LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 22 Januari 2011

Sudah Bersedia ke?????



Perkahwinan tu saat paling manis dlm hidup...Apakah Persediaan anda utk berumah tangga....mari kita buat homework skit.....Andamungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai.Tetapi
masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan
percintaan itu ke jinjang pelamin..Ada perasaan ragu-ragu untuk
melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan
pelbagai dugaan..Sememangnya
banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk
mendirikan rumah tangga..Anda harus menyediakan diri dengan banyak
perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih
belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.Tulisan
di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang
tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara
yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman
solo.Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda,tunggu apa lagi!

1)Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara
paling utama ialah keyakinan diri.Oleh sebab itu,yakinkan diri kenapa
anda harus mendirikan rumah tangga.Apa yang ingin anda perolehi
daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga
masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun
alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda
sehingga anda benar-benar yakin.

2)Harus sedia berkongsi
Anda
harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza
dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar
berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian,
seks, kewangan dan juga emosi.

3)Sedia untuk sakit hati
Segala
tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan
mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka “topeng”
masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus
sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

4)Sedia untuk berfikiran terbukaMasalah
selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul
untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik
jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan
pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

5)Sedia untuk kompromi
Punya
agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan
pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang
mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi,
saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

6)Sedia untuk berpisah
Di
dunia ini tidak ada yang abadi.Berkahwin merupakan cara untuk
menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagia.Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan
kebahagiaan itu.Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda
melafazkan akad,anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan
jika tidak seiringan.

7)Sedia menerima malu
Anda
tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi,
seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia
adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani ‘mati’ dan sedia
untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

8)Soal anak
Selepas
mendirikan rumah tangga,kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan
kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak,anak dapat mempengaruhi
hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak
adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan
lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada
atau tanpa anak sekalipun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan