LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 15 September 2011

happy berday 'hot mama'.. hihihi





wah!!!.. perasan sudah.. tapi ye la ada gak jantan sengal kawan-kawan gelarkan aku dengan gelaran itu.. huhu.. kelakar la korang ni.. suka-suka je gelar aku macam tu kan.. ok la hari ni 15/09/2011 adalah hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 25 tahun.. macam-macam hal dan pelbagai situasi dah aku lalui.. kadang aku kuat.. kadang aku rebah.. pada teman setia lah aku luahkan, aku bisikan, aku kongsi rahsia hati ni..  terima kasih kepada sue aka mak tih kerna hampir 10 tahun persahabatan ini ko banyak membantu dari pelbagai segi dan pelbagai sudut.. jasa ko tak mungkin dapat dibalas.. Hanya ALLAH yang akan membalasnya.. terima kasih tih... cayang ko..










yang paling bermakna dalam hidup ini adalah apabila dugaan menimpa aku 3 tahun lepas. disitulah aku mengenali mana sahabat dan siapa musuh.. semasa aku meniti usia untuk menjadi seorang wanita dewasa tidak penah terpikir pun akan bergelar J ni.. memang tak penah terlintas.. tup-tup aku diuji dengan ujian ini.. dalam masa 3 tahun ni memang aku akui aku agak stres.. pelbagai rintangan, cemuhan, putus cintun cinta, perbalahan adik-beradik, masalah kewangan dan kesihatan mak yang teruk.. aku hampir tewas, hampir berputus asa.. namun sejak aku ber'blog' ni.. banyak yang aku belajar.. rupa-rupanya ada insan yang lebih HEBAT dugaanNya.. namun mereka mampu berdiri dan menikmati kehidupan ini dengan tabah dan kuat.. aku tabik dengan semangat yang ada pada diri mereka.. sayang kamu semua..










insyaallah... dengan meningkatnya umur aku  1 tahun ni aku berazam untuk menjadi insan yang terbaik, dapat berbakti  kepada semua insan yang memerlukan bantuan selagi aku berdaya dan semampu aku.. bukan mudah seperti mana kita melafazkan kata-kata ni.. tapi aku akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. aku kan 'hot mama'.. hihihi.. tahun ni kalau ada rezeki buat makan-makan kat rumah abah di segamat.. sejak majlis hari tu aku belum sempat minta maaf dengan abah.. jumpa pun tidak masa majlis hari tu.. sampai hari ni aku rasa sangat terkilan.. 










Papa Man????  dia macam biasa la dari sejak aku kenal.. mana nak ingat hari-hari istimewa ni.. jiwa dia jiwa beku keras.. hihihi.. kalau tak cakap 'haram' dia tau.. apa nak buat redha je la.. yang penting dia tau tanggungjawap dia dan belajar dan terus belajar.. siapa guru ye.. semestinya la 'hot mama' ni.. alhamdulillah.. tu semua rezeki ALLAH S.W.T... bersyukurlah kamu... Terima kasih Ya ALLAH...









Manusia - suka dipuji,suka membangga diri,suka dipandang tinggi


Mukmin - takut dengan pujian,merendah diri,tidak mahu dipandang tinggi oleh manusia



Kesimpulan - Jadilah Mukmin yang 'popular' di langit sebagaimana Uwais Al Qorni,jangan mengharap 'popular' di dunia yang tiada manfaat untuk akhirat kelak.




 gambar terbaru selepas seminggu ditunangkan..
gemukkkk... hihihihi




p/s ...::::.....   malam ni kak long dan adik dan janji dengan Papa Man nak tido rumah papa... hadoiii, mama tido sorang la malam ni.. boring la camni kalau semua nak dengan Papa je.. tak aci la camni.. mama ngajuk la.. ;p




Tiada ulasan:

Catat Ulasan