LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 8 April 2011

Renungan tentang kematian

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit 3 kali:
  • Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit 3 kali:
  • Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  • Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
  • hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menerjah suara dari langit 3 kali:
  • Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
  • Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
  • Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit 3 kali:
  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  • Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah – dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit 3 kali:
  • Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.
Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
  • Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  • Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  • Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).
Wallahualam

‎"Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling was‎"Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling wasiat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" - Surah al-`Ashr (103)]iat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" - Surah al-`Ashr (103)]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan