LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 11 Februari 2011

Terima Pasangan Mu Seadanya....

Seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dan majlis perkahwinannya sungguh meriah. Suatu majlis yang gilang gemilang, riang gembira serta diiringi dengan paluan kompang dan gendang.
Pengantin perempuan begitu cantik dan anggun dengan gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam tampak gagah, segak dan tampan.
Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka pasangan yang saling mencintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya… “Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana untuk memperkukuhkan hubungan dan tali pernikahan kita” katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut.
“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai mengenai pasangan kita. Kemudian, kita akan membahaskan bagaimana kita boleh mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia….” kata si isteri lagi.
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangan masing-masing yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangan mereka mencatat hal-hal yang kurang baik sebab ini semua untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatatkan apa yang terlintas dalam benak fikiran masing-masing.
Keesokan paginya ketika bersarapan, mereka telah bersedia untuk membincangkannya.
“Saya akan mulakan dulu ya…”, kata si isteri, lalu ia mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat.
Ketika ia mula membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir….
“Maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti?” tanyanya.”Oh.. tidak mengapa, teruskanlah sayang…” jawab suaminya.
Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia… “Sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis”.
Dengan suara perlahan suaminya berkata;”Abang tidak mencatat sesuatupun di atas kerta ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu… Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku, sayang….”
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya dengan seadanya…. Ia terus tunduk dan menangis.
“Abang…, maafkan saya…”
Tidak perlulah kita membuang masa memikirkan hal-hal yang negatif tentang pasangan kita.
Terimalah dia seadanya.

p/s :::-
Bila aku baca kisah ni.. Rasa banyak kekurangan diri aku..
Rasa tak layak utk aku bergelar Seorg Isteri lg...
Sayu je hati apabila ingat kembali umahtangga yg kami bina hancur camtu je...
Masing2 sama2 ego...
Tak mau beralah dapat setiap perbalahan...
mmmmm... Ya Allah Mampukah aku menerima kembali tanggungjawap tu...
takut rasanya...
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya,.tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami...Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka....
bila aku baca ayat diatas hati aku berkata " aku x suka dgn ayat diatas "
knp aku jd begini???....
Jangan sampai Nabi tak mengaku aku umat dia.. SUBHANAALLAH....
Bagi la aku masa....
masa utk aku buka hati utk kali ke 2..
sekarang aku lbh suka hubungan tanpa komitmen...
lebih mudah dan simple... 
siap kata aku x cemburu tgk org sekeliling, kawan2 aku bahagia dgn pasangan mereka..
aku pun nak jd seperti mereka tp bkn sekarang...
sampai masa insyaallah aku akan bergelar seorg ISTERI suatu hari nanti..
Dengan Izin ALLAH.. Insyaallah.... 

Khamis, 10 Februari 2011

1 kepuasan... :p

setiap hari aku ulang-alik ke Sekolah Rendeh Jenis (C) Kg Baru  Mahsan dari ofis aku untuk uruskan jadual sek Ayu Wandira @ kak long... ( tak jauh hanya dalam 1 kawasan  yang sama ).. pagi hantar kak long ke sekolah pukul ( dari umah 6.50am -  waktu masuk sek 7.20am - jarak dari rumah ke sek 22 km  ), tengahari pukul 1.35pm ( Isnin, Selasa, Khamis ) 1.05pm ( Rabu ) 12.30pm ( Jumaat ) datang sek bagi makan tengahari... Start tuisyen 2.00pm hingga 3.30pm.. Lepas itu, pergi pulak sek KAFA dari pukul 3.00pm hingga 5.00pm.. Baru lah balik rumah kecuali hari jumaat takde tuisyen atau KAFA... Jadual Sekolah sekarang dah jauh berbeza dari zaman aku dulu.. huhuhu kesian anak aku ( penah ckp dengan mak camtu tp mak marah aku.. " biar kan budak tu belajar susah dari sekarang.. biar dia tau susah senang da besar nanti ).... betul jugak kan..

