LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 26 Julai 2011

mencari kekuatan

Dugaan terlalu berat untuk aku tanggung seorang diri. Andai air mata yang mengalir bisa menambah semangat aku, aku rela menangis hingga ke titisan terakhir pun. Aku bagai kayu mati yang hampir reput. Reput dimamah dugaan dan rintangan. Air mata menjadi teman seperjuangan, menemani aku disaat kepahitan.Di depan kamu aku ketawa. Aku tersenyum. Bagai aku saja manusia tiada gundah. Aku hipokrit menutup pedih dan jerih. Tapi aku bukan malaikat, aku bukan nabi. Aku hanya aku. Seorang kerdil yang naif. Seorang kerdil yang mencari bahagia dalam hidup sendiri. Aku tak punya harta, aku tak punya pangkat dan nama. Aku hanya mahu bahagia. Seperti kamu semua. Akhirnya, aku kalah. Topeng bahagia tersingkap jua. 

Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka hadapi. Adakah itu maknanya? Adakah aku bisa melaluinya semua? Aku tercari-cari di mana kekuatan diri. Aku tertanya-tanya di mana kehebatan ini? Aku tak mahu kuasa, aku hanya mahu keluar dari kotak dugaan yang menghimpit. Aku penat terhimpit dan dihimpit. Aku mahu bebas dalam hidup sendiri, aku mahu tenang melalui isi-isi hari. Aku penat terseksa hati kecil, aku mahu difahami. Aku mahu dimengerti. Aku manusia biasa, teman. Aku bukan superwoman yang mampu mengangkat bumi. 

Aku sedar dugaan itu datang dari diri aku sendiri. Aku punca semua dugaan terjadi. Ya! Memang salah aku. Menyesal? Memang aku menyesal, tapi apa saja yang mampu aku ubah dengan selaut penyesalan? Bumi berputar, masa terus berlalu. Aku takkan bisa kembali ke hari lalu, membetulkan kesilapan dulu. Bodoh apa aku mengharapkan sesuatu yang takkan berlaku. Tapi itu realiti. Memang aku selalu berfikir untuk kembali ke masa lalu, membetulkan segala kebodohan aku dulu. 

Aku buta! Aku tamak! Aku tak bisa menghargai apa yang diberi. Sesalan itu tak akan ada ubat. Mana mungkin sesalan itu dirawat. Ini hukum karma, teman. Kau buat, kau takkan selamat. Kau takkan sentiasa di atas. Aku sudah rasa. Aku percaya pada karma. Sungguh, aku mahu berubah. Aku mahu jadi aku yang baru.  aku mahu jadi si kerdil yang menghargai setiap apa diberi. 

Aku bakal berubah. Aku punya azam itu, azam yang bukan dari omong kosong. Aku mahu tunjuk, aku mampu jadi seperti itu. Peluang telah Kau beri, aku harus menapak lalu berlari. Saat aku berlari, aku takkan toleh ke belakang lagi. Lupakan segala memori, lupakan kenangan hitam, lupakan diari kelam. Lembaran baru di bentang, aku harus maju ke depan. Membentuk semangat baru, menjadi diri aku. Teman, temani lah aku. Percayalah padaku. Yakinkan aku. Kuatkan semangat itu. Aku perlu kamu. Aku perlu semangat kamu. Bantu aku keluar dari sesalan masa lalu. Sesalan yang tak mampu aku kubur. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan