LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 10 Mac 2011

Terima Kasih Mak!!!....

 
Pada malam itu, Ana bertengkar dengan ibunya, kerana sangat marah, Ana segera meninggalkan rumah tanpa membawa $$. Saat dia melalui sebuah jalan, terdapat sebuah gerai menjual mee bakso dan Ana ingin untuk membelinya tetapi ia tidak mempuny...ai $$. Pemilik gerai menyedari kehadiran Ana lalu bertanya‘adik nak beli ke'?

‘ Ya, tetapi, saya tak ada duit’ jawab Ana dengan malu-malu

‘Tak apalah, kali nie saya yang lanja’ jawab si pemilik kedai. “Silakan duduk, saya nak masak mee bakso’Tidak lama kemudian, pemilik gerai itu membawa semangkuk bakso

Ana segera makan beberapa suap, kemudian air matanya mula berlinangan.‘kenapa dik?’ Tanya pemilik gerai tersebut.

‘tidak ada apa-apa. Saya cuma terharu….seorang yang baru saya kenal memberi semangkuk bakso tetapi….ibuku sendiri mengusirku dari rumah dan mengatakan kepadaku agar jangan kembali lagi ke rumah…seseorang yang baru kukenal begitu peduli denganku dibandingkan dengan ibu kandungku sendiri’ Katanya kepada pemilik gerai itu.

Pemilik gerai itu menarik nafas panjang dan berkata : ‘dik,kenapa adik berfikiran sebegitu rupa? Renungkanlah, saya hanya memberi awak semangkuk mee, awak sudah begitu terharu. Ibumu telah memasak untukmu sejak dari kecil hingga ke saat ini, mengapa awak tak berterima kasih kepadanya? malah awak bertengkar dengannya”

Ana, terdiam selepas mendengarnya dan dengan segera ia berlari dan menguatkan dirinya untuk pulang ke rumahnya. Saat Ana di depan pintu rumah, ia melihat ibunya dengan wajah letih dan cemas. Ketika ibunya melihat Ana, ayat pertama yang keluar dari mulut ibunya

‘Ana kau sudah balik nak, cepat masuk nak, mak sudah menyiapkan makan malam untukmu, makanlah dahulu sebelum kau tidur’

Pada saat itu Ana tidak dapat menahan sebaknya dan dia menangis dihadapan ibunya.

Pengajaran-

Dalam kehidupan, kita mungkin akan sangat berterima kasih kepada orang lain disekitar kita untuk suatu pertolongan kecil, Tetapi kepada orang yang sangat dekat dengan kita (ibu bapa), kita harus ingat bahawa kita berterima kasih kepada mereka untuk seumur hidup.

Copy & Paste : Wanita Dan Kehidupan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Banyak cerita-cerita dan pengajaran yang kita boleh jadikan panduan dalam kehidupan kita sehari-harian dalam menempuh dugaan mendatang. Alhamdulillah semalam aku selesai menghantar mak ke IJN untuk 'check up' jantung mak setiap 6 bulan sekali.. Doc kata jantung mak da sihat tapi masih kene 'follow up' macam biasa.. Cuma di sini aku nak cerita sesuatu bukan nak mengaibkan sesiapa cume untuk dijadikan teladan untuk semua insyaallah..

Mak pergi 'check up' kat IJN pun adik-beradik aku tak tahu.. tak kan la aku kene mesej sorang-sorang cakap nak hantar mak pergi IJN.. kemana hilang ye sikap 'tanggungjawap' dan 'ambil berat' anak-anak zaman sekarang terhadap ibu bapa mereka.. ( mungkin aku pun sama seperti mereka kalau aku tak duduk sekali dengan mak.. minta Allah jauhkan aku dari sikap yang demikian.. insyaallah ) sedih hati aku bila mak kata takde anak-anak dia yang ambil tau hal sakit makan pakai dia.. Mula la aku ni nak melalak.. nasib aku nanti pun tak tahu lagi.. Nasib kita, rezeki kita di dunia ni berbeza-beza, ada hikmah disebaliknya.. Terima kasih Ya ALLAH.. "Tolong la Wahai anak-anak.. ambil la tahu tentang ibu bapa sebelum mereka menutup buat selamanya" menyesal kemudian tak berguna.. YA ALLAH.. berikanlah kekuatan dan kesihatan yang baik untuk ibuku YA ALLAH..

Harap nak bagi duit, yang adooo!!!.. musim raya kalau tak aku yang berhabis rumah mak tak akan beraya la jawap ye ( bukan mengungkit tapi sekadar cerita untuk pengajaran.. rezeki yang aku dapat adalah dari doa mak aku..alhamdulillah ) Kalau takde semangat aku untuk buat tu buat ni.. suram je la rumah tu.. mak hanya duduk ye tengok rumah orang penuh dengan anak-anak bergotong-royong mengemas rumah dan pelbagai aktiviti lagi.. Aku tak mahu mak terus bersedih kerna sepatutnya waktu sekarang ni dia berehat dan beribadah saje.. Nasib mak dapat anak-anak camtu.. Aku hanya membantu mane yang dapat aku bantu.. insyaallah. 

Tu belum kes takde yang col mak untuk tanya 'khabar'... takde la budi bahasa nak tanya mak sihat ke???.. da makan ke?? camne hari ni mak???.. tak bagi duit pun takpe la ni nak tanya khabar pun payah.. subhanaallah.. takut aku nak fikir dengan lebih jauh.. Dan aku bukan la anak yang baik dlam cerita ni.. Namun alhamdulillah, ALLAH telah memilih aku untuk menjaga mak dan ayah walaupun kehidupan aku sendiri terumbang-ambing.. Ada RahmatNya.. insyaallah.. " Beringat lah sebelum menyesal "

Sebahagian daripada Family aku

Mak & Ayah
@  Sayang MAK  @

Tiada ulasan:

Catat Ulasan