LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Rabu, 9 Februari 2011

Petua Mencegah Sakit Kepala

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Sakit Kepala
+ Kurang tidur atau terlalu banyak tidur.
+ Kecederaan pada kepala/pos-traumatik
+ Berlaku jangkitan di kepala atau leher
+ Demam selsema yang biasa, influenza
+ Demam yang disebabkan oleh virus
+ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.

Petua 1: Gunakan bantal yang tebal ketika anda tidur. Ini kerana bantal yang nipis akan menyebabkan ketegangan pada otot leher ketika tidur. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan sakit kepala.

Petua 2: Dapatkan tidur waktu malam yang mencukupi dan nyenyak. Tidur yang nyenyak akan mengelakkan anda dari diserang sakit kepala. Tempat yang aman, sunyi dan tenteram akan menyumbang ke arah tidur yang nyenyak dan rehat yang mencukupi.

Petua 3: Jangan terlebih tidur. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat, seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

Petua 4: Kurangkan stress anda. Ini akan membantu anda mencegah sakit kepala akibat stress.  Cara menghilangkannya ialah melalui senaman, meditasi atau solat.

Petua 5:
Berhenti merokok sekarang. Merokok boleh menjejaskan kepala anda dan kesannya amat dahsyat. Merokok akan menjejaskan keseluruhan fungsi anggota tubuh anda. Kesihatan anda akan lebih baik jika anda berhenti merokok, malah mencegah masalah sakit kepala yang anda alami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan