Doc : Puan ada asma ke, ada semput ke??
Aku : takde saya sihat..
Doc : sejak bila rasa sakit ni???
aku : hampir 1 bulan kebelakangan ini..
Doc : Ada ahli keluarga yang mengidap asma ke semput ke??
Aku : Mak saya doc ada penyakit jantung..
( betol ke tak jawapan aku ni.. hihihi )
Doc : ok puan luruskan tangan saya nak check BP puan..
mmmmm.. tekanan darah puan rendah ni 90/60..
Aku :.. ye ke doc????...
( blurrr )
Doc : ok bawa kad ni pergi bilik no. 10.. saya nak awak check jantung.. takut
jantung awak problem..
Aku : ok doc..
( ni yang aku malas ni )
Bilik no. 10 : Akak baring ye.. angkat baju dan ***, tanggalkan jam, barang kemas
dan cermin mata.
( benci tol la :( , angkat-angkat baju pulak dah.. hihihi )
Aku : Ok nurse..
Bilik no. 10 : ok puan baring lurus ye..
( sambil menyapu jel pada bahagian kaki, dada dan pinggang aku, pastu
letak wayar apa entah aku pun x tau.. )
selepas 1 minit, nurse pun menanggalkan wayar pada anggota badan aku..letak wayar apa entah aku pun x tau.. )
Bilik no. 10 : ok puan bawa kad ni jumpa doc tadi..
Aku : ok nurse, terima kasih
( sambil membetulkan baju yang terdedah tadi.. hihihi nasib baik nurse
perempun.)
Doc : ok puan duduk..
( sambil meneliti kertas yang panjang tu )
Aku : ( Ya Allah lambat ye doc ni.. )
Doc : Ok dari pemerhatian saya, ujian ni menunjukkan jantung puan sihat..
tidak apa-apa masalah. Boleh puan ceritakan macammane keadaa
sakit dada yang puan alami kerna dari ujian ini puan sihat..
Aku : Saya akan rasa sakit dada apabila banyak berjalan, apabila
memerlukan aktiviti yang bergerak ke sana sini.. kadang waktu
duduk pun tiba-tiba sakit dada..
Doc : ok.. bila tekan dada sakit tak puan???
Aku : Sakit doc..
Doc : Ok puan.. kadang-kadang bila angin ada di dalam badan ia akan menolak
ke atas tu pun salah menjadi punca kenapa dada puan sakit.. Ok takpe
puan, saya bagi puan ubat untuk cegah angin. Jika
sakit puan berlarutan sila datang lagi ke sini untuk pemeriksaan lebih
lanjut.. Puan habis kan ubat ini dulu dan tengok perubahannya nanti..
Aku : ok doc.. terima kasih..
Tu la dia dialog aku dengan doc tu.. memang sejak akhir-akhir ni aku sakit dada, kepala sakit kadang denyut-denyut, kadang rasa dunia ni berputar.. Kalau ikot hati aku ni malas nak g jumpa doc tp nak buat camne Papa Man, Mok Tih sibuk membebel suruh aku g check so aku g la check.. sakit dada tapi doc kata aku sihat camno tu.. "Memang aku tak paham" .... sebab tu la aku ni malas nak g jumpa doc, korang degil.... Tapi aku pun tertanya-tanya kenapa aku selalu rasa tak sihat badan camni... Tunggu la sehingga Allah mengizinkan untuk segala persoalan tu terjawap dan terburai... hihihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan