LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 27 Januari 2011

♥ Tips Menjaga Anak Utk Ibu Tunggal ♥

Menjadi ibu tunggal yg perlu mengimbangi antara kerja, kerja rumah, makan, pakai serta pendidikan anak-anak adalah tugasan yg mencabar, yg selalunya mendesak keseluruhan masa harian anda. Bagaimana pun, ada ramai wanita yg telah, sedang dan berjaya memikul tugas itu dgn jayanya. Teruslah membaca utk mendapatkan tips bagaimana utk menjadi ibu tunggal yg lebih baik.

Utamakan anak-anak dlm hidup anda. Anak-anak anda sepatutnya tidak memerlukan apa-apa dan sepatutnya punya segalanya yg mereka perlukan utk berjaya dlm hidup. Didik dan lindungilah anak-anak anda dari perkara-perkara negatif. Laburlah terutama dlm masa, semampu yg mungkin utk anak-anak anda dgn harapan suatu hari anak-anak anda akan menjadi seseorang yg berguna dlm hidup.

♥ Libatkan diri dlm mana-mana persatuan bantu diri bagi ibu/bapa tunggal. Ada terdapat pelbagai persatuan atau agensi yg membantu atau menyokong para ibu/bapa tunggal di mana ahli boleh berinteraksi antara satu dgn yg lain serta dapat meluahkan apa yg mereka rasa. Melibatkan diri dlm persatuan atau kumpulan seperti ini adalah mustahak utk memastikan anda mendapat sokongan dan semangat yg diperlukan. Ini akan menjadikan bebanan anda sebagai seorang ibu tunggal lebih mudah bila anda sedar, anda tidak bersendirian.

Jgn pernah menyalahkan diri anda atau menyesali nasib keruntuhan rumahtangga anda, tak kira apa pun sebabnya kerana yg berlaku, telah pun berlalu. Yg penting adalah hari-hari mendatang. Anda perlu menyayangi diri anda terdahulu utk tidak membenarkan pengaruh kurang sihat menghancurkan diri anda dan anda perlu terima hakikat yg anda adalah satu-satunya mata pencarian utk anak-anak anda biarpun mungkin anda mendapat nafkah bagi anak-anak anda dari bekas pasangan anda. Gunakan ruang kosong yg pernah diisi oleh pasangan anda dulu utk mendekati lebih rapat dan mesra anak-anak anda, malah jika boleh, timbulkan hubungan yg rapat antara anda dan anak-anak anda. Gagal dlm hubungan ruahtangga tidak bererti anda juga harus gagal menjadi ibu kepada anak-anak anda.

Kawal kewangan anda. Ini adalah penting kerana yg membawa pulang wang perbelanjaaan setiap hujung bulan adalah anda seorang. Anda perlu mampu utk menyara diri anda dan anak-anak disamping bil-bil yg perlu dilunaskan setiap bulan. Masalah akan tetap ada. Menghadapi masalah dan mencari huraian adalah lebih elok dari melarikan diri dari masalah.

Tanamkan semua yg positif kedalam diri anak-anak anda sebaik yg mungkin. Pastikan anda membenarkan anak-anak menjadi diri mereka sendiri dari cuba merubah. Bantu anak-anak anda utk mengenali potensi mereka sepenuhnya dan cabar pemikiran mereka. Ini akan membantu mereka membesar sebagai seorang individu yg tabah dan cekal di kemudian hari, tentunya dgn mengambil contoh yg terbaik dari ibunya yg telah berjaya membesarkan dan mendidik mereka terbaik mungkin.

Mama sayang anak2 mama....♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan