LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 13 Oktober 2011

♥♥♥ cinta 3 segi ♥♥♥

sekadar gambar hiasan



siapa pernah mengalami ♥♥♥ cinta 3 segi ♥♥♥, mama tidak terkecuali.. siapa sangka siapa menduga.. telah lama insan ALLAH ini menyepikan diri, baru-baru ini dia menghubungi mama.. bertanya khabar berita, ingat dia lagi pada anak-anak mama yang comel ini... cinta perasaan dia terhadap mama masih seperti dulu.. BERDOSA mama pada insan ALLAH ni.. Apa daya mama sayang.. masa telah ditunangkan dengan Papa Man.. Mana mungkin mama memungkiri janji itu.. Hanya ALLAH sahaja akan memisahkan kami.. janji tetap janji.. 


kepada insan ALLAH ini, mama masih tertanya-tanya kenapa dulu semasa mama memberi peluang pada dia untuk membuat keputusan dia membatukan diri.. dan apabila Papa Man muncul dalam hidup kita sayang baru dia kembali menagih cinta mama.. mama kasihan dengan dia sayang.. dia sepi kini.. walaupun dia senantiasa sibuk dengan aktiviti 'mengajar' dan dakwah... dia diuji ALLAH dengan ketiadaan 'bidadari' disisinya.. mungkin belum jodoh dia.. maaf mama hanya menganggap dia sebagai kawan yang sabar dalam menasihati mama agar tabah lalui dugaanNya.. seorang teman yang memahami jiwa temannya.. mama sayang dia kerna ilmu yang ALLAH berikan kepada dia.. hanya itu sayang..


Pada Papa Man jua mama telah terangkan, nampak ye papa man memahami situasi mama.. alhamdulillah.. kenapa la mama harus melalui ujian ini sayang.. subhanallah.. bukan mudah melakukan kebaikkan... pada insan ALLAH ini, mama telah terangkan yang mama tidak mungkin boleh menjadi isterinya cukup lah kami sebagai teman sahaja.. akhirnya airmata menemani mama lagi malam tadi.. cinta itu datang dan pergi.. datang ye tidak disangka perginya berlalu tanpa sebarang utusan.. semoga dia berbahagia dengan rezeki ALLAH yang telah ditetapkan olehNya.. dan mama akan terus meneruskan janji mama pada semua.. semoga kita dipertemukan dilain episod kehidupan.. insyaallah


Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!









Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda..


"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."

( Riwayat al-Bukhari )



Mintalah dibesarkan iman menghadapinya.. Senyum dalam kedukaan selamanya milik insan beriman... InsyaAllah... ^_^




Tiada ulasan:

Catat Ulasan