LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Rabu, 7 September 2011

1 tahun tu lama ke????

baru bertunang seminggu dah banyak soalan aku terima.. lama ke tempoh 1 tahun tu.. kadang rasa menyesal bertunang buat janji ni.. bukan apa.. orang suruh aku nikah ni macam aku terdesak nak berlaki.. hadoiiii... tension la pulak jadi ye.. masa rundingan hari tu pak long kata.. kalau sampai hujung tahun ni tak cukup duit nikah je kat pejabat kadi.. apa la yang ada difikiran mereka-mereka ini.. kadang bukan kadang dah aku memang terasa hati dengan mereka ini.. terasa yang teramat sangat.. jangan buat aku ni macam gatal nak berlaki.. kalau aku ni da tak tahan nak berlaki takyah nikah kat luar berlambak  dari dulu aku da nikah... aku ni Janda kuasa untuk bernikah ditangan aku.. so jangan paksa-paksa..



alhamdulillah Papa Man memahami aku.. dia kata " terpulang pada ct.. abang ikot aja.. yang nikah ct bukan orang lain.. yang nak bahagia ct bukan mereka".. tu yang aku suka dengar.. sayang abang.. cewah!!! kadang benda yang kita fikir kita da buat yang terbaik belum baik dimata orang lain.. susah kan kehidupan ni kalau orang lain ambil pusing tentang kehidupan dalam kita.. sedih la hati aku ni.. susah ke orang nak faham keadaan kita... kenapa mesti aku aja yang nak paham perasaan mereka?????...



Dalam senyum ada derita.. 

Dalam derita ada bahagia..

Dalam bahagia ada sengsara..
Dalam sengsara ada tawa..
Dalam tawa ada airmata..
Maka redhalah akan ketentuanNya...








Tabahkan diri tempuhi jalan..

Tabahkan hati menempuh dugaan..
Tabahkan jiwa menyelami keadaan..
Moga kuat iman dan cekal hati untuk hadapi segala rintangan yang mendatang.
Moga kuat hadapi segala cercaan,pujian,tohmahan,sindir
an orang terhadap kita.
Semuanya boleh jika ia kerana Allah. Allahuakbar,mencabarnya hidup ini.













Barangsiapa merasa cukup dengan Allah,maka Allah akan pasti mencukupkannya.


Barangsiapa menyerahkan semua urusannya kepada Allah,maka Allah akan pasti meredhakannya dan memperlihatkan kepadanya akibat baik yang dia akan dapatkan,yang tidak pernah disangka sangka.





2 ulasan:

  1. Ct, jagan fikir apa org kata, ct yg nak bahagia perdulikan org le. kekadang apa yg kita rasa org tak tahu kan? se1 tu tak lama la. sekejap je....jgn lupa ti kenduri hantar kad leh ila dtg, raya tak sempat. ehheheh :) maaf

    BalasPadam
  2. mekasih ila.. cuma luahan je sebab kdg2 rasa tak tertanggung.. mesti la hantar kad.. org jauh la yang dinanti2kan.. hihihi.. xpe ct phm raya kan.. :))

    BalasPadam