LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 7 Oktober 2011

mama deman mengejut !!!

assalammualaikum.. lepas solat  magrib semalam mama baring.. tenangkan fikiran mama yang agak serabut sejak akhir-akhir ni.. macam-macam yang mama fikiran.. tiba-tiba mama rasa seram sejuk, badan mama panas.. masa selimutkan badan mama.. Ya ALLAH... adakah mama terlalu stres buat mama jadi begini atau mama penat terkejar-kejar seharian semalam.. mana dengan hantar wan check up di Hospital, mana nak kejar masa adik keluar tadika lagi dengan kak long nak makan tengahari dan terus tuisyen lagi.. mama belum masuk ofis lagi.. hampir menitis air mata mama semasa drive semalam.. mama laluinya sayang.. dalam pelbagai perasaan dihati mama lalui hari-hari dengan izinNya.. kalau sedih sedih lah.. kalau happy, happy lah mama hari itu.. hanya mama yang tahu sayang..


mama mesaj Papa Man.." abg, badan ct tiba-tiba panas".. " teruk ke ct, nak abg datang hantar pegi klinik ke".. balas papa man. " takpe lah abg.. tak teruk sangat".. sambil balas sms aku menangis.. kan indah kalau ada seseorang disisi mama sekarang.. mama kecewa lagi sayang.. sms seterusnya aku biarkan tanpa jawapan.. dulu masa mama deman abah adik dgn kak long akan picit kaki mama.. sampai mama terlelap.. YA ALLAH kenangan itu menjengah lagi di fikiran mama sayang.. mama rindukan seseorang disisi mama.. teramat rindu sayang..


entah pukul berapa mama tido malam tadi.. mama tidak dapat melelapkan mata.. mama zikir dalam hati la ila ha illallah" mama minta ALLAH tenangkan hati mama.. mama nak rehat sayang.. mama nak tido dengan lena.. esok mama nak keje.. alhamdulillah anak-anak mama.. pandai bawa diri.. tengok mama tak sihat, pergi tido sendiri.. itulah anak-anak mama.. kurniaan ALLAH yang terindah.. bangun pagi tadi badan mama sudah ok sayang.. cuma 'angka' sedikit... takpe la mungkin arini mama sihat kembali.. insyaallah sayang...



Berdoalah pagi ini " Ya ALLAH ya Tuhan kami, sesungguhnya tiada yang mudah melainkan yang ENGKAU jadikannya mudah dan ENGKAUlah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja ENGKAU kehendaki, ya ALLAH."


Amin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan