LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 4 November 2011

giliran kak long 'korban'

alhamdulillah.. syukur mama kehadrat ALLAH kerna masih diberi kesempatan untuk ber'korban' lagi tahun ni.. kali ni giliran kak long pulak.. 2 tahun lepas giliran mama, pastu giliran wan tahun ni kak long.. insyaallah tahun depan adik aisyah pulak.. syukur alhamdulillah... mama tak mampu buat untuk kita sekali serentak.. dapat kita buat setahun seorang pun mama da bersyukur sangat-sangat.. tumpang family mak tih berkorban.. rezeki ALLAH masih ada yang sayang pada kitakan sayang.. huhu.. tahun ni mama niat nak masak dulu baru diagih-agihkan.. ramai yang akan dapat nanti.. insyaallah.. alhamdulillah atas rezekiMu Ya ALLAH...


FADILAT BERKORBAN

Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW, fadilat berkorban antaranya:
1. Menambah amal kebajikan
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Orang yang berkorban itu akan dikurniakan bagi setiap bulu binatang korbannya dengan satu kebajikan."
(Riwayat Tirmizi)

2. Sebagai kafarah (penebus dosa)
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW kepada Sayidatina Fatimah r.ha yang bermaksud:
"Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya dengan titisan darahnya yang pertama itu akan diampunkan dosa-dosamu yang telah lalu."
(Riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)



3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Wahai manusia! kamu lakukanlah ibadat korban dan berharaplah pahala daripada Allah SWT dengan darahnya itu. Sesungguhnya darah korban itu sebelum ia jatuh ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah SWT."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan