LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 19 Ogos 2011

bunyi mesej masuk.....


aku pun tengok siapa si gerangannya yang menghantarkan mesej itu... YA ALLAH... telah lama insan ini menyepi kan diri.. dan aku pun telah lama menyembunyikan diri dari berhubung denganya.. aaahhhh... rindu itu bertandang lagi.. ucapan selamat berpuasa ditujukan kepada aku.. terima kasih.. masuk lagi mesej ke2.. ucapan tahniah aku terima.. dia mendoakan kebahagiaan aku bersama bakal tunang aku.. YA ALLAH... aku menangis lagi kerna insan ini... insan yang aku cuba luputkan dari memori kehidupan aku dan anak-anak ku.... Ya bohong kalau aku katakan aku tidak merindui ye.. aku rindu.. aku masih sayang.. masih ada sisa-sisa cinta untuk dia namun kasih sayang dan cinta kami tidak direstui ibubapa ye.. aku beralah... aku undur diri.. aku cari episod baru kehidupanku... pantai.. pantailah yang menenangkan aku.. pantai yang mendengar rintihan hati ku.. ALLAH Maha Adil... penderitaan adalah ibu segala kebahagiaan.. tanpa derita aku tidak akan paham apa itu bahagia.. aku bahagia walaupun kehidupan aku selalu dipukul ombak.. itulah asam garam kehidupan.. buat dirinya.. Terima kasih kerna cinta dan kasih sayang mu.. sungguh sehingga kini masih terasa saat-saat indah bersamamu.. dialah insan yang banyak meniupkan semangat untuk terus hidup suatu masa dahulu ketika aku melalui saat-saat kemusnahan rumahtangga... Biarlah ia hanya tinggal kenangan... Terima kasih kerna masih mendoakan kebahagiaan aku dengan Papa Man.. aku jua mendoakan kebahagiaan mu dari kejauhan kerna aku tidak upaya  mampu untuk memandang wajahmu apatahlagi bersua muka dengan insan teristimewa ini.. semoga kamu berbahagia IZZUDDIN....

dia - fauziah latif




"selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdirNYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."


aku tenang disisi ciptaanNya..

2 ulasan:

  1. tabah tau ct...mulakan hidup baru besama yg tersayang n anak2 nanti.

    BalasPadam
  2. insyaallah ila.. hanya luahan hati kecil ni yang terusik... aarrgghhhh pergilah aku relakan... aku pun nak bahagia jugak.. hihihihiii

    BalasPadam