LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 19 Ogos 2011

kuih raya lagi.. lai lai laiiii.....

kita lupakan entry tadi .. jom kita tengok resipi kuih raya yang aku telah siap kan minggu lepas... hihihi macam2 aksi aku buat.. malu nak snap bila aku berkeadaan begitu.. huhuhu.. apa-apa puin kuih da siap separuh.. sabtu ni aku nak siap kan semua.. minggu depan nak me'lemang' lagi.. hadoi penat tapi aku suka sangat.. aku bahagia... :))


kita bakooo!!!!


ni la rupa biskut mama carry aku.. da cube buat corak coklat tapi x pandai.. buruk dan comot.. so aku pun tabur la manik-manik cumell ni.. nak resipi klik ini.. selamat mencuba...


 confleks bersalut coklat kasih sayang mama, kak long dan adik.. tau sebab apa aku bagi nama tu sebab ye.. kami anak-beranak yang bergotong royong buat sama-sama.. sambil bertekak hahaha.. tu la gelagat kami.. nak resipi jap ye...


Bahan-bahan 

  • 200 Gram Mentega
  • 300 Gram Cornflakes
  • 50 Gram Serbuk Koko
  • 200 Gram Makan Golden Syrup


    Cara-cara

    1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas
    2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar
    3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)
    4. Masukkan Koko (Kacau hingga sebati)
    5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
    6. Bulatkan lah semasa masih panas.
    7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap) 
    8. nak aku ajar lagi ke.. nyum nyum nyummmm.. hihihihi


    ni pulak sarang semut.. bersemut-semut la rumah aku malam tu.. hihihi.. 

    Bahan-bahan
    • 250 gm butter
    • 1/2 gelas gula
    • 1/4 gelas tepung jagung
    • 2 1/2 biji kuning telur
    • 2 1/2 gelas tepung gandum
    • 1 tea spoon esen vanila
    • coklat rice utk hiasan

    Cara-cara

    1. Butter dikembangkan bersama gula
    2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan esen vanila
    3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan sedikit2 ke dalam mentega tadi sehingga menjadi doh.
    4. Sagat tepung dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Masukkan coklat rise (boleh juga guna ceri merah dan hijau)
    5. Bakar dalam oven 150', api atas bawah selama 15-20 minit @ sehingga masak. 



    lalalalalaaaa... ni kuih sempit berbunga-bunga riang... 

    Resepi :

    • 2 cawan mentega
    • 2 cawan gula halus/gula icing
    • 1/2 cawan tepung kastart (untuk biskut jd kuning comel)
    • 1/2 cawan tepung jagung
    • sedikit baking powder
    • tepung gandum y telah d ayak (ikut kesesuaian adunan-jngn smpai terlalu keras)
    • 1 biji kuning telur
    • sdikit esen vanila



    cara2 :

    • kisarkan mentega dengan gula sehingga gebu
    • masukkan telur bersama sedikit esen vanila+kisar
    • masukkan tepung jagung dan tepung kastart +kisar sebati
    • masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh,pastikan tidak terlalu keras(seeloknya guna tngn)
    • terap doh dan hias dengan ceri
    • bakar hingga kekuningan 10-15 min



    p/s : Papa Man " boleh tak buatkan abang kuih yang ayang buat aritu (macaroon)????"... hadoi.. abang ni.. belum apa-apa da pandai merenggek nak makan itu ini.. "tengok la nanti kalau ct sempat ct buatkan".. dalam hati lepas raya la cik abang sayang... ese ponek ni.. huhuhu... bye..





    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan