LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 11 Mac 2011

lupa nafkah anak

Lupa nafkah anak setelah bercerai

11 March 2011 : Utusan Malaysia 

mesti ramai yang dah baca paper Utusan Malaysia arini kan??? Kisah ape ekkk??? tentang nafkah anak-anak, lupa setelah bercerai.. Aku salah seorang dari kalangan ibu-ibu yang teraniaya atau ibu malang.. malang ke???? huhuhu.. hanya allah yang lebih mengetahui.. insyaallah.. Aku yang sebetulnya malas nak kecoh-kecoh hal ni sebab aku memang da masak dengan sikap lelaki yang 'pandai' macam ni.. buat semak kepala je fikir..


Mungkin hati aku da merajuk kot nak minta duit nafkah dengan ex aku.. dulu aku pernah minta dia marah aku, dia kata " awak ni asyik minta dulu aku je, gaji awak buat pe".. mak aiii.. berdesing telinga jap.. Dia lupa ke nafkah anak-anak tu tanggungjawap siapa??? !!!.. @#$%%^& punya orang tua.. memang aku marah sebab dia 'sembahyang' tak tinggal. orang 'masjid la konon'.. tapi tak tahu hukum agama.. ALLAHUAKBAR


Kawan aku pernah cerita.. dia tengok 'tanya lah ustaz'.. kita ni ibu-ibu tunggal mesti tuntut nafkah anak-anak setiap bulan.. mesti minta sebab itu 'hak kita'. kalau kita tak minta kita pun akan dapat dosa sebab mengabaikan nafkah anak-anak itu.. kalau tak dapat juga.. tu dah urusan dia dengan ALLAH... mmmm.. sedih kan kalau hidup ni sentiasa dilanda badai.. namun siapa la kita untuk mengajukan soalan sebegitu.. 

 

Sape kata aku senang, kadang-kadang aku 'sesak' juga.. Tapi alhamdulillah rezeki ALLAh tak penah putus walau 'sesak' mesti ada rezeki selepas itu.. Biar lah aku da malas nak col,nak mesej biar la.. cukup la penghinaan yang dia lemparkan pada aku dulu sampai la kehari ini.. kemana hilangnya semua janji-janji dia dahulu bahawa "semua nafkah anak biar aku yang tanggung"..  Janji tinggal janji.. Biar lah ALLAH yang membalasnya.. Insyaallah..

 

Aku bukan nak mengaibkan sesiapa, sekadar berkongsi rasa dan cerita.. Kenapa ramai dikalangan kita tak kita lelaki atau perempuan, mudah lupa dengan tanggungjawap yang diberikan.. kenapa janji-janji yang ditaburkan tak ditunaikan.. dan kenapa setiap kali pertangkaran mesti perlu bertikam lidah.. ambil la sikap bertolak ansur dalam perhubungan.. ingat masa susah, ingat masa derita takde duit, tak cukup makan semasa mula-mula hidup sebagai suami isteri dulu. bagi yang sudah kukuh kewangan selepas berkahwinan, tahniah diucapkan malah mungkin tiada masalah untuk anda terus 'menghangatkan' hubungan yang indah itu.. insyallah.. 

 

'Fikir-fikirkan sebab itulah manusia dikurniakan akal oleh ALLAH SWT' 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan