LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 31 Januari 2011

The Tourist - Menguji Cinta

Salam... Hai kawan2 bertemu semula kita pada hari terakhir di bulan 1 ni.. Kerna esok da masuk bulan 2 tahun 2011.. Rasa baru semalam kita menyambut tahun baru kan.. hihihi jangan kira masa.. tak baik kawan aku kata.. Hari sabtu anak2 aku pergi ke rumah abah mereka.. Cuti sekolah kan 1 minggu.. so tinggal sorang la aku... ( dlm ati blh la ibu tido smpi matahari tegak.. kok dapek, bersilat mak cik sapiah kang..hihihi )

Jadi tugasan aku masa cuti sekolah tak la tergesa2 sangat.. boleh la bermalas2an.. Semalam aku pergi hantar mak ke Beranang untuk berubat.. Sebelum tu pukul 7.00pm aku ke pasar bahau dulu cari lauk.. hari hujan lebat tp aku redah je.. Kang x makan pulak lauk takde.. Beli ikan ( 2 jenis ), ayam seekor , sayur ( 2 macam ), itu ini habis la RM 50.00.. Alhamdulillah lepas la lauk untuk seminggu... Sampai umah pukul 8.30pm.. Mak da buat sarapan.. Apa lagi bedal la.. ( air tangan mak mmg sedap, biar pun nasi gerong ikan bilis ) Lepas tu mandi.. Siap2 pukul 9.15pm gerak dr rumah untuk ke Beranang.. Sampai sana orang da ramai tunggu sampai pukul 12.00pm.. Pak Cik tu kata darah mak pekat semula.. Da selesai terus pergi Senawang mkn2.. Mak aku ni susah sikit nak ajak makan kat luar.. Aku pulak kalau ke Seremban, port biasa la di McD je...
Mak aku pulak suka makan di warung2 biasa ni aje.. Aku tak kisah.. So aku bungkus la McD aku tu.. hihihi. Cari kedai makan dan terus menjamu selera la aku, mak n man.. tak tinggal buah hati aku tu...
i likeeeee red....

mmmmm... Sampai rumah, aku terus buat kek coklat.. tp lupe nak ambil gambar masa buat kek.. Kawan2 tgk hasilnye je la ye..Aku suka buat kek sebab anak2, man, mak, family, kawan aku suka dengan kek buatan aku.. sebab tu aku rajin buat sebab ada tukang makan.. hehehe
Kek Coklat.... :)
Sepanjang hari hujan turun kadang lebat kadang renyai2 je. Tapi air sungai semua da naik paras bahaya jugak la.. Namun disebabkan aku ni boring duduk umah, anak2 takde.. Aku ajak man g tengok wayang.. Ingat nak tengok KURAFAT balik semula tp bila smpi Kiara, Cerita tu dah xde.. Akhir ye aku tgk la ' The Tourist '... Ingat cerita tu x la best sangat.. Tapi bila da masuk suku jalan cerita.. Wow!!!... syok beb... layan abis aku tengok cerita tu..

Aku suka dengan sikap lelaki tu yang menguji CINTA Angelina Jolie... Sukar nak aku cerita kan  pemahaman kisah cinta mereka.. sebab aku tak sangka lelaki yang cam bodoh tu adalah Alexander... Jalan cerita ye mmg best la..x rugi aku keluar dalam hujan tu nak g tengok wayang.. ahakksss..

Terasa aku pulak yang dilamun cinta.. hahaha. Ok la kawan2... Cinta adalah anugerah yang terindah, hargai lah ia sebelum ia berlalu, kerna Cinta tidak kenal harta, paras rupa dan keturunan.. Dan ia akan pergi tanpa bicara dan tanpa kita sedari  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan