LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 6 Disember 2011

air mata 'Ombak Rindu'


" tak mengapalah jika saya
          dianggap perempuan simpanan, tetapi
                   biarlah hubungan ini halal di sisi ALLAH " Izzah.......


Sinopsia Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapak saudara sendiri dan berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu bapa akibat kemalangan jalanraya. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang, disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam.

Disitulah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Haris (Azron Aziz), Haris sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke itu dan mahu membawa dia keluar dari nekara jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia anak Tan Sri Rashdan, iaitu model terkenal dan pelakon tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakan rumahtangga yang dibina diatas kehadiran orang lain? Bagaimana tindakan datin Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


sebelum ni mama pernah baca novel ombak rindu.. tapi mama baca buku yang pertama aja.. yang selanjut ye x baca.. huhu nak dijadikan cerita papa man yang sebenarnya sibuk ajak mama tengok cite ombak rindu ni.. mama malas sebab masa dia start pukul 9.10pm.. huhu layan je la kan


setengah jam pertama airmata da mula start menitis.. sungguh cerita ini menyentuh jiwa kecil mama yang bergelar seorang 'wanita'.. papa man jua menitiskan air mata.. adakah mama mampu menjadi sekuat Izzah?? jawapannya apa pun yang terjadi dalam kehidupan ni semua berbalik kepada hubungan kita dengan ALLAH.. kalau kuat hubungan kita dengan ALLAH pasti kita kuat untuk hadapi ujianNya.. begitulah sebaliknya.. renung-renungkan..


namun ada part yang sensored tu tak digalakkan budak umur 18 tahun kebawah tengok.. lakonan yang agak berani.. malu mama dengan papa man.. hahaha... kalau dibagi markah pada cerita ini, mama akan bagi 8/10.. ok kan.. tinggi tu.. hihi


apa-apa pun kelembutan seorang wanita boleh meruntuhkan ego seorang lelaki.. mama pasti itu.. buktinya papa man pun sudah pulang kepangkuan keluarga setelah 4 tahun menghilangkan diri dari pengetahuna keluarganya atas sebab-sebab tertentu dan hasil pujukkan mama, papa man berlembut hati bertemu dengan abah di kampung.. alhamdulillah


sape yang belum tengok.. pegi la booking tiket cepat, jangan lupa bawa tisu sekali kerna anda pasti menitiskan airmata seperti kami.. hihi di part-part terakhir pengarah pandai memainkan perasaan penonton antara selingan lakonan dan baik-baik lagu ombak rindu yang menusuk ke kalbu... kalau ada la kawan-kawan mama yang ajak pergi tengok cite ni.. mama la orang yang pertama nak join.. jangan marah ye.. :)




p/s ::: melihat cerita ni.. hati dibuai kenangan2 indah ketika bergelar seorang ISTERI.. alangkah indahnya jika tidak terjadi perpisahan.. namun siapa yang mampu .............................................



Tiada ulasan:

Catat Ulasan