LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 12 Julai 2011

aku... dia... dan... pantai....

malas nak menaip dan bercerita.. kita layan gambar je la ye.. :)

sinar fm tetap dihati ♥ 


so sweet...


aku + dia
~ Pantai Cherating ~


tahniah abg...


indahnya ciptaan Ilahi


khas untuk kami berdua..


 antara suka dan duka..


 cantikkan.. subhanallah


 Teluk Cempedak

 tenang melihat keindahan lautan


my hero




Isnin, 11 Julai 2011

dalam suka ada duka...

sampai bila aku akan terus berkeadaan sebegini.. aku tak suka... aku tension.. YA ALLAH stres ye aku... dalam aku meniti hari-hari yang bahagia kenapa mesti ada kedukaan yang berpanjangan.. YA ALLAH.. permudahkanlah segala urusan kami.. agar aku dapat keluar dari segala belenggu masalah ini... aku ingin tenang di sisi Mu...


Jumaat, 8 Julai 2011

syhhhhhh...... jangan cakap dengan sapa-sapa ok..

huhuhu.. malu nak cakap.. minggu ni plan nak g umah mak ngah kan.. malam tadi Papa Man mesej kata tak jadi.. aku dah tergolek-golek dah ni.. gunung berapi nak meletus.. hihihi.. rupa-rupanya Papa Man nak ajak aku pergi dating kat Cheratig... wawawawawaaaaa... malu la i... huhuhu.. malu konon malam tadi terloncat-loncat atas katil kan... hahaha.. buruk je kalau anak nampak.. alolololo..."saja nak jalan-jalan dengan ct, kita pun da lama tak jumpa".. pakwe tu cakap... aku senyum kambing je.. alhamdulillah..

sambil jalan-jalan tu kami nak cari barang sikit.. untuk raya.. insyaallah.. aku dah tak nak ambil pusing lagi.. makin lama aku fifkir makin lama syaitan bermain dalam fikiran aku ni.. Niat aku adalah untuk beribadah kepadaNya... semoga ALLAH mempermudahkan urusan kami.. insyaallah.. perasaan tak yah cakap la.. kadang teruja kadang takut gila-gila.. tapi seronok la jugak cuma kadang-kadang perasaan lama tu datang dan pergi silih berganti.. membuatkan hati ni berbelah bagi.. susah untuk memilih jalan baru dalam hidup ni.. kalau perasaan lama tu tak hilang dari lubuk hati ni.. semoga langkah lepas ni semua kenangan itu akan pergi jauh dari hati kecil ku ni.. insyallah..

nanti la da dekat-dekat nanti aku bagitau ok.. malu la nak cakap sekarang.. ye la aku ni bukan anak dara.. aku ni JANDA.. nanti orang kata aku tak sedar diri pulak.. ayolahai... tapi niat nak buat yang terbaik untuk semua... insyaallah.. Terima Kasih kepada Papa Man kerna sudi menerima diri ini, menerima segala kebaikan dan segala kekurangan...  dan sudi memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak aku... sudi menabur bakti kepada kedua orang tuaku.. terima kasih abg... hanya ALLAH akan membalas segala jasa baik abang pada keluarga ct.. lagu ni aku tujukan khas untuk Papa Man.. semoga kita tabah melalui dugaan hidup ini.. terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sentiasa bagi sokongan pada saya.. terima kasih semua...



Because You Loved Me - Celine Dion






Khamis, 7 Julai 2011

giliran aku pulak

aku memang tak tahan kalau selsema ni.. ha tu la dia.. minggu lepas bos aku, kak mala yang deman dan selsema.. pastu sue.. 'demam bongka', selsema dan batuk.. semalam laki kak mala datang dia pulak selsema.. hari aku da kene virus mereka.. pedih hidung ni.. sue asyik terperanjat je aku bersin tiba-tiba.. hahaha... Papa man da suruh pergi Klinik tapi aku tak mau.. mogok lagi dengan dia.. ngajuk... "biar laling cakit.. takde sape pun ambil peduli".. ayat orang mengajuk.. hahaha.. saje je bikin hati dia panas.. nak minta perhatian sebenarnya.. aku kan manja.. alolololo... ngada-ngada ye.. biasa la kalau tak berapa sihat mood pun tak sihat.. memang aku punya mood sentiasa tak sihat ke.. huhuhu...

sedar tak sedar arini da 5 Syaaban kan.. cepat masa berlalu... sempat ke aku melalui Ramadan tahun ni.. insyaallah semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kami.. kak long pun sakit tekak tu.. balik je dari sekolah semalam terus mengadu " mama.. suara kak long takde".. serak dan tenggelam timbul je volume suara dia.. ingat nak g klinik ambil ubat je petang ni.. kasihan anak aku.. mama pun tak sihat ni sayang.. berdenyut-denyut je kepala ni.. jangan la lama sakit ni.. ahad aku nak ziarah mak ngah kat Batu Pahat.. anak dia yang bongsu meninggal rabu hari tu.. semoga roh arwah ditempatkan disisi orang yang beriman.. amin..

 pic terbaru.. tembam ;p

 rindu kamu lorr... ::))

 suka main air..

seronok sangat mereka... (*__^)


Rabu, 6 Julai 2011

abah...

abah....
semalam ateh tertawa sendiri..
ateh ingat kembali kenangan kita dulu..
seronok dan kelakar kan abah???
ateh ingat masa kita mula-mula nikah..
kita susah..
abah terpaksa pergi bekerja di luar
ateh tinggal di kampung..
ateh ingat lagi..
malam pertama abah tiada disisi..
ateh menangis sambil memeluk baju melayu abah..
sampai basah baju tu.. hahaha...
seminggu ateh tido dengan baju tu..
indah kan????
selepas itu ateh ikot abah duduk di Subang...
kehidupan kita bertambah baik..
walaupun masa tu kita ada motor buruk tu aja..
hihihi..
tapi kita bahagiakan...
ateh tersengih sendiri lagi abah...
ateh ingat lagi masa ateh merajuk dengan abah..
ateh lari balik kampung..
hahaha..
yang kelakarnya tu..
sampai puduraya ateh col abah suruh ambil ateh..
ateh takut..
rupa2nya abah nak naik bas on the way ke seremban... nak kejar ateh..
ateh tersangkut kat puduraya.. ayolahai...
sampai kampung terus kene marah dengan mak dan ayah...
abah...
ateh ingat lagi kita pernah basah dalam hujan bersama anak-anak semasa naik motor..
masa tu kita belum ada kereta hanya motor buruk abah tu aja..
abah ingat tak??
sedih kan situasi masa tu..
abah nekad nak bekerja lebih kuat untuk beli kereta tak nak basah dalam hujan lagi..
alhamdulillah bukan kereta je kita dapat rumah pun kita sudah miliki...
tapi abah kenapa kita tidak sebahagia semasa kita susah dulu..
kenapa apabila kita sudah memiliki apa yang kita impikan..
 kita tidak dapat pertahankan mahligai kita..
ego..
malam tadi..
ateh menangis lagi..
menangis ...
rindu pada kekeluargaan kita dahulu..
tapi mungkin ni la suratannya..

biarlah kita bahagia dengan haluan masing-masing...
tapi ateh rindu abah...

rindu sangat...
hanya airmata menjawap segala soalan itu....



Selasa, 5 Julai 2011

dugaanNya..


lepas selesai 1 masalah timbul masalah lagi... oooooo... penat la... tapi nak buat camne kan laluilah dengan tenang dan sabar.. mengeluh tu adat lah kan.. lumrah kehidupan.. bila aku berkeadaan 'cam gini'.. macam2 yang bermain difikirkan aku ni.. hadoiiiii... betul-betul dugaan...

... “Sesungguhnya Allah, Dialah Pemberi rezki Yang mempunyai kekuatan lagi Perkasa.” (Adz-Dzariyat: 57)



Isnin, 4 Julai 2011

cayang mak n ayah....


semoga mak dan ayah diberi kesihatan yang baik dan diRahmati ALLAH S.W.T... amin..
selamat ulang tahun kelahitan mak...
selamat ulang tahun kelahiran ayah...
maaf dan beribu keampunan jika ada yang terkurang dan tersalah selama ateh menjalankan tanggungjawap sebagai seorang anak..
alhamdulillah sebenarnya mak dan ayah tak tau pun majlis ni untuk mereka.. memang mereka tak tahu.. huhuhu.. mereka ingat aku buat untuk Papa Man.. gelak dulu.. hahahahahaaaa.. terkene mereka.. aku happy sangat.. kan aku da niat nak buat kek sendiri.. apo!!!! tak jadi.. sakit hati aku.. takpe usaha tangga kejayaan.. nak cuba.. nak cuba... nak cuba.... aku akan buat lagi kek tu.. takde hadiah yang aku berikan hanya doa yang aku panjatkan kepada ALLAH semoga mereka bahagia sehingga akhir usia mereka.. insyaallah.. terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir.. insyaallah tahun hadapan kita makan-makan lagi.. :))

 kek last minit.. huhuhu

 alhamdulillah atas rezekiNya...

 cumel tak saya???!!!

mak tih la pulak!!!


Sabtu, 2 Julai 2011

menu.. menu.. menu...

alhamdulillah... masih diberi oleh ALLAH rezeki yang melimpah ruah.. syukur ke atas nikmat dan kehidupanNya.. semalam 01/07/2011 adalah hari ulang tahun kelahiran mak aku yang ke 51.. dan hari ni pulak 02/07/2011 ulang tahun kelahiran ayah yang ke 57.. alhamdulillah aku masih diberi kepercayaan untuk menjaga mereka dan berusaha menjadi anak yang solehah.. insyaallah...

ok so.. apa nak buat???? dalam kepala ni nak buat makan-makan la.. macam biasa kan.. mak suka laksa so nak masak laksa.. ayah??? tak pasti la tengok semua ayah makan.. hajat hati nak buat kek sendiri.. hahaha berani ke?? usaha tangga kejayaan kan.. untuk family je.. tak sedap pun sedap jugak jadi ye.. tula dia.. hajat.. hajat... hajat.. semalam da mesej Papa Man suruh datang rumah.."da selesai keje terus datang tau abg"... huhuhu.. arahan perlu dipatuhi nanti ada orang merajuk!!!!!....

abang aku yang duk kuantan tu pun nak balik tapi tak pasti sampai pukul berapa.. jap lagi nak mesej along.. nak bagi tau hal ini.. adik yang kat segamat tu tak dapat balik.. kojo.. yo la dik!!!... kak cik??? mak buyung.. harap datang makan je la.. hahaha... kak ngah??? entah la aku pun tak pasti sampai bila kami tak bertegur sapa.. biarlah ALLAH yang tentukan aku da malas nak fikir.. dia dengan kehidupan dia dan aku dgn cara aku.. kesakitan masih berbisa.... ok stop next cerita lain...

huhuhu.. jangan la 'emo' kawan!!! ok ok sory ye.. harap apa yang di rancang menjadi ok.. tak kisah la siapa yang hadir yang penting ingatan aku kepada ke2 orang tua aku.. tu yang penting.. alhamdulillah.. semua orang sayang mak dan ayah kan tapi cara ye yang berbeza walau berbeza namun ingatan tu tetap sama.. wallah... ateh sayang mak dan ayah!!!! love uloz always... insyaallah...


 ni sebahagian dari family aku.. aku hanya dapat mendoakan yang terbaik untuk semua..
gambar ni masa majlis perlantikan 'Besar Waris' ayah aku aritu..

Jumaat, 1 Julai 2011

........................

terima kasih kerna episod itu.. terima kasih kerna pengajaran tentang itu... terima kasih banyak-banyak.. usia aku baru 25 tahun namun episod yang aku lalu telah mematangkan aku lebih dari usia aku yang sebenarnya.. aku redha walaupun pada hakikat kehidupan duniawi ni aku kalah.. aku tewas pada mainan kehidupan.. seteguh mana aku berjalan pasti pincang sedikit kerna episod itu.. sekuat mana aku berlari pasti aku jatuh menyembah bumi kerna mata tak bisa melihat rintangan itu.. luka walaupun tiada darah dan parutnya.. masih terasa sakitnya.

apabila kau mendongak ke langit.. sungguh indah sekali impian mu.. sungguh senang kau ukir kehidupanmu.. namun apabila kita berdiri di tanah yang nyata.. sungguh, terlalu payah untuk berjalan walaupun terpaksa kau merangkak demi untuk melangkah mara kehadapan.. begitulah jua dengan diri ini.. melangkah dengan linangan air mata.. betul kah arah ku ini.. tidak tersesatkah aku lagi??? kiri atau kanan.. berundur atau terus mara..

pasrah... terima kasih kepada semua.. tanpa mereka, dia, kamu dan aku... aku tiada disini.. merasa derita kehidupan.. mengajar erti sebuah senyuman.. ikhlas??? aku tidak punya jawapan untuk itu.. kerna ikhlas itu hanya ALLAH yang layak menilainya.. biarlah sesinis pandangan aku terima, terima kasih kerna ia mengajar aku erti ketabahan.. Bagaimana kita akan tahu rasa manis jika kita tidak tahu rasa pahit... Bagaimana kita akan tahu rasa dingin jika kita tidak tahu rasa panas... Bagaimana kita akan tahu rasa gembira jika kita tidak tahu rasa sedih.... Bagaimana kita akan tahu rasa bahagia jika kita tidak tahu rasa derita...


tu lah kehidupan aku.. walau semanis senyuman aku berikan tetap tercalit kedukaan dan kekesalan dihati.. dalam berusaha untuk jadi yang terbaik, aku pasti akan kecewa hanya kerna dunia.. kerna mereka.. kerna kamu dan kerna dia..


Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.


Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah…


Jika

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ………
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar keperluanmu. …
Apabila sekali ia retak….
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…
Kamu juga yang akan MENYESAL…