LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 22 Februari 2011

Janda Gemas!!!!!!!!!!!!!!!!!


mmmmm.. pagi ini tiba2 teringin nak dengar lagu ini... " Demi cinta tersembunyi hikmahnya, pasti!!!!".... Sebenarnya malam tadi tengah-tengah makan dengan mak ayah, adik aku cakap tanya man da balik keje ke.. aku cakap la dia keje lagi OT sampai malam.. Boleh pulak si budak sengal tu kata " entah-entah man g jumpa janda kat Gemas tu "... Jiwa aku masa tu blurrrr je.. bukan nak percaya atau tak mahu percaya tapi aku nak ajar diri aku untuk jangan mendengar cakap orang tanpa bertanya pada tuan badan terlebih dahulu..

Lepas Papa Man mesej kata da sampai rumah sewa dia.. Aku pun bagi la masa kat dia setengah jam untuk dia rehatkan badan dia dan mandi ke apa ke.. orang lelaki kan mesti la nak merokok dulu.. Walaupun aku sebenarnya tak suka Papa Man merokok.. kemudian aku pun mula la bagi ayat-ayat manis sikit tanya kerja camne, tanya budak-budak keje camne, keadaan dia, pastu aku start la bertanya 'Janda Gemas' tu sape????... Haaa ko!!! terdiam dia sekejap.. huhuhu cari ayat terbaik untuk menjawap ko!!.. hihihi..

Walaupun jawapan yang dia bagi tak memuaskan hati aku tapi aku tak la kisah sangat sebab aku pun tak la lapar sangat dengan lelaki ni... Aku buleh hidup tanpa lelaki malah aku bahagia bersama anak-anak aku.. Tapi bohongla kalau aku kata aku langsung tak perlu kan lelaki sebab dulu pun aku berkahwin dengan lelaki jugak dan aku jadi 'JANDA' pun sebab lelaki jugak so tak la heran sangat..  Aku ingat lagi masa aku berpisah dengan ex aku 1 malam je aku menangis cam histeria... Bangun pagi pastu aku ok sebab aku masih ada ALLAH dan anak-anak aku... Alhamdulillah...

Berbalik pada Papa Man tadi, aku biarkan dia tido dalam beribu persoalan..Aku cakap kat dia " ct tak kisah dengan sapa abg berkawan sebab abang bukan milik ct dan abg pun bukan kepunyaan ct seorang, Abg hak Allah, Kalau Allah nak ambil abg dari hidup ct pun ct tak boleh nak buat apa-apa dan sekiranya abg ditakdirkan berkahwin lagi 1, 2 bahkan 3 sekali pun ct redha abg sebab abg bukan  milik ct seorang,  Allah hanya pinjamkan abg untuk ct hanya seketika so ct tak boleh tamak, ct harus tahu hak ct "... Tido lah Papa Man dengan hati yang aku sendiri pun tak tahu nak cakap.. huhuhu... kecian dia.. bukan maksud aku nak buat dia sedih tau apa-apa la cume nak ingatkan yang hati aku ni bukan seperti hati perempuan lain.. aku 'no hal' aku tak fikir hal remeh-temeh ni.. Dan aku tahu dia memang terlalu sayangkan aku dan anak-anak aku.. Terima kasih Ya Allah..

Doaku semoga Allah memanjangkan jodoh kita.. Insyaallah.. Cinta yang membawa kebahagiaan Dunia Akhirat akan sentiasa di uji ALLAH.. seperti lagu siti tu kan ahakkksss....


i likee red ros..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan