LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 27 Januari 2011

TuLaNg RuSuK kU.....

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu
mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara
spontan juga berteriak

“Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata
bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam,dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air
yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan
berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil
barang-barangnya,bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi
berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar
negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing
dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan
sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia
merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di
mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya
oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI
: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk
kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa
sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah
dengan bodohnya dia patahkan sendiri…
  p/s :-
  • Aku copy & paste dr some1
  • bila aku bc, ati aku sedih je ( mgkn aku single mother )
  • aku nak cr tulang rusuk ku... :(
  • aku mahu cr payung utk anak2 ku ( tp xde la terdesak sgt... hihihi )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan