restui..
orang hanya melihat...
namun kita yang melaluinya..
kita yang mengharunginya..
kita yang basah dalam hujan dan ribut itu..
namun kata-kata mereka membunuh 'kasih dan sayang; kita..
pasrah...
semoga perpisahan ini...
kita lebih matang dan lebih bahagia dalam 'rencah' dunia..
yang penuh dengan kilauan pedang yang tajam..
antara menang atau kalah
antara menyerah atau berserah..
antara tangis atau kecewa..
semua ditangan mereka yang 'berbicara'..
bukan ditangan kami yang 'mengharunginya'..
oh hati..
bersabarlah..
moga kebahagiaan milikmu jua nanti...
insyaallah....
amin..

dalam rindu ada duka
dalam tangis ada bahagia
dalam kenangan ada kamu, dia dan aku...



Jumaat, 3 Jun 2011

anak mama da pulang .. :))

malam tadi tido lena sampai pagi ye la.. tido ber'jimpit' dengan my girls bucuk mama ni.. alhamdulillah petang semalam mereka col suruh ambil kat taman tempat biasa.. so aku dari ofis terus ambil my girls.. tau tak, apa anak-anak aku tanya bila jumpa aku semalam... hahahahaaa.. bukan dia tanya tentang aku.. tapi diaorang tanya " mama, papa (man)  mana????"... kesian anak mama.. pastu baru la cakap kak long dan adik rindu dengan aku.. sayang aku.. terharu kawan..

berceloteh dari dalam kete sampai kat rumah.. macam-macam mereka cerita.. nampak happy sangat anak-anak aku tu.. alhamdulillah.. aku pun tengok ex aku da berubah sikit.. tak la jumpa asyik nak bertekak je.. da boleh la gelak-gelak.. tu la sape suruh 'usik' aku kan da 'kene'.. sebelum ni ada peristiwa berlaku antara kami.. dia ambil anak tak bagi tau aku.. apa lagi aku col la tanya.. boleh ke dia tengking aku.. apa lagi aku terus 'melalak'.. tengking dia balik.. aku cakap " pulangkan anak semula kalau tak saya report polis, orang tua tak sedar diri!!!!.... ambik ko sebijik.. aku menangis sampai malam.. aku col anak sambil nangis2.. anak pun suara sedih je.. sejak tu kalau jumpa ex aku da ok tak la 'tegang' lagi.. huuhuhuhuhuuu... walau aku 'JANDA' dia namun aku masih ada perasaan.. kene ingat tu...

berbalik cerita anak-anak aku tadi.. ha, bukan main manja, asyik ber'tenggek' je dengan aku.. sampai la masa nak tido.. tu la kan penangan 'rindu'dan 'kasih sayang' anak dengan ibu.. tanpa suami pun aku bahagia.. ( dalam ati sape tau kan, hihihihi ) nanti2 la cerita bab tu.. bila anak da balik ni jadual aku pun.. lalalalalaaa la jawap ye.. masak dulu sebelum g kerja.. mak tak sihat lagi so paham2 la kan.. :))

 aktiviti setiap malam....

'kenakalan' mereka...

13/06/2011

lagi seminggu kan.. 13/6/2011 nanti keluar lah sijil cerai aku secara rasminya walaupun aku da hampir 3 tahun men'J'... rasa kosong jiwa ni.. malas nak fikir... aritu g umah sue.. bapak dia tanya bila aku nak 'langsung'.. adusss!!!!... Bapak sue kata jangan lame sangat.. kalau tak tunang dulu.. rasa macam 1 batu besar menghimpap kepala dan jasad aku ni.. pening dan keliru...

susah nak menduga hati aku ni sebab aku pun tak pasti sampai bila aku nak begini.. penat dan cukup melemaskan.. memang aku mendambakan seorang lelaki dalam hidupku namun aku bahagia dengan 'hubungan tanpa komitmen ni... cukup senang hati.. tapi tu la orang dok mengata aku.. mengusung jantan kehilir ke hulu.. sedih wooo.. boleh tak korang paham apa yang aku rasa sekarang... Papa Man pun da mula bertanya bila???? aku diam je.. nanti la.. tak lari gunung di kejar.. hahahhahahaaa.. dia jawap ape ko!!! abg takut gunung tu kene toreh sikit-sikit oleh pencerobah tanpa abg sedari.. amboi mulut da ambil insurans ke belum ni.. kang kene dengan aku kang... hampeh kan.. hahahahaaa...


‎"Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling wasiat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" 
- Surah al-`Ashr (103)]


niat hati ingin menimang cahayamata lagi..
camno????
tapi ati masih ragu-ragu..
hihihihiiiii...
kak long n adik da sibuk tanya bila mama nak dapat baby lagi...
^__^