Rata-rata yang pergi menguruskan anak-anak adalah kaum ibu.. cam2 ragam aku tengok.. nak tergelak pun ada, kasihan pun ada. Aku ni pun nasib baik ofis dan sek dekat je.. bos pun faham aku ni 'single mother' menguruskan anak sorang diri jadi aku di beri kelonggaran utk keluar apabila ingin menjemput atau menguruskan anak setiap hari.. Alhamdulillah.. Kadang aku rasa bersalah pada kawan 1 ofis aku ni sebab kadang-kadang dia terpaksa menguruskan anak-anak aku apabila aku ada 'kerja luar'.. Teima Kasih http://suhaiza86.blogspot.com/  kerna sudi menolong den ketika terdesak.. love u laling!!!!...

Walaupun aku seorang diri menguruskan anak2.. Namun aku puas apabila melihat mata anak-anak aku.. Puas apabila melihat dia tersenyum.. Puas apabila melihat mereka tertawa bahagia.. Aku akan menangis apabila melihat mereka menangis.. Aku akan cube jadi ibu yang terbaik buat mereka.. Aku suka melihat kak long ketika berlajar ( dalam hati aku bermohon supaya ALLAH permudahkan hatinya menerima ilmu dan jadi kan kak long anak yang berjaya di dunia dan di akhirat ) Kak Long adalah anak yang istimewa dalam hidup aku.. Dia ada daya tarikan yang tersendiri..
Ni la dia AYU WANDIRA @ Kak Long
Pasal adik pulak, dia kuat merajuk tapi comel sangat.. Pasal belajar tenguk mood.. masa rajin siap la homework.. datang masa malas bukan buat homework, menconteng buku adalah.. huhuhu.. anak mama kan.. Yang adik ni manja sangat dengan Man.. Balik rumah je mesti tanya Papa Man mana.. Maaf dik, ibu tak sangka hidup ibu jadi begini.. Adik dan kaklong membesar tanpa keluarga yang sempurna ( tanpa seorg ayah dan ibu belum bersedia untuk berkahwin lagi dengan Papa Man ).. Tapi ibu akan pastikan adik dan kak long mendapat didikan yang sempurna untuk menjadi anak-anak yang solehah...
Ni NURUL AISYAH @ Adik Cicah
Biar pun penat tapi aku puas... PUAS MELIHAT PERMATA AKU MEMBESAR DENGAN SIHAT DAN MENDAPAT DIDIKAN YANG SEMPURNA alhamdulillah.. Terima Kasih Ya ALLAH...








bengang!!!!!............ :(

aaarrrrhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!......................
Bodohhhhhhhhh...... rasa nak jerit 1 dunia ni... sakit hati tol la... 'payment problem'.. nak bayar gaji budak pun tak lepas.. Bengang tol dengan sud-kon ni.. Dulu masa mula2 nak bg kerja janji payment takde masalah.. hari ni cam sial je.. dah 2 bulan macam ni.. sape tak sakit hati.. Kerja takde masalah.. ikot arahan setiap hari.. Kalau budak kerja tak datang.. man turun padang buat sama2.. untuk menyiapkan kerja-kerja tu.. Tapi bila minta payment..' payment sangkut' la... 'payment lepas sikit' la...'kerani salah kira' la.. Aku pun kerani jugak tp hati-hati la buat kerja..  Kau tau tak aku ni nak bayar rumah, kereta, gaji budak pekerja, keperluan lain.. Jangan la buat sial camni...

pagi2 lagi aku da dapat dosa... mmmm... Ya Allah, Engkau permudahkan lah urusan pekerjaan kami... Engkau perluaskan lah rezeki kami dan Engkau rahmatilah kehidupan kami agar kami sentiasa menjadi umat Mu yang bertaqwa dan beriman... Amin....

Rabu, 9 Februari 2011

Pesanan Umamah binti Harith kepada anak perempuannya sebelum berkahwin.

RUMAH tangga yang bahagia dan aman tenteram menjadi impian suami isteri. Ikatan kasih sayang dua insan dipadukan dengan harapan semoga berkekalan sepanjang hayat. Namun, dalam kehidupan berumah tangga pasti tidak lekang daripada dugaan dan pancaroba yang boleh menggugat kesejahteraan.

Oleh itu, beberapa petua untuk renungan bersama supaya rumah tangga yang terbina kekal aman serta dilimpahi kasih sayang sepanjang masa. Ini perlu bagi mengelak berlaku perceraian yang semakin meningkat.

Renungi pesanan Umamah binti Harith kepada anaknya sebagai petua dalam rumah tangga yang bahagia. Umamah mewasiatkan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang Raja Yamanm, iaitu Al Harith bin Amru.

Dalam wasiat itu, Umamah berkata: “Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam berumah tangga nanti iaitu
  1. Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya 
  2. jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.
  3. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu. 
  4. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
  5. Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik. 
  6. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya. 
  7. Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
  8. Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan. 
  9. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
  10. Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu. Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya. Nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.

Demikianlah 10 petua yang diperturunkan kepada anaknya dan sangat relevan buat kita pada zaman ini, iaitu panduan buat wanita yang akan mendirikan rumah tangga supaya bahtera dilayari bersama suami berada dalam landasan yang betul lagi diredai Allah.

Petua Mencegah Sakit Kepala

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Sakit Kepala
+ Kurang tidur atau terlalu banyak tidur.
+ Kecederaan pada kepala/pos-traumatik
+ Berlaku jangkitan di kepala atau leher
+ Demam selsema yang biasa, influenza
+ Demam yang disebabkan oleh virus
+ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.

Petua 1: Gunakan bantal yang tebal ketika anda tidur. Ini kerana bantal yang nipis akan menyebabkan ketegangan pada otot leher ketika tidur. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan sakit kepala.

Petua 2: Dapatkan tidur waktu malam yang mencukupi dan nyenyak. Tidur yang nyenyak akan mengelakkan anda dari diserang sakit kepala. Tempat yang aman, sunyi dan tenteram akan menyumbang ke arah tidur yang nyenyak dan rehat yang mencukupi.

Petua 3: Jangan terlebih tidur. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat, seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

Petua 4: Kurangkan stress anda. Ini akan membantu anda mencegah sakit kepala akibat stress.  Cara menghilangkannya ialah melalui senaman, meditasi atau solat.

Petua 5:
Berhenti merokok sekarang. Merokok boleh menjejaskan kepala anda dan kesannya amat dahsyat. Merokok akan menjejaskan keseluruhan fungsi anggota tubuh anda. Kesihatan anda akan lebih baik jika anda berhenti merokok, malah mencegah masalah sakit kepala yang anda alami.

Setakat pagi ini....


♥.. Salam sayang buat semua... Pagi ni aku relaks sikit... huhuhu ( bos takde ada kerja undi.. alhamdulillah ) kuangkuangkuang... jahat aku ni kan.. masa bos takde ni masa utk aku bermalas-malasan... Bukan apa semalam aku kerja cam robot ko!!... bertimbun-timbun kertas atas meje ni dengan kerja luar lagi ( panas giler ).. sampai aku bawa balik umah untuk siap sebab tengahari ni kene hantar...  mmmm... da kerja kan so ikhlas kan la diri kita ni. Supaya gaji yang kita terima untuk bagi family makan tu 'berkat'... 

mmm.... malam tadi aku kehilangan 'sesuatu' lagi, bengang giler aku.. Tapi aku ubat la jiwa aku ni dengan berkata " Mungkin allah nak bagi yang lebih baik dan lebih banyak lagi "... Mungkin bukan rezeki aku jadi aku terima la.. tapi bila badan ni da baring atas katil dan peluk bantal mula la air mata aku ni mengalir cam air sungai.. ( sedih tuuu!! ) cam2 aku fikir. Perasaan aku tak usah cakap la.. aku nangis sampai la aku tertido... ( huhuhu... buruk kan perangai aku )

Lupakan cerita sedih tu.. mungkin arini dapat habuan lain pulak.. ahakkssss  ♥ Pagi tadi bangun pukul 5.30am.. Masak, buat sarapan, siap kan bekal ( utk anak ke sek dan utk bekal mkn tengahari ) mandi, kejutkan anak... Adik buat hal lagi menangis. Semalam pun menagis jugak.. ( aduss.. pening ibu dik..) Dah solat bagi minum  dan makan terus pegi hantar ke sekolah.. Alhamdulillah arini tak la kelan-kabut lagi.. kete pun tak bayak di jalan raya arini.. Semalam kak long lewat 5 minit.. Segala bapak lori berduyun-duyun kat jalan raya.. ( tension je :( ) Semua keluar mencari rezeki kan.. jangan merungut banyak sangat tak baik.. :)

Ok la sayang semua.. nak buat keje ni.. sambung keje malam tadi ada yang belum settle lg ( cume kan kemaskan lagi sikit.. huhuhu ) tp mata mau ZzZzZZzzzZZzzzZZZ.. camno????? kerja dl kan... :) Yap!!!! Good Girl ♥ 

" BaHaGiA tIdAk DiMiLiKi..
HaNya DiCiPta "

Selasa, 8 Februari 2011

Kisah cuti..

mmmmmm.... hai semua, badan masih penat lagi ni.. anak2 da mula sekolah setelah cuti sempena raya cina aritu.. Masa cuti hari tu anak2 aku lepak umah bapak diaorg dan aku rehat la sgt2.. hihihi. Masa anak takde aku manfaat kan masa singgang aku dgn man dengan secukup nya.. Kami pergi berkelah kat PD ( dlm hati teringat jugak kat anak sbb anak suka mandi laut :( ) seronok la sangat kami bukan pergi berdua tau.. mak pun ikot sekali dgn 2 org sepupu aku... hihihi
sampai je terus isi perut dl sebelum terjun dlm laut

Ni la sepupu aku yg noty tu

Pantai Cahaya Bulan

i like red.. :)
Masa ni kami boleh berborak dari hati ke hati.. membicarakan  macam2 benda yang perlu di huraikan.. alhamdulillah aku happy sangat lupa la aku dengan masalah2 aku.. Sepupu aku pulak yang memang jarang dapat berjalan2, apa lagi bebas la tanpa pemerhatian mata mama diaorg.. cam2 ragam..

Ke esok kan harinya...4/02/2011 tu aku g merendek dgn sue kat kl.. niat hati nak ke Menara Kuala Lumpur.. Perjalanan ok kete tak banyak di KL.. tenang je bawa kereta... Sebenarnya aku plan dengan sue nak g Cherating tp musim hujan dan banjir ni terpaksa di ubah haluan perjalanan kami...
Sape yg 'noty'... hihihi

sue sdg meninjau keadaan sekitar KL

Comel tak???

Nak col abg jap!!!.... Krdt fon da abis.. ahaksss

Menjamu selera di Kenny Roger Roasters











1 hari yang memenatkan.. tp menyeronokkan kami.. pusing2 pegi Jusco Seremban 2.. ronda2.. akhirnya pulang ke rumah.. masa yang ditetapkan untuk pulang telah sampai.. hahaha.. Sesekali berjalan tanpa anak2 ni buat aku happy sangat tp tak boleh amalkan selalu nanti terasa diri ni macam anak dara plk nanti.. Jalan2 duit pun abis so sek pun da mula kerja pun da xde cuti, dengan tenangnya aku mengharungi perjalanan hidup ni dgn berhemah dan berhati2.. Berbicara pasal jodoh aku masih berserah pada Allah menentukannya kerna aku rasa aku belum bersedia kearah itu... Tanggungjawap besar sayang, kene sabar ( aku ni cepat naik angin ), kene pandai atur masa ( aku ni kuat tido ) dan macam2 la.. sabar la kamu wahai Siti Azlina... hihihi.. insyaallah..

Aku suka memandu.. Bila aku memegang stereng kereta, aku rasa tenang.. Damai je rasa hati, aku lupe dengan masalah hidup aku.. Aku boleh ketawa, blh makan, blh menangis, boleh col, semua boleh la bila aku tengah drive.. Tapi sampai bila aku nak begini.. terus menerus melarikan diri.. tak sanggup hadapi kenyataan dan hakikat sebenar kehidupan.. Aku pun tak tahu.. Kadang-kadang aku rasa hidup aku ni hanya sandiwara.. Hakikat nya hanya sebuah kedukaan.. Ya Allah, bantu la aku untuk menghadapi kehidupan ini dengan tabah dan sabar.. Mengerti hakikat kehidupan yg hakiki.. Kembalikan keyakinan ku pada kehidupan bekeluarga... aaarrrrggghhhh... tension ye aku.. tarik nafas hembus.. ulang sampai 3 kali dan lupakan semua itu...  aku BENCIIIII.....
ahakss...

Ni la my heart aku... yg sentiasa memahami jiwa aku


Yang pasti biar la kita merasa kepahitan dahulu agar manis nya di penghujung jalan (kebahagiaan)..




Isnin, 7 Februari 2011

Petua Agar Anak Ikut Cakap IbuBapa

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya  (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang  1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah  permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

http://www.youtube.com/watch?v=k8kw3xy79jM&feature=related

Rabu, 2 Februari 2011

Petua Merancang Untuk mendapat Anak Lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan, jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

5. Banyakkan makan sayur untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan

6. “Deep Penetration”, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ini laju tetapi tidak tahan lama.


 p/s :-
  • teringin nak baby boy...
  • mmmmm..... entah bila la dapat ye ( bapak eh xdo... hihihi)
  • k.long n adik sibuk nak baby...
  • nanti ibu cube ok.. insyaallah klu ada jodoh ibu lg...
  • love u syg...

Aku rindu anak2 aku...

Masuk arini da 4 hari anak aku pergi ke rumah abah diaorang... Bosan nya aku hanya aku yang memahami.. Tp kalau diaorang ada, asyik memekik je aku ni.. hihihi. Bila anak2 xde sunyi tol rasa hati ni.. Mmg kosong.. mmmmm..... walaupun aku ada teman di hati, anak2 aku adalah penghibur yang paling dekat dihati aku.. Biar pun aku ni 'kuat tido', anak2 aku mesti datang kat katil dan cakap "ibu da la tu wan suruh bangun"...
sekadar gambar hiasan..
Lepastu diaorg akan naik katil dan melompat2 sampai la aku jadi bengang.. hahaha... Tapi tu la ubat segala keresahan jiwa aku...

Anak2 aku paham, kalau aku tengah sedih atau menangis, mereka akan datang dekat dan cakap " knp mama nangis, mama sedih ye"... k.long akan lap airmata aku... adik akan membelai rambut aku.. mmmm.. bertambah berat jiwa aku apabila melihat telatah anak2 aku yang memahami kekusutan jiwa ini.. Dia melihat setiap apa yang terjadi dalam hidup aku.. aku tak mahu jiwa dia rosak kerna aku.. Sebab tu aku jarang menitis kan air mata di hadapan mereka.. kecuali apabila aku betul2 da tak kuat untuk menahannya...
mereka suka bermain di taman permainan..
Bila ada masa lapang n ada duit lebih aku akan bawa puteri2 aku ni berjalan.. Tengok tempat la kadang2 aku ke Puchong, rumah Pak Tam aku, lepas tu kami akan ke Shah Alam ke, Putrajaya ke, Pusing KL ke, pastu g lepak kat taman permainan pulak.. masa tu la anak2 aku akan bermain sampai diaorang keletihan.. hihihi...

Selagi aku berdaya, biar la anak2 terus membesar di tangan dan di mata aku... Tu la bila anak2 takde aku cam orang bodoh.. keluar masuk bilik, pusing dlm rumah sunyi tau..
Minuman kegemaran mereka.. air 'Ting Tong'
Air 'Ting Tong' tu air yang dijual kat 7E, anak2 aku panggil air 'Ting Tong' sebab bila masuk 7E mesti bunyi 'Ting Tong'..ahaksss tu la kisah ye.. cam2 ragam puteri2 mama ni.. Love u sayang.. Biar pun anak2 ibu ni nakal tp ibu tau anak2 ibu ni cerdik dan pandai... Pandai jaga diri, rajin solat dan rajin pergi mengaji... Biar ibu hilang suami takpe jangan ibu kehilangan anak2 ibu yg noty ni... (+__+)