mak, ateh nak kawin!!!.. YA ALLAH gelojoh ye budak ni.. hahaha.. kalau mak dengar mau kene lidi aku.. tu la deh perasaan aku bila melihat orang naik pelamin... aritu kawan sekolah kawin alololooo... comel ye.. berseri-seri wajah pengantin ye.. mak, nak kawin!!!!.. huhuhu.. gatal u..
ni la kawan sek aku dulu.. da jadi Puan Zakiah sekarang... alhamdulillah
so sweet.. cemburu ana!!!
ambil berkat 'seri pengantin' mana tau rezeki aku pulak lepas ni.. amin
smile :)
tak sah kalau tak posinggggg!!!!
sahabat aku.. masih 'Cik' lagi, Cik Suhaiza
seronok dan terharu melihat kawan-kawan selamat menjalani hidup berumahtangga.. aku pun teringin jugak tapi belum rezeki kan.. insyaallah semoga ALLAH akan mempermudahkan segala urusan kami.. amin..
Dugaan terlalu berat untuk aku tanggung seorang diri. Andai air mata yang mengalir bisa menambah semangat aku, aku rela menangis hingga ke titisan terakhir pun. Aku bagai kayu mati yang hampir reput. Reput dimamah dugaan dan rintangan. Air mata menjadi teman seperjuangan, menemani aku disaat kepahitan.Di depan kamu aku ketawa. Aku tersenyum. Bagai aku saja manusia tiada gundah. Aku hipokrit menutup pedih dan jerih. Tapi aku bukan malaikat, aku bukan nabi. Aku hanya aku. Seorang kerdil yang naif. Seorang kerdil yang mencari bahagia dalam hidup sendiri. Aku tak punya harta, aku tak punya pangkat dan nama. Aku hanya mahu bahagia. Seperti kamu semua. Akhirnya, aku kalah. Topeng bahagia tersingkap jua. Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka hadapi. Adakah itu maknanya? Adakah aku bisa melaluinya semua? Aku tercari-cari di mana kekuatan diri. Aku tertanya-tanya di mana kehebatan ini? Aku tak mahu kuasa, aku hanya mahu keluar dari kotak dugaan yang menghimpit. Aku penat terhimpit dan dihimpit. Aku mahu bebas dalam hidup sendiri, aku mahu tenang melalui isi-isi hari. Aku penat terseksa hati kecil, aku mahu difahami. Aku mahu dimengerti. Aku manusia biasa, teman. Aku bukan superwoman yang mampu mengangkat bumi. Aku sedar dugaan itu datang dari diri aku sendiri. Aku punca semua dugaan terjadi. Ya! Memang salah aku. Menyesal? Memang aku menyesal, tapi apa saja yang mampu aku ubah dengan selaut penyesalan? Bumi berputar, masa terus berlalu. Aku takkan bisa kembali ke hari lalu, membetulkan kesilapan dulu. Bodoh apa aku mengharapkan sesuatu yang takkan berlaku. Tapi itu realiti. Memang aku selalu berfikir untuk kembali ke masa lalu, membetulkan segala kebodohan aku dulu. Aku buta! Aku tamak! Aku tak bisa menghargai apa yang diberi. Sesalan itu tak akan ada ubat. Mana mungkin sesalan itu dirawat. Ini hukum karma, teman. Kau buat, kau takkan selamat. Kau takkan sentiasa di atas. Aku sudah rasa. Aku percaya pada karma. Sungguh, aku mahu berubah. Aku mahu jadi aku yang baru. aku mahu jadi si kerdil yang menghargai setiap apa diberi. Aku bakal berubah. Aku punya azam itu, azam yang bukan dari omong kosong. Aku mahu tunjuk, aku mampu jadi seperti itu. Peluang telah Kau beri, aku harus menapak lalu berlari. Saat aku berlari, aku takkan toleh ke belakang lagi. Lupakan segala memori, lupakan kenangan hitam, lupakan diari kelam. Lembaran baru di bentang, aku harus maju ke depan. Membentuk semangat baru, menjadi diri aku. Teman, temani lah aku. Percayalah padaku. Yakinkan aku. Kuatkan semangat itu. Aku perlu kamu. Aku perlu semangat kamu. Bantu aku keluar dari sesalan masa lalu. Sesalan yang tak mampu aku kubur.
malam tadi aku pergi rewang kat rumah sue aka mak tih abah dia buat kenduri sikit..kendurinya tengahari ni, malam tadi masak lemang dan rendang daging dan ayam.. sodap!! segan pulak bila aku ada buat masak -masak sue datang tolong.. so bila giliran sue aku pun kene ringan tulang.. kebetulannya hari ini aku kene keje tak kan datang makan je kan.. tolong la sikit2.. baru muafakat.. huhuhu.. da siap masuk beras dalam buluh, aku tolong apa yang patut.. pastu nak tau apa tugas aku.. KUPAS KELAPA.... aku ni da la tak penah kupas kelapa.. bukan tak penah tapi tak 'menureh' kata orang n9.. kalau bagi aku sebiji kelapa suruh kupas jawap ye sampai malam belum tentu dapat makan.. hahaha.. akak tak reti dik!!!... kat rumah sue malam tadi aku kene buat..
oppppssss.. kaki i nampak la.. huhuhu
kelapa oh kepala
tak sampai 10 biji aku da lari.. hahaha tak sanggup dik!!!.. masuk dalam potong bawang.. alololooo.. sedih pulak.. orang suruh kupas kulit bawang pun nangis sebab pedih mata i uloz!!.. camtu la gelagat aku.. bukan tak biasa buat keje dapur tiba kat umah orang ngada-ngada la sikit baru cun.. cewah banyak cantik muka ko cik kak!!!.. hahaha.. biasa la kalau da ramai macam-macam ragam kan.. sudah ye pukul 12 malam aku gerak balik.. sebelum gerak balik kak nora buat lawak pulak cerita kisah 'tanah kubur'.. ayolahai kak.. apo pulak dibuek cito camtu.. ese sorang yo drive ni.. kok tak sampai umah kang.. tu la deh sakat menyakat bawa bahagia.. aku tenang seketika.. sampai rumah.. basuh kaki, cium anak.. selimutkan buah hati aku tu.. masuk bilik.. mesej Papa Man.. dia risau aku balik lewat malam, takut apa-apa jadi tengah jalan.. tq abg.. kol 1 pagi aku pengsan sampai la pukul 6 pagi tadi.. so tired.. hari ni keje keseorangan lah aku.. wallah!!!!.. sayang uloz ♥ ♥♥
sampai bila aku terus berharap sebegini..
kadang rasa tidak tertanggung dah..
aku rasa nak lari dari kehidupan dan masalah ini..
menangis..
menangis
dan menangis..
hanya itu yang aku mampu
dengan harapan akan terukir senyum yang indah
walau didasar penuh bergelora..
memang saat ni aku tewas dengan UjianNya..
tewas...
orang melihat ketenangan diseraut wajahku
tetapi rentak hatiku ibarat titisan hujan yang bertaburan..
hidup terumbang ambing...
meniti laluan yang sukar dan berduri..
dihadapannya terlalu banyak persimpangan..
untuk menuju destinasi yang dihajati..
mungkin kah aku akan sampai ke sana..
YA ALLAH permudahkanlah..
aku hambaMu yang daif..
hanya dengan keizinanMu
akan dapat aku laluinya dengan sabar dan mudah..
Bantulah aku YA ALLAH...
Bantulah aku YA ALLAH..
Bantulah aku YA ALLAH....
alhamdulillah..
Terima Kasih YA ALLAH...
sory sayang malam tadi mama marah kak long.. sampai menangis kak long aku kerjakan bukan apa.. aduhai lah anak!!! boleh ke buat homework menangis.. sebab??? wan kata " kau ni mengajar anak macam harimau nak makan orang".. aduh.. mak ni.. aku pulak yang kene.. hahaha.. aku marah sangat bukan apa.. aku cakap keras sikit terus nangis.. habis cikgu yang kat sekolah tu bawa rotan sedepa tu kak long tak takut pun.. geram betol mama dengan kak long malam tadi.. pastu atok da bengang kot dengar mama terjerit-jerit mengajar kak long, ambil alih perhatian kak long dengan ajar cara lembut sekali.. aku pun bangun lepas tu nak tau apa jadi.. kat dapur aku dengar atok pun tinggi suara.. hahaha tu dia... bagi aku la.. Cikgu di sekolah la cikgu yang terbaik untuk anak aku sebab mereka ada teknik untuk mengajar murid-murid.. memang betul kita sebagai ibu bapa tidak boleh menyerahkan semua tanggungjawap mendidik kepada guru semata-mata.. perlu follow up dari semasa ke semasa.. kat rumah peranan aku sebagai ibu pun perlu untuk memantau homework yang diberikan.. sekali gus untuk membuat ulang kaji.. kadang-kadang dalam kereta on the way balik ke rumah pun aku selalu uji anak aku dengan menyuruh mengeja dan mengira.. aku tak pandai jadi aku nak yang terbaik untuk anak-anak aku.. maafkan mama sayang... biar kak long menangis sekarang daripada mama menangis dikemudian hari.. insyaallah.. mama sayang anak-anak mama..
assalammualaikum.. selamat petang kawan-kawan.. takde apa nak diceritakan hanya melalui hari-hari seperti biasa dalam kehidupan ini.. menjalankan tanggungjawap seperti yang diamanahkan oleh ALLAH SWT sekaligus mengutip ganjaran pahala yang dijanjikan sebagai bekalan untuk menghadapNya nanti.. meskipun ada dosa pahala yang dicatat silih berganti, dilakukan dalam sedar dan dalam keadaan tidak sengaja itulah hakikatnya kitaran hidup insan yang tidak penah sempurna.. manusia....
Alhamdulillah aku masih dapat bernafas sehingga kehari ini.. melihat anak membesar dan sihat serta dapat berbakti kepada orang tua selagi aku berdaya.. Fitrah naluri manusia memerlukan seseorang disisi untuk berkasih sayang dan berhibur aku jua tidak terkecuali namun ia belum dapat aku tunai kan lagi.. kalau diizinkan oleh aku akan melaluinya sekali lagi.. doaku " semoga kau yang ALLAH jadikan sebagai pelindungku adalah lelaki yang soleh dapat menerima segala baik buruk tingkah laku ku...dapat sama-sama memimpin tangan ini menuju JannahNya.. suatu tempat yang kekal abadi.. insyaallah.. aku ingin sekali melahirkan zuriat mu penyambung kasih sayang kita berdua.. teman untuk kak long dan adik bergurau senda.. alhamdulillah.. ".. Terima Kasih Ya ALLAH kerna mengizinkan aku berkhayal walau untuk seketika sekadar membahagiakan hati ini... semoga menjadi kenyataan.. insyaallah...
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani )
Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.
Sempurna vs Terbaik?
Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.
Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita.Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.
Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.
Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar?Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.
Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku?Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.
Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.
Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.
Cukuplah Allah sebagai pelindungku.
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.
menangis lah wahai mata.. menangis lah semahu hati mu.. supaya aku tenang melalui liku-liku kehidupan ini.. agar aku kenal erti tabah.. tiada yang mudah di dalam kehidupan ini.. tiada keindahan sebelum melalui kepayahan.. kerna kepayahan itu lah yang mengajar erti keindahan kan???... dan itulah lumrah kehidupan ini..perasaan silih berganti.. pengalaman hidup juga datang dengan pelbagai acara.. tabah ke kita.. kuat ke kita.. atau berserah saja semua itu ditangan kita kan.. ALLAH tidakkan merubah seseorang insan itu tanpa insan itu sendiri berusaha untuk berubah.. ALLAH telah menetapkan rezeki, jodoh dan ajal hanya itu kita tidak boleh ubah.. tapi kita boleh berusaha untuk jadi yang terbaik kan.. walaupun seindah kata-kata yang aku ucapkan namun aku jua insan biasa .. kadang tenggelam dengan perasaan dan emosi sendiri tanpa aku sedari.. kadang -kadang aku jua meyalahkan takdir kerna kebodohan diri sendiri.. menyalahkan pada ketetapan yang ALLAH tetapkan untuk aku supaya aku boleh berfikir dengan menggunakan AKAL yang diberikan bukan mengunakan NAFSU dalam membuat keputusan... bila malam datang melabuhkan tabirnya aku terkesima.. aku terpaku.. aku tertunduk malu atas ketelanjuran perbuatan aku dan sikap ego aku terhadap ALLAH yang Maha Berkuasa.. apa yang aku miliki hanya pinjaman semata-mata.. anak, mak ayah, harta, malahan dunia ini hanya jambatan untuk aku menuju ke Syurga atau ke Neraka... aku sombong dengan semua kurniaNya.. aku leka dengan mainan perasaan aku sendiri.. ruginya aku YA ALLAH... bantulah aku YA ALLAH.. permudahkan segala urusan kami YA ALLAH.. Engkau limpahkanlah Hidayah dan Nur dihati kami agar aku menjadi hambaMu yang beriman lagi bertaqwa YA ALLAH.. maafkan aku YA ALLAH.. aku hambuMu yang lemah.. hnya kepada Engkau aku berserah dan bertawakal... amin... ya rob bal a'lamin...
tadi aku dok menung kat kantin sekolah Ayu Wandira sambil tunggu anak sulung aku tu keluar dari kelas.. banyak perbezaannya zaman aku sekolah rendah dulu.. ketawa sekejap aku.. huhuhu.. kalau zaman aku dulu, baju tak penah bergosok ye orang tua aku orang susah.. kasut sekolah yang murah je janji ada kasut kadang sampai koyak nampak stokin pun aku pakai lagi.. beg sekolah da koyak sana koyak sini mak jahit pakai lagi.. baju tak usah la cakap.. baju tu la aku pakai selama 1 tahun.. tak penah bertukar.. pergi sekolah kadang jalan kaki ye.. sekolah jauh ye 3 kilometer.. kadang ayah hantar.. tapi terima kasih mak sebab banyak berkorban demi anak-anak ini tanpa mengenal erti kecewa.. itu lah dia mak aku.. mak yang aku kasihi untuk seluruh kehidupan aku.. insyalllah..
kanak-kanak zaman sekarang bertuah.. baju bergosok.. macam aku bangun pagi mesti gosok baju anak dulu.. baru kejutkan anak-anak bangun.. kasut sekolah kak long da 3 kali bertukar baru 1 semesta.. beg sekolah pun da tukar 2 kali.. beg siap beroda lagi. YA ALLAH bertuah ye anak-anak zaman sekarang.. pergi sekolah berhantar dan balik berjemput.. tapi tu lah kan dugaan anak zaman sekarang tidak sama dengan dugaan kita zaman dulu.. zaman kini hidup serba mencabar.. hidup saling berlumba-lumba.. siapa kuat dia dihadapan siapa lemah maka tertinggal dan tercicir di belakang...
bukan senang mendidik anak-anak zaman sekarang.. aku da rasa.. huhuhu kadang pening kepala jugak nak jawap soalan mereka tu.. adik yang sekolah tadika tu pun da pandai tanya macam-macam.. good and smart girl.. tapi soalan akhirat pun jangan kita lupa.. jangan terlalu lebihkan dunia, akhirat tu lagi penting.. sematkan 2 2 ilmu itu pada diri mereka.. insyaallah mereka akan berjaya.. aku nak share sesuatu dengan kawan-kawan semula.. yang paling aku suka tengok gelagat anak-anak aku adalah mereka akan leka duduk depan aku bila aku mengaji.. mereka akan minta aku tunjukkan mana ayat yang aku baca... Ya ALLAH.. aku pun tak pasti kenapa mereka suka duduk dihadapan aku bila aku mengaji.. tapi tulah anak-anak aku.. alhamdulillah ada penghayatan dihati mereka.. sekarang ni pun kak long Iqrak 2.. adik iqrak 1.. syukur alhamdulillah semoga ALLAH menjadi kan anak-anak ini anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.. insyallah.. love u sayang anak-anak mama.. :))
Macaron ni sejenis kudapan manisan orang perancis yang diperbuat dari ground almond,caster sugar dan egg white.2 keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich.
Apa rasa Macaron ni?
Crispy kat luar chewy kat dalam tu..bila kita gigit rasa crispy lepas tu kat dalam rasa chewy dan melty gitu..kat tengah ada filling..ada macam variety filling…fuhhh sedap you!
tu aku copy dari kakak ni.. terliuk aku tengok.. so projek aku pun bermula.. ye la takde kerja so aku cari kerja lain kan kan... siap ajak sue lagi tolong aku.. mula2 aku buat puding lapis mokka.. terbaik kawan-kawan.. mak mertua lalu pun x nampak.. arrrggghhhh... malu je,, huhu
PUDING LAPIS KOPI MOKKA
[A] Bahan-bahan Puding Mokka :
·10 gm serbuk agar-agar
·400 ml air
·3/4 cawan gula pasir
·2 Tbsp + 1 tsp tepung jagung, larutkan dengan 100 ml air
·600 ml susu segar
·2 Tbsp serbuk koko, dilarutkan dengan 60 ml air panas
Cara-cara :
1.Masukkan air, serbuk agar-agar dan juga gula pasir ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan serbuk agar-agar serta gula larut.
2.Masukkan larutan tepung jagung, susu segar dan juga larutan koko. Kacau rata. Biarkan di atas api yang paling kecil atau boleh merendam periuk di dalam satu bekas lain yang berisi air panas. Tujuannya untuk mengelakkan larutan agar-agar dari membeku sebelum habis digunakan.
[B] Bahan-bahan Puding Kopi :
·10 gm serbuk agar-agar
·1 liter air
·1/2 cawan gula pasir
·3 tsp serbuk kopi segera(nescafe)
Cara-cara :
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Biarkan di atas api yang paling kecil atau letakkan periuk ke dalam bekas yang berisi air panas untuk mengelakkan larutan agar-agar membeku sebelum habis digunakan.
Cara Menyediakan Puding Kopi Mokka :
1.Sedikan loyang atau acuan kegemaran anda. Basahkan bahagian dalamnya dengan air.
2.Tuang atau sendukkan adunan puding mokka ke dalam acuan. Biarkan ia mengeras.
3.Kemudian, sendukkan pula adunan puding kopi ke dalam acuan tadi. Biar ia mengeras.
4.Buat hingga habis semua adunan digunakan. Simpan di dalam peti sejuk. Hidangkan apabila telah keras sepenuhnya.
ni la hasil tangan aku..
da siap puding aku mula la memproses macaron.. resipi nya mudah je..
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna
cara-cara membuat macaraon :-
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
buat bulatan ikut duit 20sen.. tuangkan aduan atas bulatan itu.. biarkan semalam 30 hingga 1 jam sehingga bila ditekan pada permukaan aduan ia tidak melekat pada jari..
bakar selama 15 ke 20 minit.. suhu 160c..
gam la macaron dgn perisa yg anda suka..
ni la hasil maracon saya.. first time buat... Papa man kata sedap..pujuk ati saya kan.. huhu
insyaallah nak cube lagi.. sebab ada orang sampai kali ke 5 baru cantik dan menjadi maracon ye.. usaha tangga kejayaan kan.. so kita cube lagi...