LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 14 Julai 2011

bila perasaan itu datang...

menangis lah wahai mata.. menangis lah semahu hati mu.. supaya aku tenang melalui liku-liku kehidupan ini.. agar aku kenal erti tabah.. tiada yang mudah di dalam kehidupan ini.. tiada keindahan sebelum melalui kepayahan.. kerna kepayahan itu lah yang mengajar erti keindahan kan???...  dan itulah lumrah kehidupan ini..perasaan silih berganti.. pengalaman hidup juga datang dengan pelbagai acara.. tabah ke kita.. kuat ke kita.. atau berserah saja semua itu ditangan kita kan.. ALLAH tidakkan merubah seseorang insan itu tanpa insan itu sendiri berusaha untuk berubah.. ALLAH telah menetapkan rezeki, jodoh dan ajal hanya itu kita tidak boleh ubah.. tapi kita boleh berusaha untuk jadi yang terbaik kan.. walaupun seindah kata-kata yang aku ucapkan namun aku jua insan biasa .. kadang tenggelam dengan perasaan dan emosi sendiri tanpa aku sedari.. kadang -kadang aku jua meyalahkan takdir kerna kebodohan diri sendiri.. menyalahkan pada ketetapan yang ALLAH tetapkan untuk aku supaya aku  boleh berfikir dengan menggunakan AKAL yang diberikan bukan mengunakan NAFSU dalam membuat keputusan...  bila malam datang melabuhkan tabirnya aku terkesima.. aku terpaku.. aku tertunduk malu atas ketelanjuran perbuatan aku dan sikap ego aku terhadap ALLAH yang Maha Berkuasa.. apa yang aku miliki hanya pinjaman semata-mata.. anak, mak ayah, harta, malahan dunia ini hanya jambatan untuk aku menuju ke Syurga atau ke Neraka... aku sombong dengan semua kurniaNya.. aku leka dengan mainan perasaan aku sendiri.. ruginya aku YA ALLAH... bantulah aku YA ALLAH.. permudahkan segala urusan kami YA ALLAH.. Engkau limpahkanlah Hidayah dan Nur dihati kami agar aku menjadi hambaMu yang beriman lagi bertaqwa YA ALLAH.. maafkan aku YA ALLAH.. aku hambuMu yang lemah.. hnya kepada Engkau aku berserah dan bertawakal... amin... ya rob bal a'lamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan