LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 8 September 2011

Majlis Pertunangan Part 2 ( hari langsung )

ambil berkat dan restu keluarga


alhamdulillah.... aku telah selamat ditunangkan dengan Hasliman Bin Hasan aka Papa Man.. majlis berlangsung pada tarikh 31/08/2011 ( hari raya ke 2 ) sekitar jam 11.30pagi selesai jam 12.00 tengahari.. simple je kan.. apa perasaan ye.. tak tau la nak cakap apa.. kawan-kawan yang hadir semua kata aku tak takut.. boleh gelak-gelak lagi. happy la kawan ye la hampir seminggu aku macam mesin bergerak tak henti-henti.. gara-gara sambutan hari raya dan majlis pertunangan ini.. lagi 1 ni la pengalaman pertama aku ditunangkan.. wah!!! terlebih sudah...



nak cerita apa ye.. banyak pengalaman aku dapat.. ye la sebab majlis ni aku yang uruskan sendiri dari merancang, mengubah hantaran hingga la menyediakan juadah kenduri.. semua aku buat sendiri dengan bantuan cik sue, balang dan mak saudara aku.. haru biru juga jadi ye.. semua ateh!!! ateh dan ateh.. kalau dulu majlis adik-beradik aku semua aku buat ingat bila majlis sendiri semua tolong la rupanya aku bermimpi.. takpe la rezeki aku kan.. apa-apa pun aku happy sebab semua dari air tangan aku sendiri..



menu hari tu.. gulai daging salai, ikan sembilang sambal, arca mentah dan mee hun, mee, nasi impit soto.. alhamdulillah itu la juadah ye.. kol 5 aku da pergi pasar dengan balang.. balik kol 7 terus masak.. nasib malam tu aku da kecut daging, dan siap-siapkan apa yang patut takde la kelan kabut sangat.. pukul 11 aku col Papa Man tanya da sampai mana.. ambik ko da sampai bahau.. tu jam aku mandi.. siap apa yang patut.. siap sendiri je.. takde mak andam ye.. buat ala kadar je kan.. cik siti ni pun bukannya cantik.. hihihi..



hantaran berbalas 7 dengan 9... hari tu masa runding hantaran nak bagi berapa aku tamak sangat kata 5 / 7 tu sikit.. ha bila da 7 / 9.. mati akal aku nak letak apa.. padan muka aku.. tempoh bertunang 1 tahun ikat hidup.. bila-bila masa dalam tempoh 1 tahun tu boleh la nikah.. kuang kuang kuang... tunggu la pengumuman dari kami ye.. nak tengok gambar jom layan...


hantaran belah cik siti.. :))



hantaran bagi pihak Papa Man



 ni kek untuk orang segamat



sedap.. tq abg..



 kasih kita kan sayang !!!



?????


 sahabat yang sporting gila... 
love u korang..



mak dan mak long LBJ



 lapar ke cik abg.. hihihi



 aku tak sempat pun nak merasa juadah ini.. 
oh sedihhh!!!!



family Papa Man dari Felda Redong, Segamat
Terima kasih semua..



 ape la yang diborakkannya tu...



mahal ye senyuman...


ada juga yang bertanya kak ngah tak balik ke.. aku senyum aja.. lebih dari itu aku tak berani komen.. kang ada pulak internet bergerak menyampaikan berita sensasi.. aku lebih suka diam dari bercakap dari berkata-kata walaupun aku diam tidak bermakna aku takut.. hanya tidak mahu menambah kekeruhan air yang mmg da keruh.. lantak la kawan.. aku da cuba selebihnya aku redha..  so jangan tanya akak lagi ok.. alhamdulillah walaupun ada tetamu yang tidak hadir majlis tetap berjalan dengan selamat.. terima kasih semua.. kalau nak tau aku masak lagi sekali tau.. lauk tak cukup.. huhuhu.. nasib aku da stanby lauk dalam peti ais.. rezeki ALLAH.. syukur... 





buat Hasliman Bin Hasan aka Papa Man... terima kasih kerana sudi menerima buruk baik ct selama ini.. sudi menyayangi anak-anak ct.. dan lagi 1, penuhi syarat-syarat itu ye... ada rezeki tahun depan kita naik pelamin..  hihihi.. insyaallah... 




6 ulasan:

  1. tahniah ct..ila tumpang gembira, sememangnya papa man tu jodoh ct. ila doakan nanti sepanjang 1 tahun ni hubungan ct tetap mekar hingga nikah nanti k...jgn gaduh2 n sentiasa pujuk3 hati tu.( huhuhu pandai nasihat kan org> ila ni entah le, susah tol nak buka hati ni untuk sesiapa, mungkin masa bercerai dulu ila dah berjanji akantutup pintu hati ini untuk sesiapa sahaja. Ct harus tabah hadapi dugaan yg mendatang k. semoga hubungan ct hingga ke jinjang pelamin. Amin....walaupun ila hanya kenal ct kat fb n blog aje tapi rasa cam dah lama kenal. tq ct sb sudi jd kawan ila yea.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. mekasih ila atas semua nasihat itu.. insyaallah ct akan cuba buat yang terbaik untu diri sendiri, anak-anak dan semua orang.. untuk ila.. insyaallah ada jodoh tak kemana pun.. tunggu dan lihat aja.. rezeki ALLAH kan luas.. Janji Dia tetap ditunaikanNya.. panjang umur.. sampai jodoh nanti ct jemput ila dan keluarga.. ct pun da anggap ila macam teman rapat walau x penah berjumpa.. kita kan seorang wanita.. hihihihi

    BalasPadam
  3. tanteknya pic kami....masehhhh

    BalasPadam
  4. mestilah cantik mama akid... kurniaan ALLAH kan.. :)

    BalasPadam
  5. congratz siti :) hope kehidupan kedua akan bertambah tambah baik dari sebelum ni :) aminnn

    BalasPadam