LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 18 Mac 2011

Mak masuk hospital lagi.. :(



Aku suka dengar lagu ini.. banyak maksud yang tersirat dalam lirik-liriknya.. Aku tak tahu la macam mane kehidupan aku selepas mak tiada.. mmmmm... Ya Allah. Engkau kuatkanlah hati ibu ku untuk menempuh kehidupan di dunia yang penuh dugaan ini.. Dan Engkau berikanlah kekuatan pada ku seperti mana kekuatan yang ada pada ibu aku.. Aku berharap sangat mak akan sembuh seperti biasa.. aku rindu nak berborak dengan mak, tolong mak masak, picit badan mak dan macam-macam la.. Kawan aku, mok tih mak dia da meninggal dunia 6 tahun lepas.. macam-macam dia cerita kisah kehidupan dia semasa mak dia hidup dan selepas mak dia meninggal, ia memberi kesan yang amat dalam di dalam kehidupannya.. adakah aku setabah mok tih ????... hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. insyaallah..

Aku tahu, biar pun mak nampak tenang je tapi hati ye sudah seperti selautan dengan tangisan mengenangkan sikap anak-anak.. aku pun terkesima dengan tindakan adik aku.. memaki-hamun Papa Man , dia cakap kami aku dan Papa Man punca mak masuk hospital.. dan sebab kami juga mak kene keje.. Subhanallah kenapa la begitu sekali ujian aku harus terima Ya ALLAH.. hanya dengan air mata yang mampu aku luahkan.. kenapa begitu singkat pemikiran dia.. Tak nampak kah dia selama ini siapa disisi mak selama mak susah dan senang.. kemana anak-anak yang lain ketika mak kesempitan wang.. ketika mak tiada makanan nak di makan.. ketika mak sakit pening di rumah.. ketika mak menangis mengenangkan kehidupannya tanpa korang????.. sungguh tak berhati perut kau berkata begitu..

Berapa lame lagi aku harus bersabar dicaci, di hina oleh darah daging sendiri.. aku juga punya tahap kesabaran.. Dan aku juga ada kehidupan peribadi aku sendiri.. Oh Tuhan. sungguh anak-anak zaman kini lupa asal usul kejadian hidupnya.. lupa penat lelah ibu melahirkan.. bersengkang mata waktu malam berjaga bila anak-anak sakit atau merenggek di tengah malam.. Oh Ibu.. kekuatan mu menjadi contoh padaku supaya menjadi seorang ibu. isteri dan wanita yang solehah.. insyaallah..

Bukan untuk aku mengaibkan sesiapa tapi aku betul-betul terluka dengan tuduhan itu.. terlalu terluka.. ubatnya hanya la Senyuman dari seorang ibu yang amat aku sayangi.. Sudah berapa kali niat untuk berpindah aku pendam dan aku biarkan begitu saja bila melihat wajah sayu mak mengharapkan aku senantiasa disisinya.. Maafkan ateh mak kerna kadangkala ateh mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hati dan perasaan mak.. ateh terluka mak dek darah daging sendiri.. darah daging yang memutuskan tali silatulrahim yang mak bina dengan ikatan yang halal dan suci.. Ampun kan ateh mak!!!...

Jom baca entry ni :  Kesembuhan Itu Milik Allah 

@... Hati Seorang Ibu...@

Tiada ulasan:

Catat Ulasan