LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 5 April 2011

macam-macam nak kongsi tapi mampu kah dikongsi????





mak aii.. lain macam je tajuk aku ni kan.. hahaha.. takde maksud apa-apa pun.. minggu ni paling busy sangat-sangat.. penat tak payah nak cakap la. namun aku bersyukur, aku masih diberi pelung sujud padaNya setelah sekian lama aku lalai ( kadang masa membatasi segalanya ).. tak mahu pandang ke belakang.. aku mengambil langkahNya sebelum aku dijemput pulang buat selamanya.. Alhamdulillah.. TQ ALLAH.. :)




Minggu ni planning nak buat makan-makan untuk "ulang tahun kelahiran kak long yang ke 7".. da jadi anak dara, anak mama ni.. da boleh solat, alhamdulillah mama tengok akak long rajin solat ikot mama solat.. SEMOGA ALLAH MEMBERI KERAHMATAN HIDUP BUAT ANAK MAMA NI DI DUNIA DAN DIAKHIRAT, INSYAALLAH..  hadiah dari mama tak la berharga sangat tapi hajat mama, mama nak buat kek sendiri khas untuk kak long.. bahan-bahan semua mama da cari.. sampai mama merajuk dengan Papa Man sebab tak jumpa bekas bakar kek yang mama nak.. huhuhu kesian Papa man kene pujuk mama.. semua juadah nanti mama nak buat sendiri, mama nak puaskan hati kak long, adik, wan dan Papa man.. insyaallah




tentang keje.. minggu ni memang mama busy, terlalu busy sampai mama kene sambung keje ofis kat umah.. bersepah umah wan kita 'kerjakan' penuh dengan kertas kerja mama dan buku sek adik dan kak long.. wan kata " apo korang ni, buat keje ke menyepah.. macam tongkang pecah ".. hahahaha.. cayang wan kitakan cayang!!!!.. mama pun kesian dengan mok tih keje sampai tek sempat berFB.. tih jangan marah tau!! hihihi.. 


2 3 arini ni mama ada baca blog kawan-kawan.. sungguh tersentuh hati mama sayang, kita diuji dengan perpisahan ( pencerian ) MAMA dan ABAH.. itu hanya luka yang sikit anak-anak ku tetapi mereka diuji dengan kekuatan mental dan fizikal.. anak mereka tak sempurna seperti anak-anak mama, terima kasih Ya ALLAH.. namun mereka tabah melalui kehidupan ni dengan redha dan tenang.. sungguh sayang, jika mama ditempat mereka.. mungkin mama sudah 'hanyut' entah kemana.. semoga sahabat-sahabatku zalilahKak Erna, dan sewaktu dengannya tabah melalui duga ALLAH kerna kamu adalah insan terpilih dan teristimewa untuk memlalui dugaanNYa.. besar nikmat dan hikmah yang akan menanti kalian.. insyaallah.. ni la yang dikatakan macam-macam nak kongsi tapi mampu kah dikongsi????? hanya mereka yang merasa ujian sebegini yang mampu menjawap.. allahu'alam..


dan semoga kebahagiaan menjadi milik kita selamanya.. jom baca info tentang makna kebahagiaan ...

Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du 28)
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati."
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara "kesihatannya" agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "auto pilot".






Tiada ulasan:

Catat Ulasan