Ok berbalik cerita pagi tadi.. ter'emosi' pulakkkssss..;p hari hujan pagi tadi.. Aku pergi hantar ayu pergi sekolah baru hantar mak g keje kat Pilah, patah balik ke Bahau hantar adik ke tadika baru aku masuk ofis.. Sampai ofis da Pukul 8.40am.. ' Pakwe Hensem' da sampai.. ha!!! sape lagi Bos aku lerrr... menjawap!!!.. Masuk je ofis, bos kata nak g Beting tengok projek dia.. Kerja semalam yang aku bawa balik rumah untuk disiapkan kene sain bos.. Terus pergi minta sain dia.. ALLAH!!! ada claim belum dibuat lagi, kene hantar arini jugak.. da siap bos tandatangan invois tadi aku terus taip claim yang lagi 1 tu ( Bos tunggu sebab nak tandatangan dia lagi )... Berasap aku menaip.. Alhamdulillah semua da settle.. Bos pun pergi la ke site dengan tenang ye.. cewah!!!.. i likeee.. Ada keje menanti lagi.. kene pergi hantar claim tadi dan pergi bank. ambil barang kat bahau sebab peralatan pejabat dan kehabisan.. huhuhu. terkejar-kejar lagi untuk ambil adik, dia keluar tadika pukul 12.30pm.. makkk!!!! penat.. tolongg.. :))
Malam tadi mesaj Papa Man cam biasa.. Adik aku col pukul 11.30.. Nada ye seperti marah sebab dia tanya kenapa mak keje.. Aku cakap la mak yang nak keje.. nak cakap apa lagi.. aku malas nak cakap panjang-panjang sebab diaorang bukan tahu pun apa yang mak aku rasa.. pandai marah dan pandai cakap je.. Aku memang da malas nak cerita dengan diaorang sebab diorang selalu pandang lain tentang diri aku.. Dulu masa aku dicadangkan untuk pindah duduk dengan mak selepas bercerai, diaorang setuju je tapi bila kau da dok sana macam-macam masalah timbul.. akak aku memusuhi aku.. adik kata mak lebih kan aku.. macam-macam la.. Niat aku besarkan rumah mak bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk keselesaan apabila berkumpul ramai-ramai nanti.. Bos pun da setuju nak bagi pinjam duit untuk buat bilik aku dan anak-anak aku dan besarkan sikit rumah mak tu.. alhamdulillah.. tapi aku ingat kan panas sampai ke petang rupa ye hujan ditengah hari.. berlaku peristiwa besar dalam hidup aku.. aku bergaduh besar dengan akak yang aku sayangi selama ni.. Ya ALLAH terima kasih kerna masih memberi kekuatan pada aku untuk bertahan sampai ke saat ini.. Mak la tempat aku mengadu segala kekecewaan aku dan aku tahu mak pun serba salah.. Sampai la ke hari ini.. aku masih sendiri tanpa adik-beradik di sisi aku dan aku perlu kan masa untuk memaafkan mereka... Maaf kan ateh mak..
Aku tak penah meminta hidup aku jadi begini.. terlalu sepi dan keseorangan.. Sekarang adik ada problem dengan Papa man pulak.. Ya ALLAH dugaan apakah ini???... Semoga hubungan aku dan papa man terus kekal hingga akhir hayat kami.. Tak boleh ke adik-adik aku melihat aku bahagia??? Apa salah aku dengan mereka. Kalau mereka minta aku keluar dari rumah mak, aku rela buat begitu.. kalau itu la yang boleh membuat mereka gembira.. Kepada Papa Man aku pesan pada ye.. " Abang, hubungan kita akan selalu di uji, ct harap kita tidak terpengaruh dengan hasutan-hasutan itu.. Yakin la selagi kita yakin dengan JANJI ALLAH.. ALLAH tak akan membiarkan kita menderita lama abang..".. aku menangis lagi.. sungguh sedih hati aku.. Semua ini hnya la sekadar luahan aku.. aku tak punya apa-apa hanya bergantung pada TALI ALLAH sampai la saat aku dihantar ke tanah perkuburan nanti dan kain kapan menjadi pakaian terakhir aku.. Impian aku adalah untuk menjadi hamba yang beriman, Anak yang bertanggungjawap, ibu yang terbaik untuk anak-anak aku dan menjadi isteri yang solehah.. penyejuk mata apabila suami memandang.. insyaallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan