LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 15 April 2011

Aku sebenarnya insan yang bertuah....

sudah 2 kali aku menghantar mak pergi fisioterapi di Hospital Kuala Pilah akibat daripada kesan strok yang mak alami aritu.. Walaupun tak berapa serius kata doktor namun mak tetap kene pergi fisioterapi setiap 2 minggu sekali untuk menguatkan kembali anggota badan sebelah kiri badan mak yang lemah.. Aku tak pernah pergi atau melihat Pusat Fisioterapi ini walaupun didalam TV.. pertama kali aku sampai disana.. Ya ALLAH, tersentuhnya hati kecil ini apabila melihat mereka yang kurang bernasib baik ( pelbagai penyakit ) menjalankan rawatan 'terapi' untuk diri mereka sendiri.. terpaksa melawan kesakitan demi melihat orang yang tersayang tersenyum riang disisi dan mengumpul sesuatu kekuatan untuk menjalani kehidupan yang masih belum pasti di masa depan.. YA ALLAH, sepatutnya aku bersyukur dengan kudrat yang ALLAH berikan.. aku sempurna zahir dan batin.. cuma aku diuji dengan kepayahan mencari rezeki dan menjadi ibu tunggal di usia yang terlalu muda, membesarkan ke 2 2 puteriku keseorangan.. baru sedikit ujian Mu aku sudah rebah.. Oh Tuhan, sungguh hambaMu ini meminta ampun diatas semua kesalahan yang telah aku lakukan antara aku sedar tau pun tidak.. Mereka yang kurang bernasib baik itu berjuang untuk terus hidup di muka bumi ini, ada sinar kebahagiaan dimata mereka.. aku tenang seketika disana.. melihat mereka riang melakukan terapi walau ada ketikanya ada 'wajah kesakitan' yang terlihat di seraut wajah-wajah mereka..  sungguh aku berasa terlalu kedil di muka bumi ini. malu pada diri sendiri.. aku mendoakan mereka tabah dan kuat lalui semua dugaanNya dengan tenang dan sabar, buat ahli keluarga yang sudi meluangkan masa atau mencuri masa bekerja semata-mata  untuk menemani mereka menjalankan rawatan terapi... nikmat ALLAH yang amat  besar menanti anda di hadapan sana.. Insyaallah..

 Aisyah : Wan buat pe??
Wan : Wan main pasir.. adik nak main ke..
Aisyah : ^__^
Mama : hahahahahahahahahaaaaaa
aisyah geram tengok wan terapi menggunakan manik tu.. hihihi

 @ wajah-wajah mereka @
ambil dari jauh je.. takut mereka rasa tidak selesa nanti ;p

 tengok la tu, adik yang syok tengok wan.. huhuhu


oppppssss.. mata mama stim la pulak..
Doakan kami terus bahagia bersama sehingga akhir usia kami
Tq semua

2 ulasan:

  1. kat sinilah akid selalu teraphi...disini semua dapt kita lihat....lagi teruk pun ada..bersyukur atas segala2nya...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. sesungguhnya kita insan yang bertuah...

    BalasPadam