LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 17 Oktober 2011

alhamdulillah kembali seperti sedia kala...

mama bersyukur dengan ikatan yang ALLAH limpahkan kepada mama dan Papa Man.. memang mama akui yang mama sebenarnya terlalu ber'emosi' dalam perhubungan kami.. betul kata kak nani "tak mudah membina kekuatan atas kekuatan yg telah roboh" mama akui kata-kata itu.. bukan mudah membina kekuatan jika diri masih dibelanggu 'kemusnahan' kebahagiaan dahulu... masih berkira-kira, masih bermain teka-teki, masih mencongak negatif dan positif.. macam-macam perasaan bercampur baur.. mama sudah penat berdoa mama cepat mengalah dengan Takdir ALLAH.. mama malu dengan diri mama sendiri.. Ampun mama Ya ALLAH.. Mama hambaMu yang daif lagi tiada upaya..






alhamdulillah... mama dengan papa man da ok.. ok la.. hahaha... da sejuk hati mama ni.. kasihan papa man terpaksa melayan kerenah mama yang 'noty' ni.. bukan apa mama nak papa man tau apa yang mama rasa.. mama tak mahu berpura-pura.. bukan mudah melayari rumahtangga kalau langkah tidak seiring.. kalau seorang tercicir, yang seorang lagi harus sama-sama memimpin tangan agar tetap cuba jalan seiring walaupun ada ketikanya perjalanan terpaksa terhenti dek ganguan yang tidak disangka.. itulah alam perkahwinan.. ia juga ibarat perjudian.. siapa kuat dan berilmu dia menang.. siapa lemah dan cetek ilmu maka ia akan kalah.. sama-sama la kita berusaha agar terus berada diJalanNya.. insyaallah...






tarikh sudah ditetapkan.. jeng-jeng-jeng.. rahsia dulu ye.. takut mama.. mama malu.. banyak masalah lagi belum selesai tapi yakinlah ALLAH akan bantu dan Dia akan mempermudahkannya.. amin.. mama hanya berpegang pada JanjiNya sayang.. Hanya Dia yang tahu apa niat dihati kecil mama ini.. mama redha setiap apa yang akan berlaku nanti.. insyaallah... 




 menghitung hari
semoga ALLAH memberkati hajat hati ini...
alhamdulillah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan