LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 10 Februari 2011

1 kepuasan... :p

setiap hari aku ulang-alik ke Sekolah Rendeh Jenis (C) Kg Baru  Mahsan dari ofis aku untuk uruskan jadual sek Ayu Wandira @ kak long... ( tak jauh hanya dalam 1 kawasan  yang sama ).. pagi hantar kak long ke sekolah pukul ( dari umah 6.50am -  waktu masuk sek 7.20am - jarak dari rumah ke sek 22 km  ), tengahari pukul 1.35pm ( Isnin, Selasa, Khamis ) 1.05pm ( Rabu ) 12.30pm ( Jumaat ) datang sek bagi makan tengahari... Start tuisyen 2.00pm hingga 3.30pm.. Lepas itu, pergi pulak sek KAFA dari pukul 3.00pm hingga 5.00pm.. Baru lah balik rumah kecuali hari jumaat takde tuisyen atau KAFA... Jadual Sekolah sekarang dah jauh berbeza dari zaman aku dulu.. huhuhu kesian anak aku ( penah ckp dengan mak camtu tp mak marah aku.. " biar kan budak tu belajar susah dari sekarang.. biar dia tau susah senang da besar nanti ).... betul jugak kan..

Rata-rata yang pergi menguruskan anak-anak adalah kaum ibu.. cam2 ragam aku tengok.. nak tergelak pun ada, kasihan pun ada. Aku ni pun nasib baik ofis dan sek dekat je.. bos pun faham aku ni 'single mother' menguruskan anak sorang diri jadi aku di beri kelonggaran utk keluar apabila ingin menjemput atau menguruskan anak setiap hari.. Alhamdulillah.. Kadang aku rasa bersalah pada kawan 1 ofis aku ni sebab kadang-kadang dia terpaksa menguruskan anak-anak aku apabila aku ada 'kerja luar'.. Teima Kasih http://suhaiza86.blogspot.com/  kerna sudi menolong den ketika terdesak.. love u laling!!!!...

Walaupun aku seorang diri menguruskan anak2.. Namun aku puas apabila melihat mata anak-anak aku.. Puas apabila melihat dia tersenyum.. Puas apabila melihat mereka tertawa bahagia.. Aku akan menangis apabila melihat mereka menangis.. Aku akan cube jadi ibu yang terbaik buat mereka.. Aku suka melihat kak long ketika berlajar ( dalam hati aku bermohon supaya ALLAH permudahkan hatinya menerima ilmu dan jadi kan kak long anak yang berjaya di dunia dan di akhirat ) Kak Long adalah anak yang istimewa dalam hidup aku.. Dia ada daya tarikan yang tersendiri..
Ni la dia AYU WANDIRA @ Kak Long
Pasal adik pulak, dia kuat merajuk tapi comel sangat.. Pasal belajar tenguk mood.. masa rajin siap la homework.. datang masa malas bukan buat homework, menconteng buku adalah.. huhuhu.. anak mama kan.. Yang adik ni manja sangat dengan Man.. Balik rumah je mesti tanya Papa Man mana.. Maaf dik, ibu tak sangka hidup ibu jadi begini.. Adik dan kaklong membesar tanpa keluarga yang sempurna ( tanpa seorg ayah dan ibu belum bersedia untuk berkahwin lagi dengan Papa Man ).. Tapi ibu akan pastikan adik dan kak long mendapat didikan yang sempurna untuk menjadi anak-anak yang solehah...
Ni NURUL AISYAH @ Adik Cicah
Biar pun penat tapi aku puas... PUAS MELIHAT PERMATA AKU MEMBESAR DENGAN SIHAT DAN MENDAPAT DIDIKAN YANG SEMPURNA alhamdulillah.. Terima Kasih Ya ALLAH...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan