LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 26 Mei 2011

cemburu !!!!!!!

alalalalaaaaaa...... start cuti sekolah musim ke 2 ni mula la orang sibuk bergolek... periuk belanga semua bertaburan.. pinggan mangkuk kalau selamat ok ( masih di kuantiti yang sama )  kalau tak bertambah banyak la jawapnya.. hahahaaa... mak andam semua da buzy giler... para tetamu pulak da sibuk mengira berapa bajet untuk 'salam kaut'.. adusss... macam2 cerita kan.. bagi aku 'salam kaut' tu semua sedekah tak perlu nak berkira sangat.. tak bagi pun tak apa sebab tuan rumah menjemput untuk meraikan majlis mereka kan.. so masing-masing ada pendapat tersendiri... ^__^

bagi aku pulak musim kenduri ni buat aku kecut perut sebab aku cemburu melihat kebahagian 'pengantin baru' ni.. sedang kan aku hanya bermimpi di siang hari.. aku memang dari dulu susah nak ke rumah kenduri.. mak dulu dok membebel kat telinga aku ni suruh g kenduri... ni pun baru sekarang aku rajin untuk ke majlis kenduri kendara.. sebab mak da tak berapa sihat.. aku malas nanti ada mata 'laser' ni buat hati aku hangit... entah la.. kadang aku cakap kat diri aku.. lantak la apa depa nak habak sebab yang rasa aku bukan keturunan mereka pun.. sengalll....

apa-apa pun aku anggap cemburu ku itu sebagai 'cemburu sihat'.. motivasi untuk aku terus tabah meniti hari-hari mendatang... cemburu yang membangunkan aku dari terus jatuh.. cemburu  yang menyuluh jalanku yang malap.. senyum la wahai pengantin baru kerna kau berhak memiliki senyuman seindah itu.. namun persiapkan dirimu dengan ilmu berumahtangga kerna laluan dihadapanmu tak semudah kamu bercinta dahulu.. bina la tugu  kebahagiaanmu bersandarkan ajaran islam dan mencari keredhaan ALLAH S.W.T...  

dan aku.. insyaallah suatu hari nanti akan melaluinya untuk kali kedua dan kali terakhir.. insyaallah kalau ALLAH merestui dan merahmati 'tujuan' kami.. cuma ketetapan masa dan tarikhnya hanya DIA yang tahu.. kami hanya merancang.. bila hati sudah kuat, di uji lagi dengan ujian lain hatiku mula lemah kembali... aku pun tak tahu bila saatnya untuk aku bernikah  hihihihi... asyik pospon je.. kalau dia rasa tak boleh tunggu aku.. aku sentiasa bagi ruang untuk dia mencari yang lain.. hati tak kuat lagi la kawan.. sekang ni hati rapuh macam biskut.. hihihihi... susah nak bg jawapan yang pasti.. ari ok setuju.. esok aku da buat muka orang 'mati laki' pulak.. mak pun da bengang dengan aku.. jangan la paksa ati ni nanti kalau terjadi lagi aku salah kan korang... ha kan nanti jadi gaduh.. so tungga aku bersedia...  1 2 3 GO !!!!!!!

 adam ♥ hawa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan