LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 21 Januari 2011

Kisah Suami Setia yang Kematian Isteri.. :)

Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi.

Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.
 
Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat.
 
Apabila ditanya, si suami menjawab :

"Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"

Sifat Orang LELAKI

Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan anda. Ada beberapa petua yang perlu kita tahu:
  • Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu.
  • Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan anda melebihinya. Boleh menyinggung perasaan dia.
  • Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.
  • Jangan benci ibunya.
  • Jika ilmu anda lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari anda.
  • Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.
  • Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai anda atau ingin mengenali anda. Pantang sekali.
  • Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki anda membuat dia cemburu dan kurang senang. Oleh itu, kurang-kurangkanlah cerita sebegitu.
  • Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tidak boleh dengar. Eloklah anda hindarkan.
  • Jangan cerita tentang keburukan pasangan anda. Lelaki juga sensitif. .
  • Jangan sebut tentang bekas teman lelaki anda. Pantang datuk nenek dia.
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Setiap manusia ada keistimewaan ye...

SOLAT Mengusir Kesedihan

Firman Allah swt. di dalam surah Al-Baqarah, ayat 153:
 Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat...


Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang. Sesungguhnya solat itu - atas izin Allah - boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini. Ketika Rasulullah SAW dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabbah Radhiyallahu 'anhu:
Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat. (Al-Hadith)

Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah SAW.

Telah banyak sejarah hidup beberapa orang tokoh kita yang umumnya, apabila saat mereka dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka segera memohon pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khusyu'. Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah kekuatan, semangat dan tekad hidup mereka pun pulih kembali.

Solat khauf dilaksanakan pada saat-saat genting, yakni saat kematian terjadi di mana-mana dan banyak nyawa melayang akibat peperangan. Apabila keadaan semakin memburuk, maka solat akan memperbaikinya. Ini merupakan isyarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyu'.

Setiap generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya tentu akan membakar kelopak matanya dan kesedihan akan menghancurkan urat sarafnya. Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan pun untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati selain dengan mendirikan solat.

Salah satu daripada nikmat Allah yang paling besar - jika kita mahu berfikir - ialah pelaksanaan solat wajib lima waktu dalam sehari-semalam, yang merupakan sebagai penghapus dosa-dosa dan pengangkat darjat kita di sisi Tuhan. Di samping itu, solat lima waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan berbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapapun, solat mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan iman ke dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah.

Adapun mereka yang menjauhi masjid dan meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari kesusahan yang satu ke kesusahan yang lain, dari goncangan jiwa yang satu ke goncangan jiwa yang lain, dan dari kesengsaraan yang satu ke kesengsaraan yang lain.

...maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka.
 
P/S :-
saje nak share..
untuk diri sdr n utk korang...
terubat jgk sedih nanti...
kita x sempurna sampai la kain kapan menjadi pakaian kita nanti...
insyaallah...

stres

Assalammualaikum semua....
Pagi2 lg aku rasa nak nangis.. :(
Bila aku renung kehidupan aku...
same je..
Bila pagi je mesti tergesa2...
uruskan ank2...
buat sarapan...
buat bekal...
klu ada suami, x tau la camne....
aku rasa nak nangis...
aku stres....
aku tension....
aku bengang...

arini aku masak nasi lemak..
anak nak bekal nasi lemak...
pukul 5 da bangun...
mane dgn masak...
anak homework x siap lg...
kejut diorg buat kerja sek...
aku masak...
tgk2 jam da pukul 6.00 pagi...
suruh anak mandi...
itu ini itu ini
aku tgk 6.30 pagi...
suruh anak makan...
6.45pagi  gerak g hntr anak sek sekali g keje..
x sempat pun nak bungkus nasi lemak yg aku buat td...
sedih sgt... ( utk anak sempat la )

aku sedih bukan x bw sarapan...
cuma aku rasa
aku ni bkn la ibu yg baik pd anak2 aku...
masih banyak yg perlu aku pelajari...
aku kecewa sgt2....
aku x tau knp aku rasa begini...
byk benda yg aku fikirkan...
sampai bila nak begini?????
byk lg benda yg perlu aku kene ubah..

Namun aku harus bersyukur...
Sebab aku masih lg bernafas sampai saat ni...
untuk melakukan perubahan...
dan melakukan perkara yg terbaik utk anak2 aku...
semoga aku tabah lalui hidup ni...

Dan aku sebenarnya rindukan seseorg...
Seseorg yg boleh jd tempat untuk aku mengadu segala masalah aku...
Tempat bermanja...
Tempat utk aku suka dan duka....
Tempat utk aku berlindung...
iaitu..
" SUAMI "
Hidup aku dan ank2..
x sempurna
tanpa...
seorg PAPA...
dan
seorg SUAMI...

Subhanaallah......
Y aAllah...
Kepada Engkau, tempat aku meluahkan segala rindu ini...

Rabu, 19 Januari 2011

Doakan semua cepat selesai....

Hai semua....
arini mood aku cam sengal sbb kes aku disebut kat mahkamah arini..
Ni jadual aku utk pagi tadi dan smpi la aku up date blog ni :-
  • Bangun Pukul 6.00am ( lambat sbb kepala sakit)
  • hantar anak ke sek 6.50am ( ayu lambat sampai sek)
  • hantar adik ke tadika KAASIH MURNI
  • Sampai umah basuh kete ( kete cam org masuk utan daaaa... )
  • kul 9.00am g mahkamah ( bw saksi. Ayah @ adik)
  • masuk mahkamah pukul 9.30am ( tggu kes org lain dibicara kan dl )
  • Yang buat aku bengang - 1 kes sampai 2 jam ambil masa ( berapi buntut akak, dik!!! )
  • Sambil tu msj org tersayang n my friend ( minta tlg sue uruskan ambil anak aku kat sek )
  • Kes aku pun dipanggil pukul 12.20pm hingga 12.40pm ( tgk kes aku sekejap je )
  • Tangguh ke tarikh 16/02/2011
  • Kelang-kabut ambil anak ( nasib baik ada kwan aku yg noty tu.. hihihi)
  • Da smpi bahau sue col kata KAFA mula terus ( ayu da nangis nak makan )
  • tunggu sue kat bahau, ambil ayu bw blk ( x KAFA la anak aku utk arini )
  • Sampi umah pukul 1.55pm ( hntr beg anak masuk dlm umah / g dapur tawaf )
  • Mak masak gulai ikan ( tp da janji nak mkn dgn sue )
  • 2.05pm start ke g ofis semula 
  • 2.30pm sampai ofis, cam biasa ada keje utk aku.. hihihih
  • melantak dl wei ( lapar ni )
  • buat keje ( dlm xde mood siap gak.. aku kan pekerja kesayangan bos.. bodek dr sdr la tu.. )
  • smpi la saat ni 4.15pm aku tulis blog ni.... :p
Kdg2 penat gak tp tu la jadual aku.. klu ke mahkamah.. 
nak buat camne kes aku x selesai2 lg :(
Sebenarnya aku pun suka sgt sbb:-
  • family aku x la bising suruh nikah cpt
  • Bila org tanya so dgn senang ati aku ckp kes blm selesai...
  • aku blh bebas lg
  • aku blh tido sesuka ati aku ( anak2 mak ada.. hihihi )
  • xde sape blh kontrol aku ( maksud aku - klu da kawin kene taat pd suami )
  • cam2 la kau blh buat

Namun, bukan tu sebenarnya yg buat aku penat tp....
bila di mahkamah,
cam2 kes yg aku dgnr...
aku jd takut pun ada,
jd benci dgn lelaki pun ada,
ada masa aku pandang " alam perkahwinan ni menyusahkan"
bila tiada persefaham....
siapa jd mangsa..
jawapan yg semua org tahu..
"kaum wanita.."
namun,
aku akui ada 1 @ 2 kes lelaki yg teraniyai...
Ni blm kes kaki tangan semua naik..
Ya Allah, Rahmatilah kami, Kau kurniakan Rumahtangga yang tenang buat kami, Ya Allah...

Aku x mahu cerita pasal kes aku..
Kerna ia adalah sebuah rahsia dlm kamus hidup ku...
aku yg melaluinya dan aku yg merasakannya...
Jd biar la kau pendam sebuah duka..
cewah... ppirrraaahhhh...
ok la...
tu je yg aku nak kongsi ptg ni...
apa2 pun aku menganggap semua yg aku lihat dn dgr tu suatu pengajaran..
untuk
aku
lebih
berhati2
dalam 
menempuh
alam
perkahwinan
yang
ke 2
dan 
yang 
terakhir
hayatku..
insyaallah....
Selamat beramal

Impian setiap insan di dunia ini








Selasa, 18 Januari 2011

aku x tahu knp aku, likeee sgt page ni... :)


Ulamak berpendapat, wanita islam dibolehkan bekerja atas syarat;
  • urusan rumah tangga selesai
  • urusan nafsu seks suami selesai
  • tanggungjawab dan urusan anak2 selesai
  • diizinkan suami
  • bekerja dengan niat membantu suami, bukan sebab mencari nafkah
  • bekerja ditempat yang selamat dan jauh dari fitnah serta maksiat



So, kalau ada salah 1 yang tak selesai, wajib ke atas seorang isteri mendahului urusan rumahtangganya.. amat rugi bagi wanita yang mengabaikan rumahtangga kerana disitulah letaknya lubuk pahala yang melimpah ruah yang tak nampak dek mata..



Pahala;


  • memenuhi hajat (seks) suami-pahala
  • menyediakan air minum sewaktu suami pulang-pahala
  • mengurut suami tanpa disuruh-pahala
  • memasak makanan suami-pahala
  • bergurau senda-pahala
  • dan lain2..



Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:



“Ertinya : Apabila seorang isteri mengerjakan solat yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat kepada suaminya, niscaya ia akan masuk Surga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.” [2]
P/S :-
 Aku dapat ni dari page "some1"..
aku suka sgt dgn ayat2 ni...
Tp menurut pengalaman aku...
Klu suami redha, kita blh ddk berjauhan ( bg yg keje antara 2 negeri yg berbeza )
Yang penting kita tahu batas2, had pergaulan kita sebagai isteri..
Mungkin kah aku akan mengalami nasib yg sama seperti mereka ( dok berasingan )
entah la belum kesitu nmpk ye..
Ada jgk aku tgk suami isteri yg dok berasingan, tp anak2 semua menjadi gak... hihihi
Yang penting " Kerjasama ".....
Konklusi :-
  • Fikir dl sebelum nak kawin aka hidup bersama org tersayang
  • Bukan mudah memikul tanggungjawab ( yg tabah je)
  • Byk faktor yg harus difikirkan ( klu slh seorg pasangan berhenti, ekonomi keluarga terjejas / punca penceraian  )
  • yg lbh2 korang fikir la sdr... hihihi
$$$$ Ni utk pasangan yg dok berasingan sahaja $$$$

Isnin, 17 Januari 2011

Kisah Ex-Hubby

Assalammualaikum...
Hai Selamat pagi semua..
Hr ini, Hari isnan, so selamat bekerja, jgn noty2 tau...
nanti kene potong gaji plk.. hihihi

Tiba-tiba ingat kat ex-hubby plk..
  • Sihat ke dia???
  • camne kehidupannya???
  • da ada penganti ke???
  • camne dgn kerja dia???
  • :( la
 Antara Kenangan aku dan dia......

Ni la dia org ye.. Said bin Abdullah

aku ni manja dgn dia... (*__^ )

Tinggal kenangan :(

Ni Masa G Jalan2 Kat Taman Layang2, Shah Alam

Ni Kat Muar.. Ada Sepupu Kawin.. like Red.. :)
Umur kami jauh beza.. 13 tahun..
Tp mungkin jodoh kami x panjang sampai tgh jalan je..
aku x simpan pun dendam dgn dia, mgkn aku ni muda so kurang sabar sikit..
dia plk sibuk keja so paham2 la kan ******* ....
TAPI AKU NAK ORANG TAHU " AKU BAHAGIA HIDUP DENGAN DIA"
DAN AKU BUKAN " GILA HARTA" seperti dakwaan org terhadap aku...

Aku penah makan nasi dgn telor je masa hidup dgn dia..
masa dulu kami susah, org x tau pun..
sampai la jd perpisahan antara kami, cam2 org hina aku...
menangis jgk la ku...
Banyak kenangan aku dgn dia...

Aku x ajar anak2 aku benci bapak diorg...
klu free anak2 aku akan ke umah dia, tido kat sn..
ada la sesekali col...
semua ok la.. x baik buka aib org tau.. hihihi
Setiap perbuatan kita akan dibalas so kita jgn jd tuhan nak menghukum org plk...
sbb diri kita pun blm tentu lepas lg... insyaallah

Aku doakan dia " semoga sihat dan sentiasa dirahmati Allah selalu "
Dan aku lebih bahagia hidup begini....
Aku tetap diriku...
(^__^) 

Org Aceh Sedang Sembahyang,
Hari Jumaat Tengahari,
Pergi lah kasih Pergi lah Sayang,
Pandai-pandailah Menjaga Diri......

Sabtu, 15 Januari 2011

HaRi LaH sAbTu.... :(

Hai selamat bekerja, pada yang bekerja pada ari sabtu ni...
Yang pasti nak duit, kono kojo kan.. hihihi...
Ari sabtu bg aku dan kwn aku yg lg sorg tu, bkn la waktu utk bermalas2an sbb :-
  • mesti byk keje punye...
  • bos 'nak sheikh' nak bg kitorg keje
  • kene siap kan ari sabtu jgk ( ari lain dia x kisah pun )
  • lg 1 kdg2 kene keje smpi la ptg... :(


Bersepah kan.. hihihi

Ni meje 'an'

Kdg2 lps blk keje aku dgn kwn aku g jln2... semua tu tgk kewangan kami jgk la..
klu da tahap nyawa2 ikan kami blk  tido. Klu ada kenduri g la kenduri...
Tp yg pasti da lama kitaorg x g jln sbb poket kosong.. hihihi
k la nak sambung keje ni kang bos naik sheikh lg.. hahaha


Khas utk kalian semua....


byeeeeeeeee....

Khamis, 13 Januari 2011

Musim Sekolah Telah Bermula.... lalalalala

 Sejak sekolah da start buka ni, aktiviti aku berubah semua sekali...
  • aku x blh bangun lambat ( mak membebel.. hihihi )
  • x blh rewang2 waktu mlm... :(
  • x blh bermalas-malasan
  • x blh marah2 anak lg
  • semua yg negatif tidak dibenarkan.. kah3
Sekarang ni, aku kene berdisplin sbb aku kene tunjuk contoh yg baik pd anak2...
ye mak ateh tau... :(( rasa nak nangis je...
tu la sape srh kawin cpt.. 
tanggung sdr..
walau apa pun aku ttp bahagia dgn anak2 aku..


Kadang tipu la klu aku kata aku :
  • bahagia
  • x stres
  • x merungut
  • rasa terbeban
  • semua yg negatif la

Namun, aku harus kuat melalui semua ni, sbb aku adalah single mother.. 
Cara yg terbaik aku buat adalah:-
  • Bawa kete sambil dgr lagu kuat2 ( volume 25.. hihihi)
  • tgk pantai ( waktu paling syok - malam )
  • jalan2 waktu malam.... 
Tu la jiwa aku... :) 
Walau aku ada teman, aku x lari dr perasaan sunyi..
manusia kan x penah kenal erti puas.. 
lain mcm je bunyi ye.. sbr mau ingat la.. hampeh je kan...


Dalam Doaku,
Dalam sedarku,
Dalam Tidurku,
Dalam Tangisku,
Dalam Tawaku,
Dalam Segala2Nya...
Aku berharap anak2 dan ibu ku bahagia di dunia dan diakhirat...
Menjadi hambaNya yg Solehah...
~~ Insyaallah~~
~~ Amin~~







azam baru...

salam...
hai semua tahun br da 13 hari berlalu..
mmm.... apa azam tahun ni.. aku nak jaga anak2 aku sebaik mungkin..
mungkin kadang aku lalai namun siapa lah aku utk menjadi sempurna..
walau apa pun love u my daughter always...


Dan lg satu.. hahahaha
aku belum rasa nak kawin lg..
seronok hidup camni..
kdg cemburu gak baca cerita kwn ttg kehidupan baru bersama suami...
tp aku buang perasaan tu jauh2 sbb aku adalah aku.. huhuhu
x mau hipokrit... :)


aku nak jaga mak aku spt mak aku jaga aku dan anak2 aku..
aku ni nama je da ada anak tp ttp pemalas...
jgn bgtau org lain tau... 
hihihi..


ttg my laling....
kami ok cuma ekonomi yg x ok...
so tungguuuuu.......
kumpul duit byk2 abg...
ct syg abg...


ok la nak keje ni...
byeeee.... (*__^)