LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 21 April 2011

bernazar



assalammualaikum...
selamat pagi kawan-kawan.. lama rasanya aku tak mencoret rasa di dalam blog ini... asyik layan lagu je kan.. apa nak buat mood takde nak bercerita... kepala ni stres sikit ( semua orang ada masalah kan.. huhuhu ).. biasa la macam-macam nak difikirkan namun alhamdulillah hati ni semakin tenang.. semakin matang dalam mengatur langkah hari demi hari.. :)


Hari ini aku nak bercerita tentang 'nazar'.. 


Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

Dalil  Al-quran mengenai Nazar
Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Haj ayat 29 :

Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib.

Manakala dalam surah al-Insan ayat 7, Allah swt berfirman yang bermaksud:

(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.

Wajib tunaikan Nazar
Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.
Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firman di dalam Surah al-Maidah ayat 89 yang bermaksud:



Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.

Aku sebenarnya pernah bernazar suatu ketika dahulu.. Aku dan ex husband dulu bernikah di sempadan tahiland... biarla kenang tinggal kenang.. macam-macam aku lalui dulu.. memujuk ex supaya mendaftar pernikahan kami di Malaysia.. namun hanya ALLAH yang mengetahui.. Start dari ketika itu, aku bernazar jika pendaftaran pernikahan aku selesai di daftarkan aku akan berpuasa 3 hari dan bersedekah pada anak-anak yatim.. Janji dan Rahsia ALLAH hanya Dia yang mengetahui.. belum sempat kami mendaftarkan pernikahkan disini.. kami telah berpisah dengan talak 1.. hampir 3 tahun aku sabar dengan pelbagai ragam dan birokrasi dalam proses pendaftran pernikahan itu ( aku yang uruskan sendiri, ex sedikit pun tak ambil tahu ).. aku harungi dengan air mata dan kesunyian.. aku kuat demi mak dan anak-anak.. tak siapa pun yang tahu aku hadir ke mahkamah untuk kes itu hanya mak, ayah, sue dan bos serta papa man saja yang tahu.. mereka la insan yang banyak memberi nasihat dan kekuatan untuk aku supaya terus bersabar ketika menguruskan proses pendaftaran pernikahan itu.. 

kini semua telah selesai..  13/6/2011 nanti keluar la sijil cerai aku.. rasa sekejap je kan.. dan sebulan yang lepas aku mula memikirkan tentang 'nazar' aku itu.. alhamdulillah aku telah selamat berpuasa selama 3 hari minggu lepas untuk membayar 'nazar' itu.. namun hati aku tetap berkata sesuatu tentang nazar itu.. sebab niat aku bernazar  ketika itu adalah sekiranya kami masih suami isteri tapi kami telah berpisah sebelum sempat mendaftarkannya.. aku yang uruskan sendiri.. segala denda dan bayaran aku tanggung sendiri.. jadi aku pun bertanya la kepada Ustaz Azhar Idrus di FB...





assalammualaikum ustaz.. saya asa pertanyaan.. dulu semasa saya masih menjadi isteri pada bekas suami, saya pernah bernazar jika perdaftaran pernikahan kami selesai didaftarkan di Malaysia, saya akan berpuasa selama 3 hari dan sedekah pada anak yatim. namun ustaz, kami telah berpisah sebelum mendaftar di Malaysia. kini segala urusan saya uruskan sendiri dan telah selesai hanya perlu menunggu sijil cerai saja.. perlukah saya membayar nazar itu ustaz sedangkan niat ketika itu saya masih menjadi isterinya..
Isnin pada pukul 8.57 pagi ·  · 

    • Mukmin Haqqa tidak, kerana tujuan kamu itu tidak tercapai... syarat kamu ialah bila berjaya pendaftaran, tapi yang berlaku kamu tidak sempat nak menjayakan pendaftaran itu...
      Isnin pada pukul 9.18 pagi · 

    • Siti Azlina Nordin ok terima kasih banyak2..
      Isnin pada pukul 9.23 pagi · 

    • Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak wajib..
      Isnin pada pukul 9.48 pagi ·  ·  Seorang

    • Siti Azlina Nordin tapi ustaz sejak akhir2 ni saya selalu di timpa musibah.. maksud ye kereta yang saya pandu da 3 kali melanggar binatang.. saya terfikir ni mungkin sebab saya belum melunaskan nazar itu...
      Isnin pada pukul 9.50 pagi · 

    • Mukmin Haqqa bersabar, ada hikmah disebalik kejadian... bawak kereta jangan lupa bismillah dan doa naik kenderaan, sentiasa berhemah dalam pemanduan...

      "Pandu perlahan, ingatlah orang yang tersayang." Ayat JPJ...

      Isnin pada pukul 9.57 pagi ·  ·  2 orang

Alhamdulillah aku mendapat jawapan pada soalan aku itu.. tak la hati ni was-was lagi.. aku ni bukan la baik sangat tapi bila aku dah berjanji, aku akan ingat janji aku itu.. aku hnya hambaNya yang lemah dan kerdil.. kepadaNya aku serahkan sebaik-baik urusan di dunia dan di akhirat.. insyaallah.. kepada ex aku.. aku tak dendam apa-apa pun dengan dia.. baik dari segi nafkah aku dan anak-anak atau kesalahan zahir dan batin... semuanya aku serahkan pada ALLAH mangadilinya nanti.. aku adalah wanita biasa.. ada kelemahan dan kekurangan.. Wallah'ualam...



2 ulasan:

  1. sabar ct insyaallah semua kesulitan in akan berakhir dengan kebahagian satu hari nnt..

    BalasPadam
  2. insyaallah zalilah.. sama2 la kita berdoa semoga kebahagiaan milik kita akhirnya..

    BalasPadam