LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 8 November 2011

jangan paksa mama

sudah lama rasanya mama tidak mengalirkan air mata kerna perempuan itu.. malam raya yang lepas, air mata ini mengalir lagi.. sungguh mama benci apabila sesiapa sahaja menyebut nama perempuan itu dihadapan mama.. " cuma satu abang minta pada ct, cuba maafkan seseorang.. insyaallah hati ct akan tenang".. itulah permulaannya tangisan itu.. permintaan Papa Man yang tidak dapat mama tunaikan.. terlalu pahit untuk mama telan.. maaf terlalu dalam rasanya kesan luka itu... mama ada kehidupan mama dan biarlah dia dengan kehidupan dia.. jangan paksa mama lagi.. bagaimana rasanya jika kamu di'bogel'kan oleh darah daging sendiri.. kamu kehilangan cinta.. maruah kamu dihina... dipandang serong oleh orang sekeliling.. Ya ALLAH, hebatnya dugaanMu.. biarlah masa yang akan menentukannya.. mama tau air dicincang tak akan putus.. tapi biarkan mama sendiri yang meng'asing'kan diri mama sendiri.. kalau itu yang membahagiakan mama... dan jika akhirnya kemaafan yang mama mampu berikan... insyaallah....


Daripada Nu'man Bin Basyir r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya siksaan penghuni neraka yang paling ringan ialah seorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka yang panasnya akan mendidihkan otak di kepalanya. ( HR Bukhari & Muslim )




p/s :::: selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdirNYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."







Tiada ulasan:

Catat Ulasan