LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 1 Julai 2011

........................

terima kasih kerna episod itu.. terima kasih kerna pengajaran tentang itu... terima kasih banyak-banyak.. usia aku baru 25 tahun namun episod yang aku lalu telah mematangkan aku lebih dari usia aku yang sebenarnya.. aku redha walaupun pada hakikat kehidupan duniawi ni aku kalah.. aku tewas pada mainan kehidupan.. seteguh mana aku berjalan pasti pincang sedikit kerna episod itu.. sekuat mana aku berlari pasti aku jatuh menyembah bumi kerna mata tak bisa melihat rintangan itu.. luka walaupun tiada darah dan parutnya.. masih terasa sakitnya.

apabila kau mendongak ke langit.. sungguh indah sekali impian mu.. sungguh senang kau ukir kehidupanmu.. namun apabila kita berdiri di tanah yang nyata.. sungguh, terlalu payah untuk berjalan walaupun terpaksa kau merangkak demi untuk melangkah mara kehadapan.. begitulah jua dengan diri ini.. melangkah dengan linangan air mata.. betul kah arah ku ini.. tidak tersesatkah aku lagi??? kiri atau kanan.. berundur atau terus mara..

pasrah... terima kasih kepada semua.. tanpa mereka, dia, kamu dan aku... aku tiada disini.. merasa derita kehidupan.. mengajar erti sebuah senyuman.. ikhlas??? aku tidak punya jawapan untuk itu.. kerna ikhlas itu hanya ALLAH yang layak menilainya.. biarlah sesinis pandangan aku terima, terima kasih kerna ia mengajar aku erti ketabahan.. Bagaimana kita akan tahu rasa manis jika kita tidak tahu rasa pahit... Bagaimana kita akan tahu rasa dingin jika kita tidak tahu rasa panas... Bagaimana kita akan tahu rasa gembira jika kita tidak tahu rasa sedih.... Bagaimana kita akan tahu rasa bahagia jika kita tidak tahu rasa derita...


tu lah kehidupan aku.. walau semanis senyuman aku berikan tetap tercalit kedukaan dan kekesalan dihati.. dalam berusaha untuk jadi yang terbaik, aku pasti akan kecewa hanya kerna dunia.. kerna mereka.. kerna kamu dan kerna dia..


Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.


Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan