LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 27 Januari 2011

♥ Tips Menjaga Anak Utk Ibu Tunggal ♥

Menjadi ibu tunggal yg perlu mengimbangi antara kerja, kerja rumah, makan, pakai serta pendidikan anak-anak adalah tugasan yg mencabar, yg selalunya mendesak keseluruhan masa harian anda. Bagaimana pun, ada ramai wanita yg telah, sedang dan berjaya memikul tugas itu dgn jayanya. Teruslah membaca utk mendapatkan tips bagaimana utk menjadi ibu tunggal yg lebih baik.

♥ Utamakan anak-anak dlm hidup anda. Anak-anak anda sepatutnya tidak memerlukan apa-apa dan sepatutnya punya segalanya yg mereka perlukan utk berjaya dlm hidup. Didik dan lindungilah anak-anak anda dari perkara-perkara negatif. Laburlah terutama dlm masa, semampu yg mungkin utk anak-anak anda dgn harapan suatu hari anak-anak anda akan menjadi seseorang yg berguna dlm hidup.

♥ Libatkan diri dlm mana-mana persatuan bantu diri bagi ibu/bapa tunggal. Ada terdapat pelbagai persatuan atau agensi yg membantu atau menyokong para ibu/bapa tunggal di mana ahli boleh berinteraksi antara satu dgn yg lain serta dapat meluahkan apa yg mereka rasa. Melibatkan diri dlm persatuan atau kumpulan seperti ini adalah mustahak utk memastikan anda mendapat sokongan dan semangat yg diperlukan. Ini akan menjadikan bebanan anda sebagai seorang ibu tunggal lebih mudah bila anda sedar, anda tidak bersendirian.

♥ Jgn pernah menyalahkan diri anda atau menyesali nasib keruntuhan rumahtangga anda, tak kira apa pun sebabnya kerana yg berlaku, telah pun berlalu. Yg penting adalah hari-hari mendatang. Anda perlu menyayangi diri anda terdahulu utk tidak membenarkan pengaruh kurang sihat menghancurkan diri anda dan anda perlu terima hakikat yg anda adalah satu-satunya mata pencarian utk anak-anak anda biarpun mungkin anda mendapat nafkah bagi anak-anak anda dari bekas pasangan anda. Gunakan ruang kosong yg pernah diisi oleh pasangan anda dulu utk mendekati lebih rapat dan mesra anak-anak anda, malah jika boleh, timbulkan hubungan yg rapat antara anda dan anak-anak anda. Gagal dlm hubungan ruahtangga tidak bererti anda juga harus gagal menjadi ibu kepada anak-anak anda.

♥ Kawal kewangan anda. Ini adalah penting kerana yg membawa pulang wang perbelanjaaan setiap hujung bulan adalah anda seorang. Anda perlu mampu utk menyara diri anda dan anak-anak disamping bil-bil yg perlu dilunaskan setiap bulan. Masalah akan tetap ada. Menghadapi masalah dan mencari huraian adalah lebih elok dari melarikan diri dari masalah.

♥ Tanamkan semua yg positif kedalam diri anak-anak anda sebaik yg mungkin. Pastikan anda membenarkan anak-anak menjadi diri mereka sendiri dari cuba merubah. Bantu anak-anak anda utk mengenali potensi mereka sepenuhnya dan cabar pemikiran mereka. Ini akan membantu mereka membesar sebagai seorang individu yg tabah dan cekal di kemudian hari, tentunya dgn mengambil contoh yg terbaik dari ibunya yg telah berjaya membesarkan dan mendidik mereka terbaik mungkin.

Mama sayang anak2 mama....♥

TuLaNg RuSuK kU.....

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu
mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara
spontan juga berteriak

“Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata
bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam,dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air
yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan
berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil
barang-barangnya,bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi
berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar
negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing
dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan
sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia
merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di
mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya
oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI
: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk
kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa
sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah
dengan bodohnya dia patahkan sendiri…
  p/s :-
  • Aku copy & paste dr some1
  • bila aku bc, ati aku sedih je ( mgkn aku single mother )
  • aku nak cr tulang rusuk ku... :(
  • aku mahu cr payung utk anak2 ku ( tp xde la terdesak sgt... hihihi )

Doa Supaya Sentiasa Dikasihi Suami....

Amalkan doa ini agar anda sentiasa dikasihi dan disayangi suami.. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardhu 5 waktu.

 Surah Ali Imran 3 : Ayat 31

Terjemahan/Maksud:
Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."

Rabu, 26 Januari 2011

Mengapa Isteri Perlu melayan Suami

Melayan suami merupakan persoalan penting kepada isteri selapas mentaati Allah dan Rasul. Ia adalah saluran menuju taqwa kerana disitulah peluang untuknya bermujahadah ; melawan segala perasaan letih, jemu, geram, marah, kecewa dan sedih ketika berlaku pertembungan di antara kehendak suami dan kehendak isteri.

Seorang isteri yang saleh akan merasa bahagia apabila dapat mentaati, melayan suami dan menimbulkan kegembirannya hingga suami terhibur. Kerana baginya menghiburkan hati suami bererti membangunkan syurga diakhirat. Oleh itu dia merasa amat beruntung kerana peluang itu Allah kurniakan buatnya. Lantas suami tidak hanya diberi layanan yang istimewa sewaktu baru melangkah ke gerbang perkahwinan atau disaat cinta masih segar dan hangat atau ketika suami masih berupaya dari segi rupa, harta, pengaruh atau tenaga sahaja.

Jangan sekali-kali memandang jijik hingga sanggup mengatakan wanita yang mentaati suami sebagai hamba suami dan tunggangan nafsu suami. Sebaliknya, tugas itu dianggap sebagai hadiah dari Allah untuk dirinya yang tidak kesemua wanita berpeluang mendapatnya.

Tugas melayan suami tidak mungkin dapat dilakukan dengan baik tanpa dorongan iman dan taqwa. Hanya wanita beriman saja yang dapat mencintai suaminya dengan cinta fitrah ( bukan cinta nafsu). Iaitu cinta fitrah yang tidak dikaitkan dengan apa-apa kepentingan yang membuatkan seseorang rela memberi kebahagian kepada orang yang dikasihi. Sekiranya isteri gagal untuk memberikan cinta fitrah kepada suaminya nescaya dia gagal untuk mentaati dan melayan suaminya seperti yang dituntut oleh agama.Terutama disaat-saat sedang keletihan atau sibuk dengan urusan-urusan didalam dan luar rumah, sewaktu sakit hati dengan suami, sewaktu tidak diperdulikan oleh suami dan seumpamanya.

Ada beberapa sebab mengapa seorang isteri itu perlu melayan suami. Di antaranya :

Pertama : Perintah Allah

Allah memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayan suaminya dengan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat Tirmidzi )
Mentaati dan melayani suami merupakan salah satu ibadah yang mana para isteri mendapat ganjaran di dunia, sementara di akhirat pula mendapat pahala. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya: Jika seorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.

Kedua : Kedudukan (martabat) suami

Lelaki adalah pemimpin kepada wanita, khususnya suami terhadap isteri. Firman Allah didalam al-Qur`an yang bermaksud : Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (Al-Nisa :34 )

Firman Allah lagi maksudnya : Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban mereka menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya. ( Al-Baqarah : 228)

Ketiga : Kewajiban isteri

Setiap wanita ingin dikasihi, mendapat pembelaan dan perlindungan daripaada seorang suami. Tapi bukan kesemuanya bernasib baik. Masih banyak lagi yang bergelar tidak berpeluang bersuami walaupun dikalangan mereka itu ada yang berjawatan tinggi, cantik dan berharta.

Maka bagi wanita yang bertuah dan bernasib baik kerana telah bersuami ini, apakah ada cara lain untuk melahirkan rasa syukur dan tanda terima kasih selain daripada mentaati dan melayani suami dengan sebaik-baiknya? Kenanglah jasa dan kebaikan suami, pasti akan lahir rasa tanggungjawab untuk mentaati dan melayaninya dengan sebaiknya.

Kewajiban isteri melayan dan memuliakan suaminya terlalu besar dan membawa erti yang besar kepada wanita. Sayidatina Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata : " Wahai kaum wanita ! seandainya kamu mengerti kewajiban terhadap suamimu, tentu seorang isteri daripada kamu bertindak akan menyapu debu dari telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya."

Keempat : Mendapat keredaan Allah.

Isteri yang mentaati suami dan melayani dengan baik akan mendapat rahmat dan redha Allah. Seluruh makhluk juga turut beristighfar dan dan mendoakannya. Sebaliknya, jika tidak dapat berbuat begitu Allah pula akan melaknatinya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yamg bermaksud: " Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia masih taat kepada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Jelas dari hadis ini mentaati dan melayani suami menjadi faktor untuk seorang isteri itu mendapatkan keredhaan Allah. Sebab redha suami bererti mendapat keredhaan allah, kemarahan suami bererti kemurkaan Allah.

Kelima : Merebut ganjaran pahala.

Suami menjadi saluran bagi isteri untuk mengaut ganjaran pahala dan kebajikan dengan sebanyak-banyaknya hanya dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami, Allah telah janjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan nikmat syurga yang maha hebat.

Banyak hadis-hadis yang membawa perkhabaran tentang kelebihan dan keistemewaan yang boleh diperolehi oleh isteri yang berkhidmat kepada suaminya. Antaranya sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: " Wahai Fatimah, mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, maka Allah akan memberinya air susu dari sungai-sungai syurga dan diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan akan didapatinya kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah dia melintasi titian Sirat."

Begitu juga isteri boleh dapat pahala berjihad di jalan Allah hanya dengan melayan suaminya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Mana-mana isteri yang merelakan dirinya dijimak oleh suaminya pada malam Jumaat, pahalanya sama seperti orang yang berjuang dimedan perang."
Demikianlah balasan dan ganjaran bagi para isteri yang mentaati dan melayani suami mereka dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya bukanlah sukar sangat untuk mendapat dan merebut ganjaran tersebut, apa yang penting bagi kaum isteri tanamkanlah sifat menghormati suami dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin.

KoSoNg...

Saat aku menaip blog aku ni...
Fikiran aku betol2 kosong...
ati aku x tau di mana...
apatah lg fikiran aku ni..
cam2 benda yang mengganggu fikiran aku..


mmmmmmm.....
x tau nak tulis apa..
tp tangan ni terus menaip..
ati ni bercampur-baur..
tp yg pasti paling byk adalah KECEWA...
AKU BETOL2 KECEWA....

Ya Allah, kenapa la aku ni x penah paham erti 'SABAR'
Bila aku cube menipu diri aku yg aku kini 'bahagia'
makin kuat dugaan yang Engkau berikan...
Namun, aku bersyukur...
RezekiMu x henti2 keatas diriku..
AKU BERSYUKUR sgt..
TERIMA KASIH YA ALLAH...
Aku malu dgn Mu Ya ALLAH
kerna Aku x penah puas dengan NikmatMu...
Aku ni Hamba yang Zalim..
Zalim pada diri sendiri...

aarrrggghhhh....
Ya Allah stres ye aku...
Knp jadi begini...
Apa yang aku Cemburukan
Apa yang aku Sedihkan
Apa yang aku Kecewakan
sbb semua tu aku yang cipta sendiri..
So aku x blh salahkan org lain..
Jalan je laaaa....

Dilindungi Allah....

26/01/2011...
Arini dlm perjalanan menghantar anak ke Sekolah dan ke tempat kerja...
Aku hampir melanggar mak cik yg bw motor ( x bg lampu utk membelok ke kanan )
Tiba2 aku nampak motor tu berhenti...
Brek kecemasan aku dan hampir melanggar buntut motor..
Dan aku membelok ke kanan...
Dengan kuasa allah kereta di hadapan memperlahankan kereta.. 
aku terbabas di sebelah kanan jalan ( laluan aku di jln belah kiri )

aku punya bengang allah saje yg tahu..
mengigil seluruh badan aku...
aku hanya fikirkan anak2 aku yg dlm kereta ni saje...
Mmg aku sumpah- seranah  mak cik tu...

Ya Allah. Terima Kasih kerna masih memberi kesempatan utk aku terus hidup di dunia ini...

Selasa, 25 Januari 2011

MADAH ISTERI MERAJUK....

Kata pujangga, perempuan bagaikan angin , lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu , menyaji kasih, menghidang sayang, adakalanya mereka seperti anak, ingin dibelai,
minta dimanjakan , adakalanya mereka seperti nenek, berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini, bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk, pandai-pandailah memujuk , buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya,
teliti dengan hati yang terseni , rasional atau emosi ? andainya emosi, belailah emosi itu,
jangan cuba dihadapkan secara rasional, kerana sidia tak akan terdaya, mengunyah hujah,
berilah walau seribu sebab , lengkap dengan perangkaan statistik,
atau dokumen saintifik , berserta dengan beberapa affidavit , dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini, fikiran telah ditawan perasaan , sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa,
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan, semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda, emosi isteri , bagai riak-riak air dalam cawan, jangan digoncang......
buat selamba, lambat laun, gelombang akan tenang, air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta, masamnya berdata, geramnya berilmiah, marahnya ada prima facie,
ini rajuk taraf tinggi namanya, perlu ditangani berhati-hati, kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima ,
mengaku lalu berjanji serta berikrar,
" Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang....abang alpa " bisikkan " Darling.. I lupa..." ,
hulurkan tangan, pinta kemaafan, pendekatan kasanova, tapi hati suci.

Rajuk isteri seperti mangga muda, perisanya masam, tetapi...
kalau kena cicahnya, enaknya akan terasa, ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut, malah kadangkala agak mengugut, minta aksesori serta perabut,
minta Villa yang tersergam indah, atau mahligai di lereng bukit, sedangkan kita bukan Shah Jehan ,
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya, tetapi isteri pula,
persis Nur Jehan, yang meminta petanda keagungan cintanya.
Katanya " Seabadi permata,segermelapan intan " ....
sedangkan ditangan kita, cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta , dalam ukuran mayam atau menimbang setia , menerusi Bursa Saham papan utama, kasih isteri,
turun naik , mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri, diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya, dia dihargai, dipuja-puji, dia kini sudah menjadi ibu,
pada anak-anak kita , sudah takdir...
permata yang dipilih,perlu digilap semula.

Namun,
putus asa jangan sekali, terimalah dia, dengan redha, justeru isteri , pada hakikatnya , adalah bayang-bayang suami ,
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok , luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan , berkeras ,
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya , lalu pada saat yang kudus , setelah bersolat bersama , bisikkanlah
" Duhai isteriku...marilah kita bina perkahwinan ini , dengan cinta yang sejati , marilah kita kutip rezeki ,
dengan keringat tersuci , kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya , padamu isteri, istanamu, di hati ini ,
padamu sayang , kalung cintamu, di jiwa ini."

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata , usia meningkat kecantikan tergugat ,
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang ,
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ? jika berkurang, nyatalah cinta kita , selama ini cinta di mata bertapak di body ,
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah , ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.Itulah cinta sejati.

Namun tidak salah,
di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body', kalau ada kesempatan , ajaklah dia bersenam,
amalkan puasa sunat , tapi ingat niat kerana Tuhan , bukan kerana ingin kuruskan badan , tapi Tuhan Maha Penyayang ,
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami , tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan ,
sama-samalah merampinkan badan , yang terlebih dikurangkan , jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh ,
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara , tapi kini saat menghitung dosa , lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti ,
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia , di dunia ini dan di akhirat nanti , itulah yang dikatakan ,
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk , dengan ombak prasangka dan taufan cemburu , Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ? kekadang disergahnya kita , ketika keringat masih membasah ,
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri , mungkin kita berdosa dengan Tuhan , atau bersalah dengan insan ,
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan , yang telah kita lakukan.

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan , secara 'indirect' dari Tuhan , hadapkanlah diri ke cermin hati ,
kaji diri satu persatu , kalau liar, berhentilah , kalau berdosa, bertaubatlah...

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu , nasihatkanlah baik-baik , bukan senang nak senang ,
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua , suami yang bersabar dengan isteri yang jahat ,
akan mendapat pahala Nabi Ayub , atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ,
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita . Dia yang membantu membersihkan rumah kita.
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu , cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan, yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri ,
atau kad ulang tahun perkahwinan , atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti : Aku hanya seorang suami ,
yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila , yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku , di sudut tersuci di dalam hatimu.....

Hujung Bulan.... :(

Camni la agak ye muka aku bila hujung bulan
Bukan pening sebab duit tapi ' Keje Berlambak2 '....
Hihihihi tu la deh sebenarnya....
aku penat sgt bila hujung bulan tiap2 la bulan...





Comel x muka aku...
tp apa nak buat ..




Nak Duit kene la keje...
so ikhlas kan la diri anda...
Jom kita layan lagu ni...
Biar hilang 'STRES KERJA'
Sudirman - Punch Card



Byeeee....
Nak blk resttttt....
    mmmmuuuuaaaahhhhh..... :)  







       

Isnin, 24 Januari 2011

Missing someone... :(

Ni la lagu aku dan dia....

" Abg Mus "
Tu la org ye...
mmm....
dia da kawin...
da ada seorg cahayamata
dan akan dapat seorg lagi baby..
tahniah..
" semoga allah merahmati hidup abg sekeluarga "

Biar pun kita mmg ditakdirkan tiada jodoh,
Namun sepanjang 2 thn perkenalan kita,
ct bahagia sgt...
Cuma ct yg slh langkah...
ct x mau salahkan sesiapa..
Apa yg pasti setiap yg terjadi ada hikmah ye..

Kepada wife ye,
Tahniah kerna menjadi PERMAISURI dihati abg Mus...
Semoga akak dan abg bahagia hingga akhir hayat....
Maaf kan segala kesalahan ct..
Kerna sebelum ct menutup mata...
Ct nak mendengar KEMAAFAN dr ABANG.....
Dan ct nak abg tau...
yang ct x mau memutuskan tali silatulrahim dgn abg...
sebab ABG ADALAH SEORANG SAUDARA YANG SOLEH....


ikhlas dari adikmu,


ye ke.... ;p

Cun ler....

p/s:-   hanya org yg rapat dgn aku sahaja yg tahu aku ni camne????
          aku pun x tahu aku ni camne.. huhuhu
          " Selamat Beramal "