LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Rabu, 26 Januari 2011

Mengapa Isteri Perlu melayan Suami

Melayan suami merupakan persoalan penting kepada isteri selapas mentaati Allah dan Rasul. Ia adalah saluran menuju taqwa kerana disitulah peluang untuknya bermujahadah ; melawan segala perasaan letih, jemu, geram, marah, kecewa dan sedih ketika berlaku pertembungan di antara kehendak suami dan kehendak isteri.

Seorang isteri yang saleh akan merasa bahagia apabila dapat mentaati, melayan suami dan menimbulkan kegembirannya hingga suami terhibur. Kerana baginya menghiburkan hati suami bererti membangunkan syurga diakhirat. Oleh itu dia merasa amat beruntung kerana peluang itu Allah kurniakan buatnya. Lantas suami tidak hanya diberi layanan yang istimewa sewaktu baru melangkah ke gerbang perkahwinan atau disaat cinta masih segar dan hangat atau ketika suami masih berupaya dari segi rupa, harta, pengaruh atau tenaga sahaja.

Jangan sekali-kali memandang jijik hingga sanggup mengatakan wanita yang mentaati suami sebagai hamba suami dan tunggangan nafsu suami. Sebaliknya, tugas itu dianggap sebagai hadiah dari Allah untuk dirinya yang tidak kesemua wanita berpeluang mendapatnya.

Tugas melayan suami tidak mungkin dapat dilakukan dengan baik tanpa dorongan iman dan taqwa. Hanya wanita beriman saja yang dapat mencintai suaminya dengan cinta fitrah ( bukan cinta nafsu). Iaitu cinta fitrah yang tidak dikaitkan dengan apa-apa kepentingan yang membuatkan seseorang rela memberi kebahagian kepada orang yang dikasihi. Sekiranya isteri gagal untuk memberikan cinta fitrah kepada suaminya nescaya dia gagal untuk mentaati dan melayan suaminya seperti yang dituntut oleh agama.Terutama disaat-saat sedang keletihan atau sibuk dengan urusan-urusan didalam dan luar rumah, sewaktu sakit hati dengan suami, sewaktu tidak diperdulikan oleh suami dan seumpamanya.

Ada beberapa sebab mengapa seorang isteri itu perlu melayan suami. Di antaranya :

Pertama : Perintah Allah

Allah memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayan suaminya dengan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat Tirmidzi )
Mentaati dan melayani suami merupakan salah satu ibadah yang mana para isteri mendapat ganjaran di dunia, sementara di akhirat pula mendapat pahala. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya: Jika seorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.

Kedua : Kedudukan (martabat) suami

Lelaki adalah pemimpin kepada wanita, khususnya suami terhadap isteri. Firman Allah didalam al-Qur`an yang bermaksud : Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (Al-Nisa :34 )

Firman Allah lagi maksudnya : Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban mereka menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya. ( Al-Baqarah : 228)

Ketiga : Kewajiban isteri

Setiap wanita ingin dikasihi, mendapat pembelaan dan perlindungan daripaada seorang suami. Tapi bukan kesemuanya bernasib baik. Masih banyak lagi yang bergelar tidak berpeluang bersuami walaupun dikalangan mereka itu ada yang berjawatan tinggi, cantik dan berharta.

Maka bagi wanita yang bertuah dan bernasib baik kerana telah bersuami ini, apakah ada cara lain untuk melahirkan rasa syukur dan tanda terima kasih selain daripada mentaati dan melayani suami dengan sebaik-baiknya? Kenanglah jasa dan kebaikan suami, pasti akan lahir rasa tanggungjawab untuk mentaati dan melayaninya dengan sebaiknya.

Kewajiban isteri melayan dan memuliakan suaminya terlalu besar dan membawa erti yang besar kepada wanita. Sayidatina Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata : " Wahai kaum wanita ! seandainya kamu mengerti kewajiban terhadap suamimu, tentu seorang isteri daripada kamu bertindak akan menyapu debu dari telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya."

Keempat : Mendapat keredaan Allah.

Isteri yang mentaati suami dan melayani dengan baik akan mendapat rahmat dan redha Allah. Seluruh makhluk juga turut beristighfar dan dan mendoakannya. Sebaliknya, jika tidak dapat berbuat begitu Allah pula akan melaknatinya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yamg bermaksud: " Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia masih taat kepada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Jelas dari hadis ini mentaati dan melayani suami menjadi faktor untuk seorang isteri itu mendapatkan keredhaan Allah. Sebab redha suami bererti mendapat keredhaan allah, kemarahan suami bererti kemurkaan Allah.

Kelima : Merebut ganjaran pahala.

Suami menjadi saluran bagi isteri untuk mengaut ganjaran pahala dan kebajikan dengan sebanyak-banyaknya hanya dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami, Allah telah janjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan nikmat syurga yang maha hebat.

Banyak hadis-hadis yang membawa perkhabaran tentang kelebihan dan keistemewaan yang boleh diperolehi oleh isteri yang berkhidmat kepada suaminya. Antaranya sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: " Wahai Fatimah, mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, maka Allah akan memberinya air susu dari sungai-sungai syurga dan diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan akan didapatinya kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah dia melintasi titian Sirat."

Begitu juga isteri boleh dapat pahala berjihad di jalan Allah hanya dengan melayan suaminya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Mana-mana isteri yang merelakan dirinya dijimak oleh suaminya pada malam Jumaat, pahalanya sama seperti orang yang berjuang dimedan perang."
Demikianlah balasan dan ganjaran bagi para isteri yang mentaati dan melayani suami mereka dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya bukanlah sukar sangat untuk mendapat dan merebut ganjaran tersebut, apa yang penting bagi kaum isteri tanamkanlah sifat menghormati suami dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan