LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 17 Mac 2011

hati digoncang lagi... :(

 Assalammualaikum kawan-kawan..
sihat ke pagi ini???.. harap apa pun cubaan yang datang, kita mampu menempuhinya dengan tabah dan tenang.. cukup la sekadar kita meluahkan untuk mengurangkan ketegangan jiwa kita.. Alhamdulillah.. selebihnya sama-sama la kita meminta bantuan dariNya.. Insyaallah.. 


semalam ada sepupu ayah meninggal di Juasseh, sebelah rumah atok aku.. Kita digalakkan mengingati ' mati' supaya hati kita sentiasa berbuat amal dan beriman padaNya.. Ingat 'mati' tu kan SUNAT..  Aku ni pun da banyak berbuat dosa.. Subhanallah.. Ampun kan dosa aku YA ALLAH...


Hari tu 15/03/2011.. ayah ajak aku pergi melawat atok aku yang masuk hospital kat Kuala Pilah.. aku pun ikot je la.. da habis melawat kami pun bertolak balik.. dalam perjalanan balik ayah pun tanya tentang aku dan Papa Man.. Adusss!!! berdebar aku sekejap.. aku cakap la " insyaallah raya puasa tahun ni, family man datang la.. Tu pun tengok duit dia da cukup ke belum.. kalau takde apa-apa hal bulan 7 nanti man bagitau camne..".. ayah cakap " kalau boleh cepat la sikit.. orang semua da bertanya kat ayah".. 


aku pun tak tahu nak jawap apa lagi.. tapi perancangan kami da ada cume belum ada rezeki lagi.. aku pun tak mahu mendesak Papa Man.. jiwa aku separuh da boleh terima, separuh lagi masih tersiksa.. Ya ALLAH... berapa lama lagi kah jiwa aku ni melupakannya.. Sakit jiwa akak, dik!!!!!... 

Kepada AYAH dan MAK.. ateh bukan nak memalukan MAK dan AYAH lagi sekali cume tolong fahami jiwa anak MAK dan AYAH ni masih 'bernanah' belum sembuh untuk dilukai lagi.. jika ada jodoh ateh terima.. mungkin luaran zahir kehidupan ateh MAK dan AYAH nampak ateh ok je namun batin ini masih menangis dan derita lagi.. Cukup la aku memaniskan muka untuk menyerikan rumah itu MAK AYAH.. lagu ni khas untuk mak dan ayah aku...





Ya ALLAH.. Engkau berikanlah aku kekuatan untuk aku menempuh kehidupan mendatang dengan tabah dan beriman, Kasihanilah kedua ibubapa kami sebagai mana mereka mengasihani kami dan jadikan anak-anak kami, berjaya di dunia dan di akhirat.. AMIN...





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan