LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 19 Februari 2011

Tentang Hati.. ♥

My Heart
Tidak siapa tahu tentang rahsia ♥ kan.. Namun biar kita menguasainya dari ia menguasai kita... Bahaya dik!!.. Boleh binasa hidup dek mengikut kata ♥ ni. mmmmm.. Kadang-kadang ♥ aku ni terbelah bagi antara nak dan tak nak.. antara kasihan atau benci.. arrrggghhhh susahnya hidup aku ni.. Hanya mereka yang penah senasib dengan aku je yang dapat rasa apa yang ada di dalam ♥ ni. Kadang -kadang pulak aku buntu untuk buat 1 keputusan..

Dari kecil aku da lalui macam2 benda dalam hidup aku.. Sampai la saat aku di ijabkabul kan pun menjadi 1 masalah.. Mak Ayah, ateh tak berniat nak lukakan hati mak dan ayah. Namun siapa la ateh untuk membuat keputusan yang tepat saat itu.. Ni semua adalah disebabkan  ♥ ni yang lemah dan fikiran yang mentah dalam membuat keputusan. Jadi kini aku terluka lagi.. terluka buat entah berapa sekelian kalinya.. oh ♥.. Jangan lah kau lemah dalam rayu syaitan kerna engkau sendiri yang akan derita nanti wahai ♥.

Suatu ketika dahulu aku pernah menyintai seseorang..( setelah aku bergelar 'J' ) Dia baik muda 1 tahun dari aku.. Hubungan kami berlangsung hampir 1 tahun. Dalam tempoh tu aku tidak mengetahui yang family dia tidak suka dengan aku.. Oh ♥ kau terluka lagi.. Berdosa kah aku bergelar 'JANDA'.. Kalau tidak kerna 'lelaki' akau tidak akan menjadi 'JANDA'... Jangan kau (family ye) hina wanita yang bergelar 'JANDA' kerna nasib dan rezeki kita ni di tangan ALLAH S.W.T.. Jangan kau bongkak berdiri diatas muka bumi ini.. Dalam kekecewaan aku cube menjauhkan diri dari dia. Namun disebabkan ♥ ini, aku menjalin kembali hubungan kami dalam senyap tanpa pengetahuan keluarga dia.. Dalam masa yang sama Papa Man cube memikat aku.. Dalam ♥ aku berkata " kenapa aku tidak bagi peluang pada Papa Man (kini gelaran Man untuk anak2 aku) mengisi kekecewaan ♥ aku ini ".. Aku pun nekad dalam ♥ lupakan dia dan memulakan hubungan baru dengan Papa Man.. Alahamdulillah, kami serasi namun ekonomi Papa Man selalu problem, namun aku kuat kan semangat dan pandang positif, anggap benda ni ujian Allah untuk melihat dan menguji ♥ aku yang noty ni.. hihihi...

Mak kata " jaga yang sorang ni.. Jangan nak bertukar-tukar je.. Betul didikan dan teguran, insyaallah ekonomi Papa Man akan stabil.."  Dalam ♥ aku yakin dengan apa yang mak cakap. Mekasih mak kerna selalu bagi nasihat pada Ateh.. Ateh sayang mak kerna mak sentiasa ada bila ateh susah... Semangat yang ada pada mak pun da cukup kuat untuk ateh terus hidup kat muka bumi Allah ni.. Semua ni di Tangan Allah S.W.T.. Terima Kasih Ya ALLAH...


























Jumaat, 18 Februari 2011

Kepadamu Wanita..Agar Dikau Bahagia..

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
- Artikel iluvislam.com

Mood Down...:((

rasa nak pindah balik umah aku la.. Aku rindu umah aku tu.. Aku rindu ketenangan aku yang dulu bersama suami dan anak2.. mmmm Ya Allah Engkau tabahkan lah hati ku ini!!.... uwaaaaa... menitis air mata ni entah yang keberapa juta kali... Aku betul2 stres saat ni.. Aku nak pindah, nak balik kat rumah aku.. Betul ke tindakkan aku ni.. blurr seketika aku dengan mainan syaitan ni..



Aku dah janji dengan diri aku untuk jadi kuat.. Tapi aku sentiasa tewas dengan godakkan jiwa dan fikiran aku. Aku rindu saat aku bergelar isteri dulu.. Terlalu rindu.. Mampu kah aku menerima tanggungjawap itu kembali???... Jawapan yang aku terima " Aku belum bersedia lagi"... Aku tersungkur lagi Ya Allah.. Tersungkur menyembah bumi yang Engkau ciptakan.. Hati terbuai lagi dengan pujuk rayu si Syaitan... Diri lemah- longlai dek angan-angan yang panjang... mmmmm... sampai bilakah aku harus begini???

Persoalan demi persoalan yang aku putarkan. Namun jawapan tetap 1.. Sujud la kamu kepada Pencipta mu...
Ya Allah.. hinanya hambaMu ini.. Ya Allah rendahnya pemikiran hambaMu ini.... Kenapa aku jadi sampai begini sekali.. Bila jiwa kosong mula lah Syaitan menghasut untuk memesongkan akidah manusia... argghhhh!!!.. aku menjerit sendiri lagi... hanya itu yang aku mampu.. Nak diluah tidak tercakap, nak disimpan terlalu pahit rasanya :((...




Rabu, 16 Februari 2011

Keseronokan Anak2.. Kebahagiaan Pada Aku...

sukanya kak long dan adik bila aku kata " ok malam ni ibu nak bawa kak long dan adik makan kat luar"... "Yahooo..." jerit mereka serentak.. " Tapi adik dgn kak long kene pegi mengaji dulu, homework esok kita buat sama2 ok sayang".. ha sesekali bawa anak makan kat luar seronok gak.. huhuhu.. Dalam pale aku malam ni nak makan yang pelik sikit.. So aku ada nampak kedai Stemboat kat Senawang masa aku keluar dengan sue aritu.. Akhirnya aku pilih untuk ke sana....

Kat Senawang
start memasak

leka ye mereka!!! huhuhuhu

Alhamdulillah atas Rezeki Mu Ya ALLAH
Lepas perut kenyang.. aku bawa mereka pergi lepak kat Dataran Seremban.. Malam cuti Umum ni mmg ramai orang kat sana.. Boleh tengok kerenah orang kat sana..
Suka bergambar
Aksi nakal kak long

Noty.. huhuhu

Suka sangat dia
mmmmm... seronok tengok diaorang happy.. lepas masuk kete gaduh pulak nak baring untuk tido.. cam2 anak ibu ni.. da letih akhir ye tido jgk budak-budak tu... Dalam hati " Terima Kasih Ya Allah"....

Kesana Lagi... :(

mmmm... Subhanallah.. sampai bila nak naik turun mahkamah ni.. tension ye.. arini 16/02/2010. Anda dikehendaki hadir ke Mahkamah Jempol kerana kes anda akan dibicarakan :(... Lotih akak, dik!!!... Kali ni dah masuk 7 kali aku kesana untuk kes Fasakh aku.. Entah bila nak selesai.. Aku buat semua ni pun kerna mak aku.. Kalau bukan kerna mak, aku malas nak layan benda-benda camni.. lantak la sampai bila pun aku tak kisah.. hati aku hancur takde sape yang tahu.. Alih-alih orang kata aku yang jahat sebab bila ex aku da susah aku tinggalkan dia.. " Wei!!! ko tak dok 1 umah dengan aku dan dia memang la senang ko bercakap.. Bodoh punya orang..".. Rahsia rumah tangga tak boleh dihebohkan berdosa besar ingat tu mak cik2, wan2, akak2 woi...

Aku serahkan pada allah untuk menentukan.. Dosa aku pun banyak, bukan jadi keja aku nak menghukum orang.. itu semua kerja ALLAH S.W.T.. Biarlah Dia yang mengadilinya nanti... Insyaallah..

Pagi ni settle kan kerja mana yang perlu dulu.. Aku da dapat perlepasan bos untuk uruskan kes aku so mungkin tengahari masuk ofis semula... Uruskan anak2 seperti hari-hari biasa :)... i likeee  ♥....Semoga langkah hari ini membawa sinar kebahagiaan untuk Aku, Kak Long, Adik Aisyah, Mak dan Papa Man...

Isnin, 14 Februari 2011

63 Petua keluarga Bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Doa Aku supaya Allah Panjangkan jodoh Aku
♥
Papa Man.. Hingga Akhir Hayat

Mood Weekend...... (+__+)

Jom belajar buat aiskrim...
bahan2.. 1 tin susu, 1 tin air, 1 biji telur , 1 sudu overlette dan perisa kegemaran.  ( campur semua )

Pukul guna mixer ( Ini la Hasilye)

mak kata letak dlm bekas kecil senang anak2 nak ambil dan makan.. :)


Kak long dan adik sedang mamam aiskrim.. dia kata "SEDAP MAMA..." tq syg..




Tu la dia kalau ada anak.. Anak pulak kuat makan.. Buat apa aje mesti habis.. Dan itu la anak mama :)... kak long dengan adik ni suka tahan mat bangla yang jual aiskrim waktu petang ( aku  tak berapa suka sebenarnya ) so aku dengan rasa rendah dirinya cube belajar buat aiskrim.. Alhamdulillah ia menjadi.. cuma aku tambah air banyak sikit sebab aku ni tak suka manis2.. Minggu depan nak cube perisa strawberry pulak hihihi...

Semalam masak sup kepala ikan merah.. berpeluh2 makan + sambal belacan cecah pucuk ubi.. nyum nyum nyum... Petang itu teman sue g repair kete dari pukul 2.00 hingga pukul 5.30.. sampai umah ambil anak bawa g taman permainan kat Taman Bahau.. ( tak dapat g Kompleks Sukan Dan Belia Paroi.. :( ) Balik sampai rumah suruh anak mandi.. siap-siap pergi mengaji.. aku masak pulak sambal ikan masin + sawi cina... nyum nyum nyum lagi ( kes nak gemok kan badan.. hahahaha )...

Dah siap masak.. aku pukul 'pelanta pelangi' nak buat kek... Buat banyak sikit sebab abang aku ada bawa balik bakal wife dia kat umah... So ni la hasilnya...
nyum nyum nyum...
Akhirnya aku pengsan pukul 10.45pm setelah kepala aku berpusing ligat cam kipas.. Tiba2 pening kepala.. Penat sangat kot... Sambil adik tolong picit kepala mama ni..  Tu la dia kalau weekend bukan masa untuk berehat tapi masa untuk memuaskan hati orang disekililing aku.. Namun aku puas kerna aku tak la layan sangat jiwa aku ni.. tak la aku ni pening kepala nak pujuk hati melupakan semua kenangan dulu.. cewah!!! da macam lirik lagu pulak.. hihihi...

Tapi malam tadi mak buat hal pulak.. cerita bab kawin ni.. ayoooolahhh... den bolum nak kawin laie do mak.. omat tol akal den.. kato mak " kalau balang dah nak kawin nanti buleh buat sekali dengan ko tih... Senang, mak ni da tak larat nak buat kenduri banyak2 ".. tu antara dialong mak den.. Fuh!!! panas telinga dan buntut den jap.. Dengar la jeritan batin ku wahai ibu kesayangan ku... AKU TAK NAK KAWIN!!!!!!...... satu penyiksaan dan satu bebanan pada aku nanti.. Bila hati tak nak aku takut aku tak ikhlas nanti... bukan dapat pahala dapat dosa adalah... argghhhh... tulung dennn....







Sabtu, 12 Februari 2011

Adik n Kak Long selsema lagi... :(

arggghhh.. tension betol aku... Aku ni tak boleh tengok anak2 aku kene selsema, batuk atau demam.. Mula la aku ni tak duduk diam.. cari ubat tu ubat ini.. pergi klinik.. dah lame anak2 tak kene selesema. ni da seminggu hidung tu basah je.. lepas tu mula la jugak 'mok tih' ( cik sue la sape lagi kan )  membebel kat aku.. ooomat tol akar den!!!... kahkahkah....
Kami seperti da macam 1 keluarga.. Sakit aku sakit la dia... TQ sue

Antibiotik, ubat selsema dari Klinik Nasir...

Sejak da start sekolah, kak long merenggek nak Vitamin Scott yang anggur tu.. Papa Man pun beli la tapi aku tengok vitamin ni lambat tindak balas... Sedap mmg la sedap tapi untuk melawan bakteri dlm badan tu lambat ( aku pun join merasa jgk.. hahaha ).. Knp ye?????


Biasanya sebelum ni aku bagi anak2 aku Scott air yang perisa oren tu.. Kalau mereka selsema sekejap je kering selsema tu... Bila dalam iklan TV da ada produk baru tu yang kak long dan adik sibuk nak yang anggur pulak... Ingat lagi baik rupe ye lagi lambat sembuh anak2 aku...
Dapat gift Beg Sandang Kecil
Kalau adik atau kak long demam pun aku bagi Scott Oren ni 2 hari je.. Sihat la anak2 aku... Semlm aku tanya kat kak farmasi tu knp yang pil tu lambat tindak balas, diorg pun tak dapat jawap!!!!... Camno tu kak??? huhuhu aku ni banyak tanya pulak... Bukan apa cume untuk pengetahuan aku je... Senang nanti bila kak long dan adik nak Scott Anggur tu aku cakap tak payah beli lagi ( sbb lambat bertindak bls.. huhuhu )


Anak2 mama ni lasak.. masuk kandang kambing, masuk reban ayam wan dia, main kucing, main sekeliling umah.. Tu yang senang dapat kuman sekali gus menyebabkan selsema, batuk atau deman.. Tapi takpe la nama ye pun kanak-kanak kan.. mesti la lasak, nanti duduk senyap je anak2 ni tak sihat la pulak mental dan fizikal dia.. Dengan banyak bermain anak2 boleh menggunakan daya fikiran dia untuk berfikir dan mempelajari sesuatu perkara.. kan2!!!...
Ni la umah wan kami, tempat kami menumpang kasih

ok la syg.. mama nak keje ni.. ahad ni boleh la kita g seremban kat kompleks Sukan Dan Belia Paroi.. kak long dan adik kan sibuk ajak ibu pergi kat sana nak main 'win'.. ( 'win' tu gelonggor mainan... pandai je anak2 mama ni bg nama kan.. hihihi ) Ye la cuti raya cina minggu lepas kak long dan adik pergi rumah abah kan.. Ibu yang syok berjalan hahaha... minggu ni ibu bawa anak2 ibu g jln2 plk.. baru adil kan.. janji homework siap kan dl...



Petua Untuk Elak Pergaduhan Rumahtangga

  1. Jangan Merajuk - sebaik baiknya apabila bergaduh , jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan masalah anda menjadi lebih buruk apabila si suami tidak peduli dengan rajukan anda.
  2. Jangan Menghukum - Menghukum tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak langsung menolong prose berdamai malah hanya akan mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Jadi , kalau benar masih ada niat berdamai , jangan terlalu menghukum.
  3. Jangan Mencari Salah - Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian.  Kajian mendapati wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Adalah lebih baik apabila anda mengambil masa dan meneliti kekurangan diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pasangan.
  4. Mulakan Pendamaian - Sekiranya anda benar benar mahukan perdamaian , ambil langkah pertama untuk berdamai. Andai kata pasangan anda itu menolak usaha anda kerana dia mmg tidak mahu berdamai , itu tidak menjadi isu besar. Sekurang kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai. Jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha ..
  5. Kenalpasti Punca Masalah - Tujuannya bukanlah untuk mengungkit tetapi untuk mengelakkannya pada masa depan


Jumaat, 11 Februari 2011

Petua Untuk Mendapatkan Zuriat

Seseorang isteri boleh membuat pengiraan dari tarikh anda datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

KALENDER KESUBURAN BULANAN
(contohnya kalau isteri datang haid pada 1hb)

Hari Haid : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 (10 hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (Anak Perempuan): 18, 19, 20, 21, 22, 23 (6 hari)
Hari Tidak Subur: 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30 (7 hari)

A. Berdasarkan kalender diatas, isteri bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan.

B. Sekiranya haid jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya isteri mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami).

C. Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

D. Maka pada hari ke 11 hingga 17 (isteri di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak L (LELAKI) adalah cerah.

E. Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan. Untuk itu,  disarankan agar isteri menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak PEREMPUAN.

F. Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25(lagi seminggu nak dating haid) isteri akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda isteri akan didatangi haid dalam masa seminggu dan masa haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari) dari tarikh haid terakhir.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3 kali
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. Contohnya:"Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333 kali setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

PETUA 2

1. Amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi selama 3 bulan.
2. Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga.
3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.

Cara Melakukan Senaman Batin

1. Duduk bersila badan tegak
2. Luruskan kaki kanan ke depan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
4. Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas, tahan selama 7 saat)
5. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
6. Lakukan 3 atau 7 kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walaupun hanya 3 kali (3 kali - kanan dan kiri).

PETUA 3:
Merancang Anak Lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan, jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang Anak Perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
  

Untuk Dapatkan Anak Lelaki
1. Banyakkan makan sayur untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan
2. “Deep Penetration”, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ini laju tetapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki.

Nota: Kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk lonjong.


Untuk Dapatkan Anak Perempuan
1.Banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan.
2.”Subsurface penetration”, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum.
Nota: Kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat.

( Copy & paste)
http://www.facebook.com/griyapengantinnoni#!/notes/pak-ngah-farit-ismeth-emir/petua-untuk-mendapatkan-zuriat/185576858149469