LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 11 Februari 2011

Terima Pasangan Mu Seadanya....

Seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dan majlis perkahwinannya sungguh meriah. Suatu majlis yang gilang gemilang, riang gembira serta diiringi dengan paluan kompang dan gendang.
Pengantin perempuan begitu cantik dan anggun dengan gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam tampak gagah, segak dan tampan.
Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka pasangan yang saling mencintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya… “Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana untuk memperkukuhkan hubungan dan tali pernikahan kita” katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut.
“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai mengenai pasangan kita. Kemudian, kita akan membahaskan bagaimana kita boleh mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia….” kata si isteri lagi.
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangan masing-masing yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangan mereka mencatat hal-hal yang kurang baik sebab ini semua untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatatkan apa yang terlintas dalam benak fikiran masing-masing.
Keesokan paginya ketika bersarapan, mereka telah bersedia untuk membincangkannya.
“Saya akan mulakan dulu ya…”, kata si isteri, lalu ia mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat.
Ketika ia mula membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir….
“Maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti?” tanyanya.”Oh.. tidak mengapa, teruskanlah sayang…” jawab suaminya.
Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia… “Sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis”.
Dengan suara perlahan suaminya berkata;”Abang tidak mencatat sesuatupun di atas kerta ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu… Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku, sayang….”
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya dengan seadanya…. Ia terus tunduk dan menangis.
“Abang…, maafkan saya…”
Tidak perlulah kita membuang masa memikirkan hal-hal yang negatif tentang pasangan kita.
Terimalah dia seadanya.

p/s :::-
Bila aku baca kisah ni.. Rasa banyak kekurangan diri aku..
Rasa tak layak utk aku bergelar Seorg Isteri lg...
Sayu je hati apabila ingat kembali umahtangga yg kami bina hancur camtu je...
Masing2 sama2 ego...
Tak mau beralah dapat setiap perbalahan...
mmmmm... Ya Allah Mampukah aku menerima kembali tanggungjawap tu...
takut rasanya...
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya,.tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami...Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka....
bila aku baca ayat diatas hati aku berkata " aku x suka dgn ayat diatas "
knp aku jd begini???....
Jangan sampai Nabi tak mengaku aku umat dia.. SUBHANAALLAH....
Bagi la aku masa....
masa utk aku buka hati utk kali ke 2..
sekarang aku lbh suka hubungan tanpa komitmen...
lebih mudah dan simple... 
siap kata aku x cemburu tgk org sekeliling, kawan2 aku bahagia dgn pasangan mereka..
aku pun nak jd seperti mereka tp bkn sekarang...
sampai masa insyaallah aku akan bergelar seorg ISTERI suatu hari nanti..
Dengan Izin ALLAH.. Insyaallah.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan