LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 4 Oktober 2011

‎5 kunci diluaskannya rezeki seorang hamba oleh ALLAH SWT.



1.Taqwa.
- apabila perkataan taqwa ini diterjemahkan lebih tepat,ia adalah bermaksud “TAKUT KEPADA ALLAH” dan ia secara langsung berkait dengan untuk menggelakkan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT dan menahan diri dari melakukan dosa."
- ALLAH SWT berfirman, “Tidak ada satu makhluk melatapun di muka bumi kecuali ALLAH yang menanggung rezekinya, dan Dia yang mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh)” (Huud : 6)


2. Solat 5 waktu.
- ALLAH SWT berfirman, “Dan perintahkanlah kepada keluargamu untuk mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu. Kamilah yang memberi rezeki kepada kalian. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Thaahaa : 132)
- Diantara cara menjaga solat 5 waktu 1. Lakukannya di AWAL waktu. 2. Kaum ADAM dinasihatkan BERJEMAAH di masjid. 3. Amalkan solat2 sunat berjemaah didalam rumahtangga.


3. Beristighfar memohon keampunan pada ALLAH SWT.
- Saidina Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda,” seseorang yang kerap mengucapkan istighfar,yang mana ianya meminta keampunan dari Allah S.W.T atas dosa yang dia telah buat,maka ALLAH SWT akan membuka jalan-jalan penyelesaian dari kemiskinan dan kesusahan. Segala penderitaan dan kesusahan akan dialihkan dan pada tempatnya kemakmuran dan kesejahteraan akan didapati yang mana seseseorang itu akan menerima rezeki dari sumber yang tidak diketahui dan tidak dijangka sumbernya.


4. Tawakkal (berserah) pada ALLAH SWT.
- Sadinia Hussin ra meriwayatkan dari Rasullullah SAW bahawa,”seseorang yang ikhlas berserah pada ALLAH SWT,maka ALLAH SWT akan mencukupkan semua keperluan dan tanggungjawab seseorang itu.rezeki akan diperoleh dari sumber yang tidak dijangka,yang mana ianya tidak masuk akal dan tidak boleh dibayangkan. Sesseorang yang bergantung pada usahanya sendiri dan dunia,maka Allah S.W.T akan menyerahkan rezeki dan nasib orang itu pada benda yang ia bergantung.”


5. Infaq Fisabilillah untuk agama dan di jalan ALLAH SWT.
- Firman ALLAH SWT yang bermaksud "Sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)."(An-Anm: 160)
-Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasullullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sedekah itu tidak pernah mengurangi harta.” (HR. Bukhari Muslim)


Kesimpulan.

Sesungguhnya, ketahuilah ALLAH SWT akan senantiasa memudahkan segala urusan dan kesusahan yang dihadapi seseorang hamba dan ALLAH SWT juga akan menyediakan rezeki dan kemudahan dari sumber yang mereka tidak jangka. 

Senantiasalah mensyukuri nikmat-Nya.
ALLAH SWT berfirman, “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu mengumumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim : 7)


Kembalilah bertakwalah kepada ALLAH wahai saudaraku sekalian, kerana itulah sebaik-baiknya kehidupan.



Sumber ::: Rahsia Perkahwinan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan