LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 19 Julai 2011

masih bernafas dengan izinNya

assalammualaikum.. selamat petang kawan-kawan.. takde apa nak diceritakan hanya melalui hari-hari seperti biasa dalam kehidupan ini.. menjalankan tanggungjawap seperti yang diamanahkan oleh ALLAH SWT sekaligus mengutip ganjaran pahala yang dijanjikan sebagai bekalan untuk menghadapNya nanti.. meskipun ada  dosa pahala yang dicatat silih berganti, dilakukan dalam sedar dan dalam keadaan tidak sengaja itulah hakikatnya kitaran hidup insan yang tidak penah sempurna.. manusia....

Alhamdulillah aku masih dapat bernafas sehingga kehari ini.. melihat anak membesar dan sihat serta dapat berbakti kepada orang tua selagi aku berdaya.. Fitrah naluri manusia memerlukan seseorang disisi untuk berkasih sayang dan berhibur aku jua tidak terkecuali namun ia belum dapat aku tunai kan lagi.. kalau diizinkan oleh aku akan melaluinya sekali lagi.. doaku " semoga kau yang ALLAH jadikan sebagai pelindungku adalah lelaki yang soleh dapat menerima segala baik buruk tingkah laku ku...dapat sama-sama memimpin tangan ini menuju JannahNya.. suatu tempat yang kekal abadi.. insyaallah.. aku ingin sekali melahirkan zuriat mu penyambung kasih sayang kita berdua.. teman untuk kak long dan adik bergurau senda.. alhamdulillah.. ".. Terima Kasih Ya ALLAH kerna mengizinkan aku berkhayal walau untuk seketika sekadar membahagiakan hati ini... semoga menjadi kenyataan.. insyaallah...


Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani )



Tiada ulasan:

Catat Ulasan