Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." (Sahih Bukhari)
aku sebenarnya risau.. anak-anak aku da 4 bulan tidak mengaji.. Nenek yang mengajar mengaji tu ada hal.. janji lepas raya tapi belum mula lagi.. aku bukan tidak mahu ajar, sebelum anak-anak mengaji dengan WAN IJAH.. aku yang ajar tapi tak boleh la.. aku marah sikit.. mereka bantai melalak.. hadoi.. tension mak, nak!!!.. risau nanti mereka gagal dalam ilmu akhirat.. mereka tanggungjawap aku.. subhanallah...
mak??? aku setiap malam hantar mak buat terapi Dr Jism kat rumah sue.. aku tengok ubat dari Beranang tu da kurang bertindak balas dengan masalah kesihatan mak. aku memang buntu dengan masalah mak.. semoga ALLAH membantu aku dan memberikan jalan terbaik untuk aku membantu mak kembali sihat. anak-anak aku bawa sekali.. buatlah homework kat rumah sue.. kasihan aku tengok mereka.. terpaksa ikot aku setiap malam..
aku dengan Papa Man??? biasa la dugaan bertunang telah melanda kami.. semoga kami sama-sama bersabar dalam menempuh segala dugaan itu.. minggu lepas balik rumah abah.. hampir 1 Johor kami redah.. dari Segamat ke Pasir Putih ( rumah abang long ) jalan lagi ke Pasir Gudang ( rumah adik yang bongsu ).. ke Ulu Tiram ( rumah saudara ).. jalan lagi ke Kluang ( rumah adik abah ).. balik singgah Air Hitam ( abah belanja shopping. hihihi tq abah )... last kami singgah ke rumah Linda ( adik Papa Man no.4 ) di Labis.. gerak dari rumah pagi pukul 7.30am pulang ke rumah sampai pukul 10.00pm.. aku gerak balik ke Bahau pukul 1.30 am.. penat gila tapi HAPPY.. alhamdulillah.. sampai rumah mak pukul 3.40am.. pukul 6.00am pagi bangun kan anak-anak ke sekolah dan aku bekerja macam biasa.. kerja gila kan.. huhuhu sebelum balik abah pesan " 30/10/2011 ada kenduri di Batu Pahat.. kalau takde hal balik la.. kita pergi kenduri sama-sama " aku jawap " insyaallah "... 6/11/2011 raya aji dekat sangat tarikh ye.. Papa Man ajak balik.. aku serbasalah... ni la dugaanNya..
PESANAN Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"
-Apabila bersolat maka jagalah baik-baik fikiran mu.
-Apabila berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
-Apabila berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
...-Apabila hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
-Ingat kepada Allah SWT
-Lupakan budi baik mu pada orang lain.
-Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
-Ingat kepada mati.
♥♥♥ warna warni kehidupan ♥♥♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan