LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 12 Julai 2011

maracon part 1

macaron????

Apa itu Macaron?

Macaron ni sejenis kudapan manisan orang perancis yang diperbuat dari ground almond,caster sugar dan egg white.2 keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich.


Apa rasa Macaron ni?
Crispy kat luar chewy kat dalam tu..bila kita gigit rasa crispy lepas tu kat dalam rasa chewy dan melty gitu..kat tengah ada filling..ada macam variety filling…fuhhh sedap you!
tu aku copy dari kakak ni.. terliuk aku tengok.. so projek aku pun bermula.. ye la takde kerja so aku cari kerja lain kan kan...  siap ajak sue lagi tolong aku.. mula2 aku buat puding lapis mokka.. terbaik kawan-kawan.. mak mertua lalu pun x nampak.. arrrggghhhh... malu je,, huhu
 PUDING LAPIS KOPI MOKKA
 [A] Bahan-bahan Puding Mokka :
·                     10 gm serbuk agar-agar
·                     400 ml air
·                     3/4 cawan gula pasir
·                     2 Tbsp + 1 tsp tepung jagung, larutkan dengan 100 ml air 
·                     600 ml susu segar
·                     2 Tbsp serbuk koko, dilarutkan dengan 60 ml air panas
Cara-cara :
1.            Masukkan air, serbuk agar-agar dan juga gula pasir ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan serbuk agar-agar serta gula larut.
2.            Masukkan larutan tepung jagung, susu segar dan juga larutan koko. Kacau rata. Biarkan di atas api yang paling kecil atau boleh merendam periuk di dalam satu bekas lain yang berisi air panas. Tujuannya untuk mengelakkan larutan agar-agar dari membeku sebelum habis digunakan.

[B] Bahan-bahan Puding Kopi :
·                     10 gm serbuk agar-agar
·                     1 liter air
·                     1/2 cawan gula pasir
·                     3 tsp serbuk kopi segera(nescafe)

Cara-cara :
1.            Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Biarkan di atas api yang paling kecil atau letakkan periuk ke dalam bekas yang berisi air panas untuk mengelakkan larutan agar-agar membeku sebelum habis digunakan.

Cara Menyediakan Puding Kopi Mokka :
1.            Sedikan loyang atau acuan kegemaran anda. Basahkan bahagian dalamnya dengan air.

2.            Tuang atau sendukkan adunan puding mokka ke dalam acuan. Biarkan ia mengeras.
3.            Kemudian, sendukkan pula adunan puding kopi ke dalam acuan tadi. Biar ia mengeras.
4.            Buat hingga habis semua adunan digunakan. Simpan di dalam peti sejuk. Hidangkan apabila telah keras sepenuhnya.

ni la hasil tangan aku.. 
da siap puding aku mula la memproses macaron.. resipi nya mudah je..

  • 80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
  • 65g gula castor
  • 80g serbuk almond
  • 140g gula icing
  • pewarna
cara-cara membuat macaraon :-
  • Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
  • Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk 
  • Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
 buat bulatan ikut duit 20sen.. tuangkan aduan atas bulatan itu.. biarkan semalam 30 hingga 1 jam sehingga bila ditekan pada permukaan aduan ia tidak melekat pada jari..

 bakar selama 15 ke 20 minit.. suhu 160c..

 gam la macaron dgn perisa yg anda suka..

ni la hasil maracon saya.. first time buat... Papa man kata sedap..pujuk ati saya kan.. huhu
insyaallah nak cube lagi.. sebab ada orang sampai kali ke 5 baru cantik dan menjadi maracon ye.. usaha tangga kejayaan kan.. so kita cube lagi...








2 ulasan:

  1. wahhh...nak kena cuba ni...rajinnya siti....

    BalasPadam
  2. takde buat apa kak jadi kita menyelongkar la dapur tu.. huhu

    BalasPadam