LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 14 November 2011

badan sakit-sakit


hai uloz... morning.. jom sama-sama berdoa pagi ni " Ya ALLAH aku memohon keampunanMu daripada segala dosa yang telah aku bertaubat-Mu kemudian aku mengulanginya semula. Aku memohon keampunan-Mu dari segala yang telah aku berjanji kepada-Mu tetapi tidak aku tunaikan janjiku dan aku memohon keampunan-Mu daripada segala nikmat yang telah Engkau berikan tetapi aku lupa dan alpa lalu aku melakukan maksiat.. Ya ALLAH ampunkan dosaku".. Amin.. 


hari ni anak-anak mama ponteng sekolah sebab tak balik lagi dari rumah abah.. geram betol mama.. macam-macam ragam.. tu la lain kali ingat-ingat la tanggungjawab masing-masing.. anak pulak jadi mangsa.. ok la mama bagi kelonggaran kali ni.. lain kali 'tak dapek do'.. alhamdulillah da 3 hari mama niaga.. baru 3, masih banyak yang mama perlu belajar.. dan 3 hari ni jugak la mama kurang tido, kurang rehat dan stres lalu badan pun sakit-sakit la.. penat jugakkan tambahan lagi mama bekerja.. malam da start buat apa yang patut.. pagi pukul 4 pagi da bangun buat sarapan dan kuih.. pukul 7 mama da g kerja.. mata ngantussss... balik rumah tido jap setengah jam untuk ambil tenaga..( tapi orang kata tak baik tido lepas asar, nak buat camne time tu mama rest ) pastu ulang lagi.. nasib baik lagi seminggu nak cuti sekolah tak la mama ni terkejar-kejar.. apa-apa pun mama bersyukur sangat dengan rezeki ALLAH ni.. 


semalam lepas niaga pukul 11 pagi mama gerak balik segamat.. mama cari daun cermai untuk wan berubat.. mama usaha la mana yang baik untuk wan janji wan sihat sayang.. pastu pergi labis jumpa mak utih.. ada hal cikit.. itu ini itu ini da pukul 6 petang.. abah papa man col kata tunggu dia balik dari mancing baru balik Bahau.. ala mama ni da la keja masa.. akhirnya janji jumpa tengah jalan aja.. masa jumpa abah tu " ahad ni ada kenduri kat Sg Suluh.. nanti balik ye".. hadoi.. yang ayah mama pulak da sound awal-awal ada kenduri kat Sg 2 hari yang sama.. dan rencana mama nak hantar adik dan kak long rumah mama punchong ( anak-anak nak bercuti seminggu disana ).. camne ???? sakit kepalo mama.. arrggghhhh... bertambah sakit-sakit la badan mama ni.. 


takpe-takpe insyaallah 25,26,27hb Nov ni mama akan bercuti.. tak jadi ke terangganu musim hujan ni, kami beralih arah ke Pulau Langkawi.. huhu.. tunggu... wallah.. ;-)


cabel car tempat pertama mama nak terjah nanti !!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan